Sekali lagi, kembalilah…

Jangan hanya renung sahaja, tetapi bertindaklah!
Jangan hanya renung sahaja, tetapi bertindaklah!

Masa tidak menunggumu, malah akan memintasmu apabila engkau leka dan lalai. Ketika engkau bergelumang dengan dosa, masa tidak berhenti menunggumu untuk engkau kembali di atas jalan-Nya. Engkau tidak tahu bilakah masa pengakhiranmu..mungkin lusa, mungkin esok, dan mungkin sebentar lagi. Janganlah engkau jadi seperti mereka yang Munnafik dan Kafir, yang meminta penangguhan akhir hayat mereka untuk bertaubat dan beramal dengan sepenuh keimanan, setelah apa yang mereka lakukan di atas muka bumi ini..bukan DIA itu kejam kerana tidak memberi peluang kepada mereka, tetapi kerana sikap degil mereka yang tidak mendengar peringatan daripada utusan yang diturunkan-Nya untuk mereka.. Tidak! DIA tidak kejam dan ingat! Pengakhiranmu tidak akan tertangguh, malah DIA akan menepatinya…

Namun, kasih-Nya tidak pernah bertepi mahupun bersempadan. Luas kasih-Nya kepadamu tidak dapat ditandingi dengan luasnya langi dan bumi, malahan tidak tertanding dek luasnya alam semesta ini! DIA sesekali tidak pernah mengabaikanmu, malah sentiasa ada petunjuk yang diberikan kepadamu. Mengapa DIA berbuat demikian? kerana DIA mahu engkau, sekali lagi, kembali ke jalan-Nya. DIA mahu engkau sedari keesaan-Nya, mahu engkau kagumi kebesaran-Nya, mahu engkau jadi hamba-Nya yang taat pada suruhan-Nya…

Walaupun ketika ini engkau merasakan sudah terlambat untuk kembali kepada-Nya..namun DIA tidak pernah lupa untuk memberi peluang kepadamu. DIA tahu engkau telah banyak melakukan mungkar di bumi-Nya, tetapi DIA masih memberi peluang kepada engkau? Kenapa?

Kerana DIA sangat menyayangimu!

Ya, DIA tahu bahawa engkau sebelum ini berjanji dengan-Nya untuk kembali kepada-Nya. Namun engkau mungkiri janjimu itu..tapi, adakah DIA tidak memberi peluang langsung kepadamu? Tidak! DIA tetap memberi peluang kepadamu. Peluang untuk menjadi hamba-Nya yang taat dan patuh pada segala arahan-Nya. Mengapa begitu?

DIA mahu engkau kembali, sekali lagi, kembali kepada-Nya…

Oleh itu, persiapkan dirimu, bersihkan hatimu, sucikan pakaianmu, bersedia menghadapinya.. Renungkan kembali segala perbuatanmu dahulu, dan sujudlah kepada-Nya, memohon ampun dengan sebenar-benar hamba kepada-Nya. Engkau punyai peluang, masih ada peluang, untuk kembali kepada-Nya. Manfaatkan masamu selepas ini dengan sebaik-baiknya, seakan-akan engkau kan tiada pada esoknya…

Maka, kembalilah…

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

One thought on “Sekali lagi, kembalilah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s