…kita TIDAK boleh lari daripada-NYA…

Hurm..Assalamualaikum semua. Maafkan saya kerana sudah lama tidak menulis di alam maya ini.

Kali ini, seperti biasanya, mahasiswa/i di seluruh negara akan menghadapi peperiksaan akhir semester, atau sedang menghadapinya sekarang, di setiap institut pengajian tinggi masing-masing. Setelah hampir lima bulan mahasiswa/i bergelumang dalam lautan ilmu, sudah tiba masanya untuk kembali ke daratan, berpijak ke bumi yang nyata! Kita akan meredah onak dan duri bagi menggapai kejayaan!

Inilah masa untuk membuktikan diri masing-masing bahawa sejauh mana ilmu yang diperoleh sewaktu pengajian dan pembelajaran telah di hayati serta di aplikasikan dalam kehidupan sebagai Mahasiswa. Ketika ini, kita kan tahu sejauh mana pemahaman kita di dalam kelas dan kuliah akan membantu kita di medan peperiksaan.

Ucapan semangat kan didengari, doa daripada ibu dan ayah serta keluarga menelusuri di benak sanubari kita. Rakan-rakan bersama-sama dalam menempuh ujian semester ini, ‘study group‘, perbincangan, latihan dam bermacam-macam tips peperiksaan dikongsi bersama bagi mencapai kejayaan itu bersama-sama…

Namun, akhirnya kita semua tidak boleh lari dari meminta, mengharap, memohon daripada-Nya. Semua antara kita kan sujud dan tunduk rendah di hadapan-Nya, memohon ampunan serta petunjuk kejayaan dalam setiap apa yang telah kita lakukan dan usahakan!

Akhirnya..kita tidak boleh lari daripadan-NYA…

 

 

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s