Selamat datang ke Negeri Sembilan, wahai Pemuda Melaka

Pemuda Melaka

Selamat datang di ucapkan kepada Pemuda dari Melaka ke Negeri Sembilan!

Alhamdulillah, kerana ikatan Aqidah yang jitu dan kukuh, kita telah berjumpa dalam satu pertemuan yang memang Allah telah rancangkan untuk kita bertemu. Apabila melihat kembali pertemuan yang penuh kasih sayang ini, saya terkenang bagaimana kehidupan para sahabat r.anhum ketika mereka menyambut junjungan besar mereka, Nabi Muhamad s.a.w di Madinah Al-Munawarrah. Sambutan yang penuh girang dan laksana matahari yang mekar memancar di ufuk timur. Continue reading “Selamat datang ke Negeri Sembilan, wahai Pemuda Melaka”

Advertisements

KBAZ, mengumpul mujahid dan mujahidah muda di Malaysia

Saya bersama teman, Fadhil
Saya bersama teman, Fadhil

Assalamualaikum w.b.t kepada semua,

Pada 9 Mei 2009 yang lalu, telah berlangsungnya satu persidangan ilmiah yang dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Konvesyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) telah menghimpunkan seramai 3000 orang peserta, kebanyakan terdiri daripada kalangan pemuda-pemudi dari seluruh pelosok tanah air. Tema yang dipilih adalah satu pendekatan terbaru daripada pihak penganjur yang mahu membawa satu dimensi baru kepada masyarakat Malaysia, khususnya pemuda-pemudi di Malaysia. Tema yang cukup optimistik diberi oleh pihak penganjur adalah sebahagian usaha murni untuk menyampaikan satu mesej kepada belia di Malaysia adalah bahawa agenda yang didokong oleh mereka yang menentang kekuasaan Allah akan tumbang akhirnya! Agenda Zionis akan berakhir walaupun ketika ini kita melihat agenda mereka ‘seakan-akan berjaya’…namun sebenarnya TIDAK!

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai konvesyen ini kerana memang tidak cukup dengan penulisan di alam maya ini mampu menjelaskan kepada anda semua. Namun, panelis yang dijemput, Dr.Azzam Tamimi, Dr.Mohsen Soleh dan Dr. Roslan Mohd Nor, telah menemukan kepada saya satu kesimpulan yang sangat berharga buat kita semua. Apa yang kita mahu lakukan iaitu mahu menamatkan agenda jahat ini adalah bermula dari DIRI KITA SENDIRI, BUKAN ORANG LAIN. Ringkasnya, semua yang kita rancangkan mestilah di mulakan daripada diri kita sendiri kerana itulah yang telah diajarkan oleh Baginda Rasul s.a.w dalam sirah Baginda. Bukan diri Baginda yang mengubah para sahabat r.anhum ketika itu, tetapi diri para sahabat r.anhum sendiri yang terkesan dan tersedar dari lamunan tidur yang panjang untuk berubah ke arah sinar yang terang di sana…

Apa yang pasti dalam konvesyen ini, saya dapat melihat kumpulan mujahid dan mujahidah di Malaysia yang akan membawa pembaharuan di negara Malaysia ini boleh bersatu!!

Peserta berpusu-pusu ke KBAZ
Peserta berpusu-pusu ke KBAZ
Mujahid yang hadir
Mujahid yang hadir
Penuh dan Komited
Penuh dan Komited

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Kembara Perak

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Hurm…sudah lama agaknya aku ini tidak merantau ke negeri orang.. Namun, Alhamdulillah, Allah telah kurniakan rahmat dan peluang kepada ku untuk melangkah ke negeri Perak pula..

Ya, pada 26 April yg lepas, aku bersama teman-teman seperjuangan meluangkan masa untuk mengembara dan merantau ke negeri orang, negeri Perak. Kesempatan ini di ambil sepenuhnya oleh aku untuk menambah kefahaman dan memahami realiti kehidupan ummah sekarang. Continue reading “Kembara Perak”

Allah adalah Tuhan Kamu!

Allah adalah Tuhan kita!
Allah adalah Tuhan kita!

” (Yang memiliki sifat-sifat sedemikian) itu ialah Allah Tuhan kamu; Tidak ada Tuhan selain Dia: Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemeliharaan segala sesuatu. Dia Tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” ( Al-An’am: 103-104 )

Sekadar untuk mengingati diri kita, dan terutamanya diri orang yang menulis makalah ini. Dalam meneruskan kehidupan harian kita, bergelumang dengan ke sana ke mari, mencari duit, menyara keluarga, menuntut ilmu, dan berbagai kerja yang dilakukan oleh manusia, kita seharusnya tidak boleh lupa bahawa Allah adalah Tuhan Kita. Continue reading “Allah adalah Tuhan Kamu!”