Allah adalah Tuhan Kamu!

Allah adalah Tuhan kita!
Allah adalah Tuhan kita!

” (Yang memiliki sifat-sifat sedemikian) itu ialah Allah Tuhan kamu; Tidak ada Tuhan selain Dia: Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemeliharaan segala sesuatu. Dia Tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” ( Al-An’am: 103-104 )

Sekadar untuk mengingati diri kita, dan terutamanya diri orang yang menulis makalah ini. Dalam meneruskan kehidupan harian kita, bergelumang dengan ke sana ke mari, mencari duit, menyara keluarga, menuntut ilmu, dan berbagai kerja yang dilakukan oleh manusia, kita seharusnya tidak boleh lupa bahawa Allah adalah Tuhan Kita.

Tiada Tuhan selain Allah, inilah yang dinyatakan dalam awal ayat surah di atas. Satu kenyataan yang pasti dan jelas. Tidak perlu untuk diterangkan berkali-kali kepada kita sekiranya kita mudah faham akan pernyataan di atas…seterusnya bersebati dengan jiwa kita. Ketika itu, jiwa kita akan meyakini bahawa Dialah Tuhan yang satu, dan tiada Tuhan selain Dia. Maka, secara automatisnya kehidupan kita meyakini akan kewujudan-Nya di sekeliling kita…memerhatikan kita dan mengetahui segala apa yang kita akan atau sudah lakukan.

Namun, di sebalik kepercayaan ini, masih ada yang belum yakini dan selami erti keEsaan-Nya di dunia ini. Kita masih lalai, dan terus alpa dengan kerja harian kita. Kita kerja bagaikan kita akan hidup seribu tahun atau, ada yang menyangka akan hidup buat selama-lamanya. Tidak! Wahai saudaraku, kepercayaan ini dan kealpaan kita ini akan memberi balasan buruk di sana. Percayalah!

Dr. Yusuf Al-Qardawi pernah menulis dalam kitabnya ‘Hakikat Tauhid’ bahawa:-

‘kita mesti mengimani Tuhan yang satu di alam raya, bagi-Nya kuasa mencipta, memerintah dan kepada-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara, pentadbir semua urusan. Hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh diingkar. Dia layak diajukan kesyukuran tidak dikufuri, seterusnya hanya Dia yang patut ditaati, bukan untuk didurhakai.’

Ingat! Allah untuk ditaati dan bukan didurhakai!

Rujukan

1. Hakikat Tauhid, Dr. Yusuf Al-Qardawi.

2. Al-Quran dan Terjemahannya.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

2 thoughts on “Allah adalah Tuhan Kamu!

  1. Syukran akhi atas mengupas satu ilmu yang begitu penting untuk kita amati,

    ILMU TAUHID.

    Pentingnya ilmu tauhid untuk kita mengimani,

    Kenapa kita bertuhan,

    Siapa tuhan kita,

    Bila kita perlukan tuhan,

    Bagaimana kita akui tuhan,

    Apakah konsep ketuhanan.

    Setelah berlegar-legar pada persoalan ini, kita akan menjumpai satu jawapan hakiki,

    Allah adalah tuhanku!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s