Kembara Perak

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar
Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Hurm…sudah lama agaknya aku ini tidak merantau ke negeri orang.. Namun, Alhamdulillah, Allah telah kurniakan rahmat dan peluang kepada ku untuk melangkah ke negeri Perak pula..

Ya, pada 26 April yg lepas, aku bersama teman-teman seperjuangan meluangkan masa untuk mengembara dan merantau ke negeri orang, negeri Perak. Kesempatan ini di ambil sepenuhnya oleh aku untuk menambah kefahaman dan memahami realiti kehidupan ummah sekarang.

Seawal subuh, aku sudah mula bersiap dengan menyediakan bekalan mudah seperti buku catatan, al-quran dan kamera. Ada masa lebih, aku gunakan untuk membasuh baju dan mengemas rumah sebelum berangkat ke Perak. Hurm, masa mesti di manfaatkan sepenuhnya kan, kawan-kawan… Dalam pukul 8.40pagi, temanku, Mabrur, mengambil ku di rumah sewa yang terletak di kawasan yang  sama di Desa Anggerik. Kemudian aku dan Mabrur bertolak ke Masjid Bandar Baru Nilai dengan menaiki motosikal Mabrur.. Thanks ya bro! Setibanya di masjid, kami mendirikan solah tahiyattul masjid bagi memohon keberkatan daripada Allah untuk memudahkan perjalanan kami. Selepas itu, datang pula seorang rakan kami, Shairawi, membawa kereta Toyota Avansa sebagai kenderaan utama kami untuk ke Perak.

Dari masjid, kami terus meluncur laju ke Plaza Tol Nilai bagi mengambil baki teman kami di sana. Setibanya di sana, teman kami sedang bersabar menunggu kedatanagan kami untuk mengambil mereka. Ustaz Azizee bersama anaknya, Usaid, ditambah dengan abang Hazman dan juga abang Amir Farid. Setelah selesai memindah barang masuk ke kenderaan utama, kami memulakan perjalanan dengan doa dan tujuan yg murni iaitu mencari keredhoan Allah sepanjang perjalanan itu nanti. Tempat persinggahan kami yang pertama adalah R&R Nilai untuk mengisi perut bagi mereka yang lapar, tidak makan pagi la katakan… Aku, Mabrur, dan Amir Farid sekadar mengisi dengan air masak sahaja manakala yang lainnya menyantap dengan Nasi LOMAK Power, yang terkenal di R&R tersebut.

Nasi Lomak Power, R&R Nilai
Nasi Lomak Power, R&R Nilai

20minit berehat dan menyiapkan diri dengan bekalan makanan, kami meneruskan perjalanan. Pemandu pelancong kami adalah Shairawi, kerana beliau mahir dengan jalan-jalan di Perak. Shairawi berpengalaman kerana dia pernah menyambung pelajaran dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Al-Hidayah, Ipoh. Maka layaklah beliau untuk membawa kami ke sana. Awal perjalanan tiada yang menarik kerana diriku ini punyai satu kelemahan iaitu mudah tidur apabila di dalam kenderaan. Namun, anak Ustaz Azizee punyai energy yang sangat kuat, orang kata hyperactive la dalam bahasa orang puteh. Usaid tak tidur sepanjang perjalanan, segar bugar sahaja dia dan ada sahaja perkara yang nak di buatnya. Dalam perjalanan tersebut memang tidak tergambar kebesaran Allah di sepanjang perjalanan itu. Ada Air Terjun Lata Kijang dan Gua Tempurung. Cukup hebat dan besar ciptaan Allah itu. Ustaz ada bertanya;

“Bagaimana air boleh terpancut dari gunung? Ada yang tahu?” Soalnya.

Semua terdiam, mencari jawapan. Aku pun tak tahu. Saudara pembaca ada jawapan? Boleh kongsikan dengan aku ini…

Perjalanan mengambil masa yang lama, sekitar 4 jam lebih dan kami bertolak tadi dalam pukul 9.00pagi dari Nilai. Namun, kecekapan dan ketenangan pemandu kami, Shairawi telah meyakinkan hati kami bahawa kami akan tiba dengan selamat dan tepati masa. Alhamdulillah, kami tiba di kampung halaman teman kami iaitu Mabrur. Kami di sambut dengan senyuman oleh ayah Mabrur, Pak Cik Ahmad. Pak Cik Ahmad menjemput kami masuk ke rumah sementara menantikan juadah tengah hari di siapkan. Dalam kelapangan itu, kami sempat mengadakan sesi kenal-mengenali antara satu sama lain dan khususnya untuk Pak Cik Ahmad. Ringkasnya Pak Cik Ahmad ini berumur 51tahun dan bekerja sebagai kerani di salah sebuah sekolah yang berdekatan dengan rumahnya. Banyak di bualkan terutamanya oleh Ustaz Azizee yang bertanyakan fasal orang-orang lama di Kuala Kangsar. Oh lupa pula, rumah teman kami ini di Kuala Kangsar, atas dari Ipoh sedikit.

Pak Cik Ahmad, ayah Mabrur
Pak Cik Ahmad, ayah Mabrur

Selesai sesi kenal-mengenal, kami dijemput untuk menjamu selera. Hurm, sodap-sodap belako lauknya ketika itu. Semua teruja. Orang dah lapar katakan… Ada ayam, udang, ikan dan sayur masak. Bila ditanya masak untuk berapa orang kepada Mabrur…

“Untuk tujuh orang dewasa” jawabnya sambil tersenyum.

Wah! Kami hanya 6 orang dewasa, seorang kecil, Usaid anak Ustaz Azizee. Hurm, dah rezeki kami, makan selagi mana perut tidak menolak. Pada saat itu memang terasa nikmat makanan daripada orang Perak. Alhamdulillah, moga Allah membalas kebaikan Pak Cik Ahmad dengan kebaikan yang lebih baik lagi. Selesai makan, kami dihidangkan dengan desert, dadih. Huh, memang sodap! Ibu kepada Mabrur yang siapkan. Aku teringat dalam sebuah hadis Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya hasil yang dilakukan oleh kamu sendiri adalah lebih baik daripada hasil yang diterima daripada orang lain”

Memang benar hadis ini. Segala pekerjaan yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri akan memberikan kepuasan kepada kita apabila kita berjaya lakukan yang terbaik!

Sebelum kami bertolak ke destinasi seterusnya, kami diberikan sedikit buah rohani daripada Pak Cik Ahmad. Mudah dan ringkas iaitu agar jalinan ukhwah ini akan diingati dan mendapat rahmada daripada-Nya. Walaupun sedikit tetapi ia memberi makna yang mendalam bagi ku dan teman-teman yang lain dalam mengharungi perjalanan jauh ini. Kami meneruskan perjalanan ke Ipoh, tempat persinggahan seterusnya. Sebelum kami ke Ipoh, sempat kami singgah di Masjid Ubudiah yang terkenal di Pekan Kuala Kangsar, terkenal sebagai Bandar DiRaja Perak. Kami menunaikan solah Jama’ Qasar dan berehat seketika di sana. Dalam masa tersebut, kami sempat berkenalan dengan senior di masjid tersebut. Kami panggi beliau Atok, mungkin kerana umurnya yang jauh beza dengan kami. Banyak yang dikatakan oleh beliau dan paling menakjubkan bagi aku ialah beliau mampu berbahasa Inggeris serta lancar dalam menuturkannya. Hebat! Sebelum beredar, beliau sempat menasihati kami agar sentiasa bertingkah mulia dengan orang tua seperti beliau kerana sekarang ini orang muda seperti kami ini sudah hilang budi bahasanya dengan orang yang lebih tua. Kami terkesan, aku lebih-lebih lagi. Ya Allah! Jauhkanlah diri kami dari melakukan perkara yang menyakiti kedua orang tua kami…

Kami meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan ini, kami menemui semula Sungai Perak dan Terowong setelah kami sudah melaluinya dalam perjalanan ke Kuala Kangsar. Kami tiba di Pejabat ISMA Perak pada pukul 4.50 petang. Kami memang dinantikan oleh teman-teman dari Perak. Tibanya kami di sana, kami disambut dengan hangat oleh teman-teman yang hampir mencapai 30 orang semuanya. Alhamdulillah, inilah teman kami dan kami akan menjaga ukhwah ini sampai bila-bila. Turut bersama kami pada petang itu ialah Ustaz Mohd Razmi Isa, Yang DiPertua ISMA Perak. Kami semakin bersemangat. Indah sungguh ikatan ini jika aku bandingkan dengan ikatan-ikatan yang lain. Walaupun ini baru pertama kali aku berjumpa dengan mereka, terasa mereka ini telah lama aku kenal.. Ya Allah! Peliharalah ikatan ini dengan rahmatMu.

Di pejabat, kami dihidangkan dengan sajian rohani daripada dua Ustaz dan dari dua tempat yang berbeza. Ustaz Razmi menasihatkan kepada kami semua bahawa dalam dakwah ini perlukan kesatuan hati yang jitu dalam membawa tanggungjawab ini. Kesatuan ini perlu dibelai dengan jalinan yang baik dan secara tidak langsung akan meningkatkan semangat kita dalam amal dakwah. Aku teringat bahawa dalam memegang panji-panji ini, aku tidak keseorangan malahan sebenarnya masih ramai di luar sana memperjuangkan kerja yang mulia ini. Tidak kira tempat, tidak kira umu dan tidak kira pangkat, mereka semua memperjuangkan agama yang mulia ini iaitu ISLAM.

Ustaz Rasmi Isa (tengah)
Ustaz Razmi Isa (tengah)

Ustaz Azizee menambah dengan dua perkara yang kita kena kuasai. Beliau mengutip dua perkara utama itu daripada As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, Imam Fikrah Abad Ini. Kekuatan Iman dan Ukhwah. Kekuatan iman adalah memastikan ketaqwaan kita semakin meningkat dan konsisten dalam kehidupan kita sebagai hamba-Nya. Iman ini akan melahirkan diri manusia yang melakukan amal-amal zahir yang menandakan kita beriman seterusnya menggambarkan kepada kita kekuatan iman seseorang.

Ustaz Azizee Hasan (tengah)
Ustaz Azizee Hasan (tengah)

“Seseorang lelaki yang berulang alik ke masjid, bahawasanya iman dia hidup”

Selepas itu, kekuatan ukhwah merupakan kekuatan utama dalam sesebuah jamaah atau kumpulan. Kekuatan ini akan mendorong kelancaran sesuatu amal dalam jamaah atau kumpulan. Saidina Umar r.a pernah berkata:-

“Nikmat kedua selepas Islam adalah saudara yang Soleh”

Apabila difikirkan balik, antara sebab kita kekal dalam dakwah adalah kerana ukhwah atau bersahabat dengan orang Soleh. Mudah dan ringkasnya, kita punyai ramai kawan dan dalam ramai-ramai kawan kita itu, pastinya yg Soleh mengingatkan kita kepada-Nya. Aku teringat kata-kata Ustaz Azizee juga bahawa kerja dakwah adalah kerja yang mulia, dan tiada kerja lain yang mampu mengatasi kemuliaannya. Ya Allah! Mulia sungguh suruhanMu itu. Allah itu sentiasa mahu menguji kita, menguji kita yang sanggup menggalas beban dakwah ini untuk melakukan amalan yang terbaik! Maka, sudah banyakkah amalan baik kita yang telah dilakukan???

Akhir kata daripada Ustaz Azizee ialah orang yang mengaji atau belajar agama tidak boleh rasa rendah diri kerana orang yang belajar agama ini telah tersebut dalam Al-Quran, dan tiada pula kita dapati dalam Al-Quran menyebut fasal Doktor, Engineer, Akauntan, Arkitek, atau pun kerja-kerja yang lain secara specificnya, tiada! Namun, Ulama’ telah terakam oleh Allah dalam Al-Quran. Inilah pelajaran yang paling mulia di atas dunia ini. Sebagai tanda penghargaan, Ustaz Razmi menyerahkan cenderamata kepada Ustaz Azizee sebagai tanda persahabatan yang akan kekal hingga akhirat. Selepas majlis tersebut, kami bersalam-salaman dengan teman-teman dari Perak sebelum berangkat pulang ke Negeri Sembilan. Aku sempat mengambil nombor telefon mereka walaupun tak semua. Hal ini kerana tanda persahabatan bukan hari ini sahaja malah akan berpanjangan, InsyaAllah.

Ukhwah tetap terjalin
Ukhwah tetap terjalin

Kami meneruskan perjalanan, namun belum menuju ke arah selatan lagi. Ustaz Razmi mengajak kami ke rumah beliau pula. Beliau tidak boleh kalau tetamu dari jauh tidak singgah ke rumah beliau. Maka kami pun membuat keputusan untuk singgah di rumah beliau. 15minit berlalu, kami tiba di rumah Ustaz Razmi. Setelah dijemput masuk, kami di hidang pula dengan dua jenis laksa, Laksa Perak dan Laksa Kelantan..maafkan aku kerana tidak sempat untuk mengambil gambar. Kenapa Laksa Kelantan ada pula?kerana Ustaz Razmi berasal dari Kelantan dan isterinya berasal dari Perak. Maka kedua-duanya ada sekali. Aku dah tak larat nak makan pada waktu itu, hanya mampu menjamah sedikit Laksa Perak sahaja..asalkan makan kan. Setelah menunaikan solah Jama’ di rumah Ustaz Razmi, kami mula bersiap untuk bertolak pulang. Sebelum naik kenderaan kami sempat bergambar dengan Ustaz Razmi sebagai tanda kenangan kami kepada beliau. Syukran ala kulli hal ya ustaz!

bersama Ustaz Razmi
bersama Ustaz Razmi

Alhamdulillah, kembara kami berakhir di Nilai pada pukul 11malam. Aku puas, teman-temanku juga puas. Banyak perkara yang diperolehi dan yang pasti kita boleh amalkan dalam kehidupan kita. Hurm, panjang aku menulis kali ini. Harapnya semua pembaca puas dengan sedikit pengalaman aku ini. Sekian…

bersama teman-teman dari Perak
bersama teman-teman dari Perak

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


7 thoughts on “Kembara Perak

  1. Ahsanta ya akhi… Bagus pengembaraan enta tu. Ana lama dah tak berjaulah. Insyaallah ana akan usahakan jaulah hujung tahun ni cam yang enta cakap tahun sudah. Ana belum bayar hutang enta lagi kan???

    1. hurm, yg itu kena hubungi ustaz di perak la sheikh..
      ana xmahir lagi nak kupas kejadian di sana

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s