KBAZ, mengumpul mujahid dan mujahidah muda di Malaysia

Saya bersama teman, Fadhil
Saya bersama teman, Fadhil

Assalamualaikum w.b.t kepada semua,

Pada 9 Mei 2009 yang lalu, telah berlangsungnya satu persidangan ilmiah yang dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Konvesyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) telah menghimpunkan seramai 3000 orang peserta, kebanyakan terdiri daripada kalangan pemuda-pemudi dari seluruh pelosok tanah air. Tema yang dipilih adalah satu pendekatan terbaru daripada pihak penganjur yang mahu membawa satu dimensi baru kepada masyarakat Malaysia, khususnya pemuda-pemudi di Malaysia. Tema yang cukup optimistik diberi oleh pihak penganjur adalah sebahagian usaha murni untuk menyampaikan satu mesej kepada belia di Malaysia adalah bahawa agenda yang didokong oleh mereka yang menentang kekuasaan Allah akan tumbang akhirnya! Agenda Zionis akan berakhir walaupun ketika ini kita melihat agenda mereka ‘seakan-akan berjaya’…namun sebenarnya TIDAK!

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai konvesyen ini kerana memang tidak cukup dengan penulisan di alam maya ini mampu menjelaskan kepada anda semua. Namun, panelis yang dijemput, Dr.Azzam Tamimi, Dr.Mohsen Soleh dan Dr. Roslan Mohd Nor, telah menemukan kepada saya satu kesimpulan yang sangat berharga buat kita semua. Apa yang kita mahu lakukan iaitu mahu menamatkan agenda jahat ini adalah bermula dari DIRI KITA SENDIRI, BUKAN ORANG LAIN. Ringkasnya, semua yang kita rancangkan mestilah di mulakan daripada diri kita sendiri kerana itulah yang telah diajarkan oleh Baginda Rasul s.a.w dalam sirah Baginda. Bukan diri Baginda yang mengubah para sahabat r.anhum ketika itu, tetapi diri para sahabat r.anhum sendiri yang terkesan dan tersedar dari lamunan tidur yang panjang untuk berubah ke arah sinar yang terang di sana…

Apa yang pasti dalam konvesyen ini, saya dapat melihat kumpulan mujahid dan mujahidah di Malaysia yang akan membawa pembaharuan di negara Malaysia ini boleh bersatu!!

Peserta berpusu-pusu ke KBAZ
Peserta berpusu-pusu ke KBAZ
Mujahid yang hadir
Mujahid yang hadir
Penuh dan Komited
Penuh dan Komited

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Advertisements

4 thoughts on “KBAZ, mengumpul mujahid dan mujahidah muda di Malaysia

  1. Assalamualaikum Azim, lama tak dengar cerita, moga bertambah sihat disamping sahabat2 seperjuangan. Buat apa sekarang? jika ada kesempatan moga kita boleh berjumpa. Sampaikan salam ana kepada sahabat2 yang lain dengan lafaz assalamualaikum wbt.

  2. Assalamualaikum, saya ingin mengundang Tuan/Puan? Cik puan ke;

    Kelas Kongsi-kongsi: Strategi Sarang Penulis (INDONESIA)

    Ada satu fenomena yang berlaku di Indonesia, setiap kali selepas beberapa hari timbul satu-satu isu, pasti muncul beberapa buah buku yang diterbitkan bagi membincangkan isu tersebut.

    Contohnya,pasaran di Indonesia bisa ditebak oleh penerbit (entah bagaimana), bahawa awal Mac 2009, kesedaran terhadap dosa-dosa dan alam kematian bakal mendapat perhatian. Oleh itu, sebelum April 2009, tiga buah buku berkaitannya mulai masuk dalam pasaran.

    Ada lain kes, diterbitkan pula oleh penerbit berlainan. Bagai dipakat-pakat pula. Contoh judul (sekadar ‘bunyi’ lebih kurang begini), Azab dan Nikmat di Alam Kubur, 70 Dosa-dosa Besar, Senyum Sang Penjawab Salam Izrail, Kubur Gelap Kubur Terang, dan banyak lagi.

    Begitulah industri buku di Indonesia, tidak pernah duduk diam. Penulis dan penerbit amat memberi kesan mencengkam terhadap trend yang sedang berlangsung. Atau lebih hebat lagi, penerbit dan penulis jua yang berkuasa mengawal trend itu.

    Persoalannya, bagaimana penulis membuat kajian dan menulis secara pantas tangkas? Lebih mengejutkan, buku-buku itu menjadi laris di pasaran dan hangat dibincangkan pula di kedai-kedai kopi.

    Sepanjang berkawan-kawan dengan rakan penerbit di Indonesia awal tahun lalu, saya akhirnya mendapat jawapan kepada rahsia itu. Kuncinya, jika boleh dinamakan sebagai Strategi Sarang Penulis, iaitu sekumpulan penulis berkelompok yang bersiap siaga dengan akses pustaka dan kemahiran mencari dan menulis semula (adaptasi) maklumat. Setelah mereka menerima signal daripada penerbit akan kehadiran trend baru, maka bertebaranlah mereka menyiapkan sesebuah judul yang direncanakan.

    • Bagaimana langkah demi langkah membaca trend?
    • Bagaimana mencipta judul semasa membaca trend?
    • Bagaimana mengurus penulisan dalam pasukan Sarang Penulis?
    • Paling penting, KENAPA mesti menulis beramai-ramai?

    KKK Oktober: Strategi Sarang Penulis (INDONESIA)

    • 10 Oktober 2010 (Ahad).
    • 9 pagi – 12 tengah hari.
    • Tempat duduk: 20 orang SAHAJA.
    • Yuran: Percuma.
    • Lokasi: Kelas Kongsi-kongsi, Mazni Irfan Publication, Larkin JB (di belakang Mutiara Motors, sebelah Mahkamah Majistret).

    Mohon smskan nama, e-mel dan no telefon untuk pendaftaran kepada:
    Tuan Mazni Al-Irfan Jani
    0102265356
    atau
    Maslina Ngadiman
    0127290119

    p/s: Seterusnya, KKK November: Dinding Kebodohan dalam Penulisan (JEPUN).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s