Selamat datang ke Negeri Sembilan, wahai Pemuda Melaka

Pemuda Melaka

Selamat datang di ucapkan kepada Pemuda dari Melaka ke Negeri Sembilan!

Alhamdulillah, kerana ikatan Aqidah yang jitu dan kukuh, kita telah berjumpa dalam satu pertemuan yang memang Allah telah rancangkan untuk kita bertemu. Apabila melihat kembali pertemuan yang penuh kasih sayang ini, saya terkenang bagaimana kehidupan para sahabat r.anhum ketika mereka menyambut junjungan besar mereka, Nabi Muhamad s.a.w di Madinah Al-Munawarrah. Sambutan yang penuh girang dan laksana matahari yang mekar memancar di ufuk timur.

Begitulah kita sepatutnya. Menyambut teman seAqidah kita dengan penuh kasih mesra kerana kita bersama-sama dalam satu jalan yang sama. Apabila diukurkan kembali dengan kisah pejuang kita dahulu, sangatlah berbeza berbanding keadaan kita sekarang. Dulunya, mereka bermusafir dengan menaiki kenderaan tunggangan ataupun berjalan kaki, tetapi kita menaiki kenderaan empat roda yang hanya perlu menekan pedal minyak dengan kaki yang Allah ta’ala kurnia kan kepada kita. Mudahkan? Namun, adakah kita pernah bersyukur dengan pertemuan yang mulia ini?

Mari kita duduk sejenak...

Saya pasti ada di antara kita yang merasa bertuah dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita atas pertemuan yang mulia ini. Tapi, bagaimana mereka yang melakukan pertemuan demi pertemuan tetapi hanya membazirkan waktu mereka dengan perkara yang tidak berfaedah atau lebih membimbangkan lagi mereka terlibat dengan perkara dosa yang sangat di larang oleh Allah s.w.t sendiri… Na’uzubillahi min zalik

Oleh itu, wahai pemuda sekalian,

Peluang yang kita ada sekarang adalah untuk melakukan satu pekerjaan yang mulia, bukan melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah kepada diri kita. Peluang ini mesti digunakan untuk berkhidmat sehabis baik untuk menjamin kehidupan di sana yang Abadi. Dalam pertemuan Iman ini, pertemuan seAqidah ini, saya mengambil peluang untuk mengenali diri mereka, bertukar pengalaman dalam mengharungi kehidupan penuh ranjau duri ini. Percayalah, dengan pertemuan sebegini maka Iman kita, kepercayaan kita kepada kekuasaan Allah akan menebal dan menjadi utuh dalam kehidupan kita. Bukan lagi fantasi dalam kehidupan kita, tetapi menjadi realiti.

Pemuda-pemuda sedang tekun mendengar nasihat

Saya kutip juga mutiara hikmah dalam pertemuan semalam, 28 Jun 2009, yang mana dalam kecelaruan ummah sekarang, masih ada yang prihatin terhadap kecelaruan ini kerana apa? Kerana kita ini milik ummah! bukan milik diri kita sendiri!! Kita ini bekerja untuk ummah bukan untuk kepentingan kita sendiri..kita punyai identiti yang mulia, iaitu Islam. Mengapa perlu kita abaikan identiti yang mulia ini? Maka layaklah bagi kita untuk bangun dan bangkit kerana sebab yang dinyatakan bagi saya sangat relevan pada era sekarang. Sekarang bukan lagi untuk kita mengaturkan pertemuan yang membazir masa tetapi kita aturkan pertemuan Iman kerana kita mahu lihat ummah kita kembali gemilang!! InsyaAllah…

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN DUA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Advertisements

8 thoughts on “Selamat datang ke Negeri Sembilan, wahai Pemuda Melaka

  1. assalamualaikum wbt..

    sekadar berteori berkenaan buku-buku haraki saje?
    Di mana praktikalitinya..??

    Berprogram tanpa halangan?.. Dimana mehnah dan tribulasi yg sering dilaung2kan seumpama duri2 di atas karpet merah?

    Tarbiyyah hanya di dalam usrah, ukhuwah,jaulah dan diskusi saje ke? perjuangan menentang sekularisme(lawan umno) bukan tarbiyyah juga ke?

    sekadar lontaran pertanyaan

    1. Semua ini adalah persiapan diri sebelum terjun ke dalam medan.
      Tidak semestinya kita kena berjuang terus tanpa ada perancangan dan pengisian yg mantap dalam diri.
      Perjuangan tetap ada, tapi kalau tiada pemantapan dalam dalaman itu sendiri, apabila kita berjuang, kita akan di tumpaskan kembali.

      Melihat kembali pada perjuangan sebenar Rasulullah s.a.w sendiri pun, baginda memerlukan masa yg begitu lama utk membuang jahiliyyah dalam diri sahabat baginda, 13 tahun. Lama tu.
      Itu pun masih ada saki baki kecil jahiliyyah dalam diri sahabat apabila sudah selesai berhijrah.

      Banyak hikmah yg Allah turunkan kpd kita bagi kita memahami dahulu Jalan ini yg sebenar dan wajib utk kita pelajari sekarang sebelum kita turun dalam medan.
      Dalam belajar teori pun kita sedang berjuang, berjuang utk membuang jahiliyyah dalam diri kita. Hal ini lebih penting berbanding berjuang menentang sesuatu isme tapi tanpa pengetahuan.

      Dalam mahu memahami teori atau mempraktikal nya pun sudah mengalami mehnah. Mehnah dari diri sendiri, yg kadang2 tak mahu ikut syara’..ini semua mehnah yg kita sendiri kena hadapi.
      Saudara, praktikal bukan utk di ukur semata2 dari program tetapi melalui pendidikan yg berterusan.

      Sekadar berpandangan…

  2. Betul segala kisah sirah itu ana bersetuju, Cumanya enta tidak mention sesuatu iaitu, disamping membuang karat jahiliyyah, pada masa itu juga jihad bergerak seiiringan.

    Bukan itu sahaja, proses pembuangan karat jahiliyyah dan jihad yang bergerak seiiringan TIDAK tertumpu pada segelintir golongan sahaja, atau dalam kata lainnya, dari serendah2 pangkat sehingga sebesar2 pangkat.

    Tambahan lagi, TIADA diperuntukkan proses islah dan jihad ini kepada level keintelektualan, atau dalam kata lainnya memfokuskan kepada mad’u2 tertentu sahaja.

    Bukankah bertindak memberi tarbiyyah kepada golongan yang sama level dengan kita sahaja menyebabkan wujudnya diskriminasi terhadap istilah islah itu sendiri? Sedangkan pada masa yang sama, kita berteori dengan melaung2 ciri2 Islam, antara lainnya syumuliyyah.

    Apa yang ana nampak, kesan daripada pemfokusan ini menyebabkan kita tidak banyak menghadapi mehnah dan tribulasi, hanya sekadar penentangan dengan nafsu, itu sebenarnya perkara fitrah, ya syeikh.

    Setelah puas berteori, pada akhirnya ana terfikir bahawa, sesuatu organisasi islamic perlu bersifat syumul, bukan sekadar pengisian yang syumul tetapi mad’u juga perlu pelbagai level of education, walaupun hanya sekadar tukang sapu di jalanan. Disinilah mehnah dan tribulasi yang bakal kita hadapi secara praktikalnya!.

    Ana sekadar menyentuh berkenaan sasaran mad’u dan mehnah sahaja, belum lagi kepada perbincangan berkenaan penentangan terhadap sekularisme.

    Fikirkan

    Sekadar pengislahan pemikiran dari ana

  3. Saudara @ Yang Konfius.

    Yang konfius itu konfius atau buat-buat konfius kemudian keluar jawapan?

    Tak adalah. Saya bergurau.

    Baik, kita lihat perkara ini dari aspek pandangan yang agak berbeza. Yang di dalam rumah meninjau rumah jirannya. Dia menganggap jirannya itu bising atas satu aspek negatif.

    Maka dari perspektif tersebut, saya takrifkan sebagai andaian, kerana si dia tidak berada di rumah jirannya, kerana barangkali yang bising di rumah jirannya sedang ada kenduri.

    Tamat.

    Mengislah dan fokus diri, bohonglah andai tiada isi yang menyentuh isu umat luar. Apa guna asah parang tapi tak memotong.

    Dalam erti kata lain, islah diri TIDAK bermakna meninggalkan amar makruf nahi mungkar. Tidak bermakna tarbiyah diri itu lupakan tentang bahaya sekularisme.

    Sekian, wassalam 🙂

  4. Assalamualaikum wbt..

    Kepada Yang konfius,

    Ana tidak bersetuju dengan tindakan nta merendah2kan jamaah lain, dimana adab berjemaah yang nta belajar dalam tamrin2, usrah2 dan sebagainya. Ana yakin nta bercakap dalam situasi nta dari jamaah PAS kampus.

    Ana juga dari PAS kampus tidak mahu perkara ini berlaku, jagalah adab2 sebagai ahli jamaah.

    Akh yang konfius,

    Jika nta melihat aspek jihad dari sudut fiqh, ada jihad am dan jihad khas,

    jihad am ini ialah satu kumpulan manusia yang menjalankan tugas dakwah, menyeru manusia kearah kebaikan, dan mecegah kemungkaran disamping memberi peringatan kepada manusia.

    Jihad Khas pula ialah kesatuan ummah membentuk satu kekuatan dalam memerangi orang2 kafir untuk menegakkan agama Allah, sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. memerangi sekular itu adalah dalam jihad khas.

    Disini, hukum jihad am adalah harus selagi mana tidak berlaku budaya melemah2kan jamaah yang sedia ada.Maka tidak ada kesalahan jika memfokuskan beberapa aspek sahaja dalam gerak kerja.

    manakala didalam jihad Khas, kepelbagaian jamaah ini perlu bersatu melawan kuffar. Ana ambil kaedah di Malaysia ialah melalui pilihanraya iaitu kaedah muwajahah silmiyyah (kaedah aman). Oleh itu kita perlu sama2 bekerjasama dalam soal ini.

    Kesimpulannya, tidak boleh menyerang mana2 pihak yang berbuat kebaikan, sebaliknya, cari titik pertemuan, supaya jihad am berjalan lancar dan juga jihad khas semakin teguh di bumi malaysia ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s