Ahlan Ya Ramadhan!

Kami sangat menantikanmu!
Kami sangat menantikanmu!

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi peluang kepada saya untuk menulis dan kekal dalam bidang penulisan ini. Walaupun tidak selalu menulis, namun keinginan yang berterusan telah memberi peluang kepada saya untuk kembali mengasah bakat dalam penulisan. Kepada teman dan pengunjung yang setia, saya mohon maaf kerana tidak dapat mengeluarkan isu yang baru pada setiap minggu atau setiap hari, saya minta maaf. Saya akan cuba perbaiki diri saya. Hurm, dalam masa yang panjang tidak menulis, banyak input yang diperolehi dan saya akan cuba menjadikan output kepada anda semua, insyaALLAH.

Ramadhan telah kembali dan kita seharusnya mengalu-alukan kedatangan bulan ini. Hal ini kerana terdapat banyak hikmah dan pengajaran serta ganjaran dalam bulan ini. Saya tidak berniat nak menulis atau menyenaraikan amalan-amalan yang afdhal dalam bulan ini, apa yang saya ingin katakan disini hanyalah mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai’e dan Baihaqi).

Ringkas dan mudah unjuran daripada Rasulullah s.a.w sendiri kepada kita. Tegakkan Ramadhan dengan keimanan dan keikhlasan agar ganjaran pengampunan daripada Allah s.w.t akan diperolehi oleh kita. Maka, Bangkitlah Kita! Melaksanakan Ramadhan sehabis baik pada tahun ini!

“Ramadhan tahun ini MESTI lebih baik dari Ramadhan yang lepas”

Selamat berIbadah semua!!!

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Advertisements