Salam Eidul Mubarak!

selamat_hari_raya

Assalamualaikum kepada semua teman dan para pengunjung!

Dalam kesempatan di pagi Raya ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang tetap menyokong usaha saya. Apa yang penting segala kritikan membina daripada anda semua, akan saya baiki dari semasa ke semasa. Oleh itu, saya memohon maaf kepada anda sekiranya ada dalam penulisan saya ini yang membuat hati anda terasa sakit atau kekurangan maklumat dalam penulisan ini, saya mohon seribu kemaafan. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah supaya segala jasa baik anda semua di balas oleh-Nya sesuai dengan apa yang kita telah lakukan demi dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui. Tidak lupa juga, natijah dari bulan Ramadhan yang lepas, seharusnya menjadi titik permulaan perubahan kita dalam jalan kebenaran ini, jalan yang diredhai Allah s.w.t serta menjadi batu loncatan kepada kita untuk mengubah dunia ini kepada Islam seluruhnya, insya -Allah.

Sekian, Salam Lebaran, Salam Eidul Mubarak dan teruskan perjuangan serta Istiqamah dalam menggengam janji dengan-Nya!

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Advertisements

An-Nahl: 11

Petunjuk buat semua manusia.
Petunjuk buat semua manusia.

“Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir” (An-Nahl: 11)

Renungan kita hari ini, dalam hari Ramadhan yang terakhir buat kita pada tahun ini. Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa hanya Allah s.w.t yang berhak mengizinkan seluruh tumbuh-tumbuhan untuk hidup mahupun mati, bukan kita! Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa kekuasaan Allah sahaja yang mampu untuk memberi kehidupan kepada yang diizinkan oleh-Nya. Apatah lagi cuba menyalahkan benda atau perkara lain sekiranyan impian mereka itu tidak tercapai.

Sebagai manusia, kita hanya mampu untuk mengusahakan sahaja dengan tangan dan usaha diri kita sendiri. Malah, Rasulullah s.a.w sendiri pernah menyebut bahawa rezeki yang diusahakan oleh tangan atau diri sendiri adalah lebih baik dari rezeki yang diperoleh daripada orang lain. Kita juga banyak melihat contoh-contoh terbaik daripada kalangan orang-orang beriman dalam menguruskan rezeki mereka. Contohnya, Saidina Abdul Rahman Bin Auf, yang mana profesion beliau sebagai usahawan di pasar Madinah ketika zaman baginda s.a.w dan hasil yang diperolehi oleh beliau telah menunjukkan kepada kita bahawa seorang Muslim mampu melakukannya. Usaha yang menjadi ukuran bagi kita, bukan sebab lain.

Akhir sekali, dalam penciptaan Allah itu ada pengajaran bagi kita untuk memkirkan kebesaran-Nya, kekuasaan-Nya dan betapa kecilnya kita berbanding segala kekuasaan Allah di dunia ini.

Salam Ingatan buat semua…

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Mengharungi Cabaran Baru

Penulis bergambar di hadapan Replika unik di KLCC.
Penulis bergambar di hadapan Replika unik di KLCC.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat meningkatkan amalan dalam tiga malam terakhir dalam Ramadhan tahun ini.

Alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba-Nya di atas muka bumi ini yang penuh dengan rahmat dan berkah. Kali ini saya cuba mengupas tajuk yang agak ‘gempak’ di atas dari sudut sebagai mahasiswa harapan di negara ini. Umumnya, semua tahu bahawa setiap manusia telah disusun oleh Allah s.w.t untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan, tidak kira dari sudut mental mahupun fizikal, semua manusia tidak terelak dari cabaran yang telah disusun-Nya. Saya tidak mahu mengupas tajuk ini dengan panjang lebar kerana saya perolehi idea ini pun dari ucapan yang mudah daripada seorang hamba Allah. Continue reading “Mengharungi Cabaran Baru”

Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat

Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat.
Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat.

“Siapa yang tidak mengasihi manusia, tidak dikasihi Allah” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ramadhan adalah bulan pesta, pesta untuk hamba-hambaNya beribadah. Namun, masih ada hambaNya yang tidak mengambil peluang yang luas ini. Apa yang menyedihkan kepada kita ialah ada segelintir masyarakat kita tidak menghormati akan kemuliaan bulan ini dengan mengadakan ‘pesta-pesta’ yang bertentangan dengan syara’! Hal ini telah menimbulkan kebimbangan kepada diri saya sebagai hambaNya terhadap umat ini… Continue reading “Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat”

Menziarahi Kawan, Menghulurkan Bantuan

Bersama rombongan Ziarah daripada PRU USIM

Salam Ramadhan kepada semua!

Alhamdulillah, Allah s.w.t terus memberi saya semangat untuk menulis walaupun di bebankan beberapa tanggungjawab sebagai Hamba-Nya. InsyaAllah, saya akan terus update beberapa peristiwa lepas yang saya alami, yang mana mungkin boleh memberi ‘ibrah(pengajaran) kepada kita semua.

Sebelum kita memasuki bulan Ramadhan yang mulia ini, saya telah dikejutkan dengan satu peristiwa yang mana saya sendiri pun tak sangka. Namun, ini semua adalah ketentuan Ilahi, dan yang pasti ada hikmahnya.. Peristiwa yang mengejutkan tersebut adalah kejadian rumah kampung terbakar di kampung rakan saya. Pada mulanya saya hanya menyangka rumah yang terbakar itu adalah rumah yang sudah tidak diduduki, namun jangkaan saya meleset kerana rumah kampung yang terbakar tersebut adalah rumah kampung rakan saya sendiri. Innalillahi wa inna hirajiunContinue reading “Menziarahi Kawan, Menghulurkan Bantuan”