Menziarahi Kawan, Menghulurkan Bantuan

Bersama rombongan Ziarah daripada PRU USIM

Salam Ramadhan kepada semua!

Alhamdulillah, Allah s.w.t terus memberi saya semangat untuk menulis walaupun di bebankan beberapa tanggungjawab sebagai Hamba-Nya. InsyaAllah, saya akan terus update beberapa peristiwa lepas yang saya alami, yang mana mungkin boleh memberi ‘ibrah(pengajaran) kepada kita semua.

Sebelum kita memasuki bulan Ramadhan yang mulia ini, saya telah dikejutkan dengan satu peristiwa yang mana saya sendiri pun tak sangka. Namun, ini semua adalah ketentuan Ilahi, dan yang pasti ada hikmahnya.. Peristiwa yang mengejutkan tersebut adalah kejadian rumah kampung terbakar di kampung rakan saya. Pada mulanya saya hanya menyangka rumah yang terbakar itu adalah rumah yang sudah tidak diduduki, namun jangkaan saya meleset kerana rumah kampung yang terbakar tersebut adalah rumah kampung rakan saya sendiri. Innalillahi wa inna hirajiun

Saya mengucapkan Alhamdulillah kerana tiada kehilangan jiwa yang berlaku ketika kejadian tersebut berlaku. Mak kepada rakan saya ini, ketika itu, sedang berada di rumah anaknya yang hanya berhadapan dengan rumah kampung yang terbakar itu dan memang kebiasaanya, mak rakan saya ini memang berada di rumah anaknya berbanding di rumah kejadian. Saya difahami kejadian ini berlaku kerana sambaran petir ke atas tempat elektrik di rumah berkenaan(maaf, mungkin salah istilah), dan ketika itu mak kepada rakan saya ini sedang mengabil wudhu’ di belakang rumah anaknya, tiba-tiba ternampak rumahnya sedang terbakar. Maka, serta merta meminta bantuan daripada jiran-jiran yang berdekatan.. Namun, usaha mereka gagal dalam memadamkan kebakaran tersebut. Sejurus kemudian, pasukan Bomba yang tiba hanya mampu melihat rumah tersebut telah ditelan api yang marak kerana api yang marak, tak kenal belas kasihan telah menelan semuanya ketika mereka tiba.

Dalam ziarah saya ke rumah kampung rakan saya ini, saya sempat memberi kata-kata semangat kepada beliau supaya terus tabar hati dan anggaplah ini adalah ujian daripada Allah s.w.t kepada beliau. Benar firman Allah s.w.t:-

“Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang berimana” (Al-Baqarah).

Kerugian yang dianggarkan ialah RM30,000 dan ketika ini mereka hanya peroleh bantuan daripada Jabatan Kabajikan dan Puzat Zakat sahaja. Apabila mendengar ini semua, saya merasakan haru kerana hamba yang kecil ini hanya mampu memberi sumbangan kata-kata kepada beliau berbanding sumbangan material yang sangat diperlukan oleh keluarga beliau. Ya ALLAH! Bantulah hamba-Mu yang dalam menghadapi ujian-Mu dengan  kesenangan yang tidak dijangka oleh kami. Saya yakin,dalam kesusahan itu pasti ada kesenangan yang kunjung tiba, cuma sama ada kita tahu atau tidak sahaja.

Saudara sekalian,

Rakan yang saya maksudkan ini adalah saudara Muhamad Safuan Bin Rahmad, Exco Keusahawan, Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seorang kenalan saya semasa di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) dahulu, dan saya pasti sekiranya ada para pengunjung yang membaca blog saya ini adalah dari bekas pelajar KMP, pasti mereka terkejut. Harapan saya di sini hanyalah menyarankan kepada saudara dan saudari sekalian untuk membantu beliau, tidak kira dari segi material mahupun mental. Benar lagi firman Allah s.w.t:-

“…dan bertolong bantulah dalam kebaikan dan taqwa…” (Al-Maidah: 2).

Sekiranya ada sekelumit perasaan dalam hati ingin membantu itu, silakan, jangan ditangguhkan. Di sini saya sertakan nombor telefon beliau untuk dihubungi:-

Muhamad Safuan b. Rahmad- 0148437605

Seterusnya saya serahkan gambar-gambar yang saya ambil sebagai penyambung cerita saya…

Tapak rumah yang terbakar

DSC00773

Wakil PRU USIM sedan menemu ramah sdr. Safuan

sdr. Safuan, terus bersabar...

Penulis di tapak kejadian

Penulis bersama sdr. Safuan

Kita masih ada masa untuk membanru, lebih-lebih lagi dalam bulan yang sangat mulia ini. Maka, teruslah membantu kepada mereka yang sangat memerlukan…

Selamat Beribadah pada 10 Malam yang Terakhir ini! Doa saya, supaya penulisan yang kerdil ini juga dianggap sebagai ibadah dalam bulan Ramadhan ini…

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

2 thoughts on “Menziarahi Kawan, Menghulurkan Bantuan

  1. Hmm…dugaan itu Allah berikan untuk menguji hambanya dan jika ia bersabar, Allah akan berinya rezeki yg tidak pernah dia fikirkan sblm ini..

    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.”
    -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

    “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
    -Surah Al-Baqarah ayat 286

    ~try la mohon rumah kos rendah kat kerajaan… selalunya org umah terbakar ni dpt umah.. kt kg sy tu, ade yg dpt 2biji rumah..walaupun yg terbakar tu sebiji je..

  2. hmm..satu lg.. isi borang kat HEP bahagian kebajikan mahasiswa.. print report polis dan gambar umah terbakar tu..paling kurang pihak universiti akan bg RM1ribu..bantuan kewangan.

    sekurang2nya ringan beban shbt nta tu.😉 wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s