Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat

Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat.
Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat.

“Siapa yang tidak mengasihi manusia, tidak dikasihi Allah” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ramadhan adalah bulan pesta, pesta untuk hamba-hambaNya beribadah. Namun, masih ada hambaNya yang tidak mengambil peluang yang luas ini. Apa yang menyedihkan kepada kita ialah ada segelintir masyarakat kita tidak menghormati akan kemuliaan bulan ini dengan mengadakan ‘pesta-pesta’ yang bertentangan dengan syara’! Hal ini telah menimbulkan kebimbangan kepada diri saya sebagai hambaNya terhadap umat ini…

Walaubagaimanapun, saya masih beruntung, dan saya pasti kita semua beruntung kerana masih ada juga segelintir daripada umat ini yang mengambil berat tentang umat ini. Program Semai Kasih 2009: Memupuk Keprihatinan Sejagat yang telah berjaya dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pada 12 September 2009 yang lalu, adalah contoh terbaik kepada kita bahawa masih ada antara umat ini yang mengambil berat akan perihal umat. Apa yang pasti, saya sangat yakin di luar sana masih banyak NGO yang mengambil berat akan umat ini dan mereka tidak kenal penat lelah dalam menjaga dan membela nasib umat ini.

Program Semai Kasih 2009 merupakan tahun ketiga bagi ISMA dalam merealisasikan program bersama masyarakat terutama kepada masyarakat yang memerlukan bantuan dan perhatian daripada masyarakat awam. Program ini telah memfokuskan kepada pesakit-pesakit hospital, orang miskin dan yang terkini adalah kepada Muallaf(orang masuk Islam) baru. Selain memberi kesedaran kepada masyrakat di luar sana akan peri pentingnya kita mengambil berat akan mereka yang memerlukan, ISMA juga membawa masyarakat untuk terus menyumbang terutama dalam bulan yang mulia ini, iaitu Ramadhan Al-Mubarrak. Segala peluang yang terbentang ini seharusnya diambil semaksimum mungkin dan membersihakn diri kita daripada sifat-sifat negatif yang ada dalam diri kita seperti kedekut, tamak, sombong mahupun riya’. Allah s.w.t mengurniakan kepada kita rezeki dan dari rezeki itu tadi, sebahagian yang kita perolehi dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Firman Allah s.w.t:

“Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa; (iaitu) mereka yang beriman dengan yang ghaib, melaksanakan solah, dan menginfa’kan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka” (Al-Baqarah: 3-4).

Seperti dua tahun yang lepas, Hospital tuanku Jaafar (HTJ), Seremban telah menjadi lokasi pilihan bagi ISMA untuk melaksanakan program ini. Cuma pada tahun ini, pihak HTJ telah menghadkan wad atas langkah keselamatan dari penyakit H1N1. Wad yang menjadi sasaran sumbangan adalah Wad Bersalin dan hanya pihak wanita ISMA, Setiausaha ISMA NS, Encik Omar Bin Kassim dan Media ISMA NS menjadi wakil untuk menyumbang kepada para pesakit. Walaubagaimanapun, program ini dianggap berjaya kerana dalam masa yang sama di Rembau, ISMA juga menghulurkan bantuan kepada Muallaf baru di sana. Wakil Pihak HTJ, Puan Kalsom telah mengucapkan penghargaan kepada ISMA dan berharap agar program ini akan diteruskan pada masa akan datang, InyaAllah.

Ucapan daripada Setiausaha ISMA NS, En. Omar B. Kassim
Ucapan daripada Setiausaha ISMA NS, En. Omar B. Kassim

Oleh itu, kepada kita semua, termasuk diri saya yang berpeluang menyertai program seperti ini, agar terus meningkatkan keprihatinan kita kepada masyarakat yang kurang berupaya dan sangat memerlukan bantuan daripada kita. Saya pasti ada di kalangan kita yang menonton rancangan Bersamamu di TV3, menitis air mata kerana keperitan mereka, maka rebutlah peluang yang ada dengan menyertai program seperti ini yang dianjurkan oleh pelbagai NGO di Malaysia ini. Walaupun sumbangan anda tidak mencapai puluhan ribu ringgit mahupun jutaan, tapi ketahuilah bahawa Allah s.w.t melihat ketaqwaan kita dalam mengerjakan ibadah kepadaNya.

“…sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti” (Al-Hujurat: 13).

Keprihatinan Sejagat, Membawa Rahmat!

Salam Ramadhan, dan teruskan beramal!

(Sebahagian gambar yang sempat dirakam)

Perjalanan masuk ke HTJ
Perjalanan masuk ke HTJ
Antara Sukarelawan lelaki yang hadir
Antara Sukarelawan lelaki yang hadir
Sukarelawan wanita, tunjang program pada tahun ini.
Sukarelawan wanita, tunjang program pada tahun ini.
Sukarelawan wanita sedang mengatur barang sumbangan.
Sukarelawan wanita sedang mengatur barang sumbangan.
Di hadapan wad bersalin HTJ.
Di hadapan wad bersalin HTJ.
Langkah berjaga-jaga, Penulis bersama Sukarelawan yang lain.
Langkah berjaga-jaga, Penulis bersama Sukarelawan yang lain.
Sukarelawan ISMA.
Sukarelawan ISMA.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHAHSISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s