Mengharungi Cabaran Baru

Penulis bergambar di hadapan Replika unik di KLCC.
Penulis bergambar di hadapan Replika unik di KLCC.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat meningkatkan amalan dalam tiga malam terakhir dalam Ramadhan tahun ini.

Alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba-Nya di atas muka bumi ini yang penuh dengan rahmat dan berkah. Kali ini saya cuba mengupas tajuk yang agak ‘gempak’ di atas dari sudut sebagai mahasiswa harapan di negara ini. Umumnya, semua tahu bahawa setiap manusia telah disusun oleh Allah s.w.t untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan, tidak kira dari sudut mental mahupun fizikal, semua manusia tidak terelak dari cabaran yang telah disusun-Nya. Saya tidak mahu mengupas tajuk ini dengan panjang lebar kerana saya perolehi idea ini pun dari ucapan yang mudah daripada seorang hamba Allah.

Pada hari selasa yang lepas, saya dan bersama tiga orang ahli kumpulan telah mengadakan temuduga bersama dengan wakil dari Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) berkenaan dengan pengurusan sumber manusia di dalam PETRONAS itu sendiri. Tujuan temuduga ini adalah untuk memenuhi tuntutan kursus yang kami ambil iaitu Kursus Pengurusan Sumber Manusia di universiti kami. Selain itu, kami berharap dengan aktiviti seperti ini dapat meningkatkan keyakinan kami apabila berhadapan dengan golongan korporat seperti ini pada masa depan. Saya pasti, ini merupakan kemahiran yang perlu dititikberatkan oleh semua mahasiswa dan mahasiswi dalam menghadapi cabaran yang semakin berbagai.

Pertemuan yang ringkas dan penuh dengan hikmah ini, saya rasakan sangat bermakna bagi diri saya dan juga rakan siswa serta siswi di luar sana. Dalam pertemuan ini, wakil PETRONAS banyak memberi kami maklumat mengenai pengurusan sumber manusia dan bagaimana ia berkait dengan kehidupan kita sebagai pelajar. Ada beberapa perkara yang saya ingin kongsi bersama dengan anda. Pertama, wakil PETRONAS ini mengingatkan kepada saya dan rakan-rakan bahawa “Jangan sangka bahawa mereka yang hebat berbahasa inggeris itu adalah orang yang hebat kerana orang yang hebat adalah kerana ilmunya”. Mula-mula saya seperti pening mendengar pernyataan tersebut, namun setelah diberi penjelasan, barulah saya faham. Di sini ingin diceritakan kepada semua bahawa jangan merasa rendah diri kerana anda lemah dalam berbahasa seperti Bahasa Inggeris, jangan merasa kecil ketika berbicara dengan orang yang berair berBahasa Inggeris kerana kepandaian seseorang itu adalah berdasarkan bagaimana seseorang itu menggunakan ilmu yang diperolehinya.

Semakin tinggi ilmu orang itu, semakin orang itu merasa kekurangan dengan ilmu yang ada dan perlu segera untuk menambahnya.

Namun, bukanlah kita mahu terus mengalah untuk tidak berbahasa Inggeris, tetapi seharusnya bagi kita untuk menghadapi cabaran tersebut, mestilah dengan hati yang lapang supaya kehidupan ini sentiasa ada pembaharuan. Kita boleh belajar berbahasa dan seharusnya kita meningkatkan kemahiran kita dalam berbahasa kerana ini adalah salah satu kemahiran yang dituntut secara global, seluruh dunia! Bukan sahaja di negara kita ini sahaja, malah seluruh masyarakat dunia merasakan bahawa pentingnya mengetahui bahasa utama dunia kini, bagi memastikan diri sendiri dapat memberi cabaran kepada mereka yang lain.

Akhir sekali, apa yang diingatkan oleh wakil PETRONAS sebelum kami beredar bahawa “Jadilah mahasiswa yang mampu memberi cabaran kepada mahasiswa yang lain di negara ini”. Sekali lagi saya rasa terpanar dengan kenyataan di atas. Kenyataan di atas dibuat untuk memberi cabaran kepada kami, khususnya dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk duduk sebaris dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang tersohor di negara ini. Hal ini kerana di dalam PETRONAS sendiri masih belum ada wakil dari USIM untuk bekerja dengan mereka berbanding dengan IPT lain. Tambahan pula, sebagai IPT baru di tanah air ini, menjadi matlamat utama kepada para siswa dan siswinya untuk menaikkan nama IPT masing-masing supaya menjadi pelopor pekerjaan pada masa depan. Produk dan kejayaan harus dicapai dalam menjamin jalan yang luas selepas tamat pembelajaran di IPT. Segala-galanya bermula daripada diri mahasiswa dan mahasiswi itu sendiri!

Terus tabah dalam menghadapi cabaran!

Rakan-rakan bersama wakil PETRONAS, En. Hazman Syahmi B. Elias.
Rakan-rakan bersama wakil PETRONAS, En. Hazman Syahmi B. Elias.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI  EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s