Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 3)

Pilih mana satu? Ia menentukan jalan anda di dunia ini!

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk terus hidup, merasa keindahan alam yang terbentang luas ini. Namun, dalam nikmat ini ada yang lebih besar lagi dari nikmat ini iaitu nikmat Islam dan Iman. Kedua-dua ini merupakan nikmat yang tidak dapat di atasi oleh mana-mana nikmat yang lain, kerana dengan nikmat inilah kita terus berada di landasan yang benar, yang sohih dan yang haq. Maka, sangat berhak bagi kita melahirkan rasa syukur atas kedua-dua nikmat ini.Mari kita sambung perbincangan kita dengan tajuk kita di atas iaitu Apa Erti Saya Menganut Islam yang telah dikarang oleh Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan. Seperti biasa, method saya lebih kepada penyampaian yang ringkas dan secara kehendak diri ini mahu penyampaian ini sampai terus ke hati kita untuk kita fahami dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan harian kita. Molek juga sekiranya daripada pembaca sekalian untuk menambah agar kefahaman kita sentiasa mantap dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t

Pada tulisan kali ini, saya mengambil ‘point’ ketiga dalam bahagian Aqidah dalam buku ini iaitu:-

” Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para Rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah dan memberitahu mereka tentang matlamat kewujudan mereka di dunia ini dan ke mana akhirnya penghidupan mereka. Saya juga mestilah beriman bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul yang terakhir dari para rasul yang diutuskan Allah. “

Kita melihat pernyataan di atas yang di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz adalah amat ringkas tetapi sungguh padat. Apa yang utama dalam isi di atas kita mengimani keRasulan semua para Rasul dan mengimani juga bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasul yang terakhir, tiada lagi rasul atau nabi selepas Baginda.

” Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan para rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): sembahlah Allah (sahaja) dan jauhilah thoghut itu. Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya.” ( An-Nahl: 36 ).

Oleh itu, isu ‘Rasul Melayu’ tidak akan muncul kerana kerasulan akhir oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w telah termaktub dalam kitab yang paling benar dan tiada keraguan pada kitab ini lagi. Hanya tugas Rasul adalah satu tuntutan bagi kita untuk melaksanakannya iaitu Dakwah, dan tugas ini akan sentiasa bersilih ganti kepada setiap Muslim di antara kita. Menjadi ganajaran yang besar kepada kita sekiranya kita melaksanakan tugas ini. Hal ini kerana tugas Rasul itu adalah membawa manusia ke jalan yang benar lagi lurus, di pimpin dengan panduan Al-Quran, seperti ayat di atas yang menerangkan kepada kita bahawa Rasul ini di utuskan untuk membawa manusia untuk tunduk kepada Allah dan menjauhi segala yang buruk. Maka sudah pasti ganjaran nya sangat besar, sebesar mana yang telah Rasul lakukan kepada umat-umat yang terdahulu.

Rasul juga berperanan menunjuk jalan kepada kita dalam mengharungi kehidupan ini, melalui Al-Quran dan akhlak baginda yang terpuji. Menjelaskan kepada kita tujuan hakiki hidup di dunia ini dan bagaimana kita akan sudahi dalam kehidupan kita di dunia ini. Akhirnya membawa kita untuk mengamalkan Islam ini dalam kehidupan kita bagi mencapai kebaikan yang abadi di akhirat sana. Maka, inilah hakikat yang kita kena fahami dan imani, menjadikan ia sebagai satu perkara iman dan kepercayaan kepada kita dalam kehidupan pada hari ini.

WaALLAHua’alm

Rujukan:-

1. Al-Quran dan terjemahannya.

2. Maza ya’ni Li intima’il ISLAM (Apa Erti Saya Menganut ISLAM)

 

 

 

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s