Korban, apa ertinya bagi kita?

Erti korban, sejauh mana kita memahaminya?

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarrakatuh kepada semua pembaca, apa khabar anda hari ini?

Alhamdulillah, segala syukur hanya kepada Allah kerana terus memberi kebenaran kepada kita untuk menghirup oksigen pada hari ini. Selawat dan salam untuk junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w dan kepada sahabat baginda yang tidak pernah berputus asa dalam menegakkan ISLAM di seluruh dunia. Kita juga baru sahaja melepasi satu peristiwa agung tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya yang tercinta, Nabi Ismail a.s. Peristiwa ini menjadi titik utama bagi kita sebagai umat ISLAM dalam memahami erti pengorbanan dalam kehidupan kita. Namun, sejauh mana erti pengorbanan tersebut bagi kita di Malaysia ini?

Pada pagi Eidul Adha tahun ini, saya menerima kiriman Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada salah seorang ‘guru’ saya:

” Tiada ISLAM tanpa amal, tiada Amal tanpa pengorbanan, tiada erti pengorbanan tanpa keikhlasan, tiada keikhlasan kecuali kerana Allah robbul jalil “

Saya mengamati SMS itu dengan penuh hati tersentuh. Sejauh mana diri aku sekarang memahami erti pengorbanan ini?

Saudara,

Saya tidak berniat untuk menulis panjang fasal erti korban di atas. Apa yang ingin ditulis dan dikongsi adalah erti pengorbanan yang berlaku ke atas kita dan juga masyarakat sekelilimg kita. Korban yang kita sering tahu adalah korban Lembu, Kambing atau Unta. Namun, saya tidak nafikan kepada pembaca sekalian yang ada mengorbankan dari sudut yang lain. Ya, korban binatang adalah tepat dan betul, tapi pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan Nabi Ibrahim a.s yang menerima petanda daripada Allah s.w.t untuk mengorbankan anaknya seperti binatang di atas? Saya sendiri sekiranya menerima petanda tersebut pasti akan berfikir berulang-ulang kali. Namun, apa yang menarik, apabila Nabi Ibrahim a.s bertanyakan pandangan anaknya, Nabi Ismail a.s, tentang petunjuk yang dialami oleh baginda, Nabi Ismail a.s. terus bersetuju dengan hati yang rela, tanpa bantahan dan soalan untuk melaksanakan petunjuk tersebut. Nabi Ismail a.s seakan-akan menerimanya seperti arahan daripada seorang Ketua Turus Tentera dalam peperangan!

Sekilas pandang dalam cerita di atas, memberitahu kepada kita bahawa segala arahan yang datang terus daripada Allah s.w.t hendaklah dilakukan serta merta, tiada bantahan mahupun soalan. Perkara ini di sedari oleh para sahabat Rasulullah s.a.w, yang mana sekiranya mereka menerima wahyu yang diturunkan kepada baginda s.a.w., mereka akan terus melaksanankannya. Tanpa soalan lanjut! Erti inilah sepatutnya kita fahami kerana inilah erti pengorbanan yang sebenar. Masakan tidak, cuba kita lihat Nabi Ismail a.s menerima arahan untuk dikorbankan dirinya sedangkan nyawa hanya dikurniakan sekali dalam kahidupan dunia, juga kepada para sahabat r.anhum, mereka meninggalkan keluarga, harta, pangkat,kampung halaman dan segala kesenangan dunia untuk menegakkan ISLAM di dunia ini. Semuanya adalah pengorbanan yang besar dan erti pengorbanan inilah kita mesti fahami dan seterusnya mengamalkan dalam kehidupan kita.

Oleh itu, segala ilmu dan kefahaman yang kita perolehi hendaklah di amalkan seterusnya kita dapat melakukan pengorbanan dengan erti yang sebenar dalam kehidupan kita. Moga pengorbanan kita selepas ini tidak terbatas hanya pada binatang ternakan, tetapi juga pada sudut yang lain.

Selamat Hari Raya Eidhul Adha!

 

 

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s