Lama tak turun?

Bola, lambang kesatuan!

“Lama tak turun, adzim?”

Itulah perkataan pertama yang terdengar dek telinga saya ini ketika turun riadhah pada pagi Ahad yang lepas. Ya, sudah lama saya tidak turun untuk merenggangkan badan ini serta merapatkan ukhwah bersama-sama rakan seperjuangan. Dalam hati memang nak turun beriadhah selalu, tapi selalu tak jadi. Hurm, perlukan semangat yang kuat juga nak lakukan ini, lebih-lebih lagi kita turun beriadhah untuk memantapkan tubuh badan serta kesihatan untuk terus beridabah kepada Allah s.w.t. Hanya kerana Allah!

Ya, saya pasti ramai di luar sana yang sentiasa mengisi masa hujung minggu anda untuk bersenam setelah penat bekerja dari hari Isnin hingga ke Jumaat. Kadang-kadang ada juga yang bekerja hingga ke hari Sabtu. Tapi, pernahkah kita mengadakan senaman ini semata-mata kerana Allah, untuk kekal sihat dan ‘fit’ untuk terus menjalankan perintah Allah s.w.t di muka bumi ini? Saya rasa masih kurang di kalangan kita yang berfikiran begitu. Tujuan utama kebanyakan antara kita adalah untuk bersama-sama rakan lama kita serta untuk berseronok, padahal konsep beribadah dan kesihatan berdiri seiring dalam mengekalkan kesihatan untuk-Nya.

Selain itu, dalam kita melakukan senaman atau beriadhah, kita juga dapat mengisi masa riadhah kita ini dengan mendengar nasihat dan tazkirah daripada mereka yang lebih tua daripada kita. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan keimanan kita walaupun dengan metodologi bermain bola, futsal, bola tampar dan sebagainya. Banyak ikitbar yang boleh diambil dalam permainan ini, lebih-lebih lagi permainan ini adalah berpasukan. Saya teringat kata-kata seorang ustaz yang memberi tazkirah dalam riadhah pada Ahad yang lepas;

” Menjadi fitrah bahawa yang muda akan menggantikan yang berusia”

Berkongsi pengalaman
Berkongsi pengalaman

Ya, begitulah dalam kepimpinan serta dalam kerja berpasukan. Apabila mereka yang telah berusia dalam kepimpinan, mereka akan mencari pengganti dan pengganti tersebut mestilah kuat dari fizikal dan mental. Sama juga dalam ‘teamwork’, yang tua akan menjadi pedoman atau guru kepada yang muda, menurunkan pengalaman kepada yang muda untuk terus maju dalam pasukan. Seharusnya bagi kita memahami perkara ini kerana kita sering bersama dengan mereka yang sebaya umur dengan kita, dan sangat jarang bagi kita untuk bersama mereka yang lebih tua melainkan dengan ahli keluarga. Apa salahnya kita bertukar angin untuk bersama yang tua, khususnya dalam permainan? Itulah yang saya lakukan, dan anda bila lagi?

Salam Sihat!

Jom main bola!

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

2 thoughts on “Lama tak turun?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s