Susahkah nak ikut isyarat?

Isyarat Hijau memberi arahan untuk berjalan

Adakah anda tergolong di kalangan mereka di atas? Apa maksud yang anda fahami melalui persoalan di atas? Pasti anda punyai fahaman tersendiri berkenaan pertanyaan di atas. Apa yang saya maksudkan di sini adalah Lampu Isyarat di jalan raya. Ha? Apa kena mengena ni? Adakah Lampu Isyarat itu begitu penting dalam kehidupan manusia kini? Jawapan daripada saya; Ya. Continue reading “Susahkah nak ikut isyarat?”

Advertisements

Catatan 2: Sudah Semakin Tua

Penulis berucap bagi wakil Fakulti semasa pertemuan dengan pelajar KIPSAS

Alhamdulillah, pada Isnin yang lepas, saya masih di beri peluang untuk mengecap nikmat hidup ini yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada saya. Ucapan syukur tidak terhingga kepada-Nya kerana masih memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan amalan, menguatkan iman setelah hidup selama 22 tahun. Peluang ini sangat besar bagi saya kerana ramai yang seusia dengan saya tidak dapat mengecap nikmat ini, iaitu Iman dan Islam. Maka, selayaklah bagi saya memanfaatkan nikmat-nikmat ini selagi mana nyawa di kandung badan. Usia yang meningkat menandakan umur saya semakin singkat. Continue reading “Catatan 2: Sudah Semakin Tua”

Kejohanan Futsal Islami 2010 (KAHFI), Membina tenaga Pemuda

KAHFI 2010

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung dan teman setia kepada blog saya yang tidak seberapa ini..

Hurm, sudah lama saya tidak menulis di alam maya ini, barangkali idea yang tandus serta ‘mood’ yang kejap-kejap hilang muncul. Melihat ramai di kalangan teman dan lebih-lebih lagi cendekiawan atau para Ustaz yang sudah mahir menggunakan teknologi moden ini, saya merasa diri ini sungguh kecil malah bertambah kecil jika dibandingkan dengan ilmu yang ada pada mereka. Maka, saya mendoakan di sini supaya para Ustaz ini akan terus mencurahkan ilmu dengan ikhlas serta tidak sekali-kali menyesatkan ummah Islam kini yang semakin dahagakan ilmu yg Sohih lagi Benar dalam penulisan mereka. Ameenn… Continue reading “Kejohanan Futsal Islami 2010 (KAHFI), Membina tenaga Pemuda”