Kejohanan Futsal Islami 2010 (KAHFI), Membina tenaga Pemuda

KAHFI 2010

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung dan teman setia kepada blog saya yang tidak seberapa ini..

Hurm, sudah lama saya tidak menulis di alam maya ini, barangkali idea yang tandus serta ‘mood’ yang kejap-kejap hilang muncul. Melihat ramai di kalangan teman dan lebih-lebih lagi cendekiawan atau para Ustaz yang sudah mahir menggunakan teknologi moden ini, saya merasa diri ini sungguh kecil malah bertambah kecil jika dibandingkan dengan ilmu yang ada pada mereka. Maka, saya mendoakan di sini supaya para Ustaz ini akan terus mencurahkan ilmu dengan ikhlas serta tidak sekali-kali menyesatkan ummah Islam kini yang semakin dahagakan ilmu yg Sohih lagi Benar dalam penulisan mereka. Ameenn…

Berbalik kepada tajuk kita di atas. Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas bersamaan 7 Februari 2010, Kelab Remaja ISMA (KRIM) dengan kerjasama Persatuan Belia Nasional (PEMBINA) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal Islami 2010 (KAHFI) di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Saya bersama rakan-rakan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil peluang untuk menyertai KAHFI ini. Kami terdiri daripada 15 orang pemain yang datang dari 2 buah fakulti di USIM membawa satu hasrat untuk bersama-sama menjadi di kalangan pemuda mukmin yang berkualiti dan mengamalkan kehidupan Islam walaupun dalam beriadhah sekali pun. Hal ini kerana riadhah juga merupakan aspek penting dalam mendidik diri untuk mencorakkan kehidupan seseorang itu ke arah penghayatan hidup sebagai seorang muslim yang sebenar, InsyaAllah..

Pembaca sekalian,

Pemuda adalah harapan bangsa, dan pemuda ini seharusnya merupakan pemuda yang hebat dari segi fizikal dan juga mental. Kita tidak mahu pemuda yang hanya hebat dari segi mental sahaja, namun kita mahu hebat dari segi mental dan fizikal untuk menjadi harapan bangsa ini. Maka, kekuatan dari segi fizikal ini seharusnya di utamakan juga bagi melahirkan pemuda-pemuda yang ‘Hero’. Bagi merealisasikan tuntutan ini, kedua-dua aspek ini iaitu mental (yang terdiri juga spiritual) dan fizikal haruslah beriringan dalam mendidik pemuda sekarang ke arah menjadi Harapan Bangsa, yang punyai tenaga dalam membina kembali ISLAM yang Mulia.

Oleh itu, terutama untuk diri saya, teruskan mendidik diri dan juga mereka yang berada di sekeliling kita bagi melahirkan pemuda yang akan menjadi ‘Hero’ dan bukannya ‘Zero’!

Pemain USIM sebelum bermain
Pemain USIM sebelum bermain
Wakil USIM sedang bermain.
Selepas bermain, menang ka?

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

One thought on “Kejohanan Futsal Islami 2010 (KAHFI), Membina tenaga Pemuda

  1. salam…
    teruskan bersukan sihat tubuh bdan,
    so amalkan lah selalu
    hidup sejahtera..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s