Catatan 2: Sudah Semakin Tua

Penulis berucap bagi wakil Fakulti semasa pertemuan dengan pelajar KIPSAS

Alhamdulillah, pada Isnin yang lepas, saya masih di beri peluang untuk mengecap nikmat hidup ini yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada saya. Ucapan syukur tidak terhingga kepada-Nya kerana masih memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan amalan, menguatkan iman setelah hidup selama 22 tahun. Peluang ini sangat besar bagi saya kerana ramai yang seusia dengan saya tidak dapat mengecap nikmat ini, iaitu Iman dan Islam. Maka, selayaklah bagi saya memanfaatkan nikmat-nikmat ini selagi mana nyawa di kandung badan. Usia yang meningkat menandakan umur saya semakin singkat.

Benarlah firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Munafiqun:

” Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan ” ( Al-Munafiqun: 11 ).

Setiap manusia telah di tetapkan bila ajal nya, namun semua itu hanya ada pada pengetahuan Allah. Adil nya Allah itu terhadap kita dengan menyembunyikan semua tarikh kematian semua manusia di dunia ini. Hal ini kerana Allah itu mahu lihat kita adakah kita ini benar-benar ikhlas mentaati-Nya atau tidak, kerana saya sangat yakin sekiranya seseorang itu mengetahui had ‘usia’ nya di dunia ini, maka apabila sudah hampir dengan ajalnya pasti orang itu akan bertaubat dengan sebenar-benarnya. Tapi, adil nya Allah itu mahu lihat antara kita yang tetap dan istiqamah dalam menaati-Nya tidak kira sebelum, sekarang atau masa depan. Hidupnya penuh dengan keimanan, inilah ciri-ciri hamba yang Allah maksudkan dalam firman-Nya:

” Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-Ku” ( Adz-Zaariyat: 56 ).

Maka diri saya ini sangat terpanggil dengan peringatan daripada kalam Allah ini untuk meningkatkan diri, tingkatkan iman dan juga kefahaman tentang agama ini. Saya juga tidak merasakan saya keseorangan dalam melakukan perkara kebaikan ini kerana saya pasti saudara pembaca sekalian juga masih tercari-cari metodologi peningkatan yang berjaya. Apa yang boleh saya sarankan disini adalah belajarlah dari Al-Quran, kerana dari Al-Quran inilah terhasilnya insan bernama Muhammad s.a.w.

Selamat Hari Lahir, Adzim…

4 thoughts on “Catatan 2: Sudah Semakin Tua

  1. peningkatan usia membawa erti kematian kian dekat…usia kehidupan kian pendek…masa mengadap Allah dihari pembalasan kian hampir…persoalannya, cukupkah bekalan yang dibawa?bersediakah kita menjawab persoalan-persoalan yang bakal diajukan bilamana tanggungjawab yang ada sering dibuat sambil lewa?

    peringatan juga buat diri ini…

    SELAMAT HARI LAHIR…moga thabat dalam perjuangan menyebar dakwah..amin~

    1. Syukran ya ukhti..

      Seiring dengan peningkatan Usia, seiring juga banyaknya ujian yg akan lalui..
      Utk thabat dalam Dakwah, mestilah melepaskan diri secara sedikit-seidkit dari perkara Jahiliyyah, kerana utk satu ketika nnti, diri kita akan terlepas semuanya dari kesan Jahiliyyah ini..

    1. Terima Kasih Razif atas sokongan anda.

      Kawan merupakan salah satu sumber inspirasi saya untuk terus menulis. Syukran..😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s