Susahkah nak ikut isyarat?

Isyarat Hijau memberi arahan untuk berjalan

Adakah anda tergolong di kalangan mereka di atas? Apa maksud yang anda fahami melalui persoalan di atas? Pasti anda punyai fahaman tersendiri berkenaan pertanyaan di atas. Apa yang saya maksudkan di sini adalah Lampu Isyarat di jalan raya. Ha? Apa kena mengena ni? Adakah Lampu Isyarat itu begitu penting dalam kehidupan manusia kini? Jawapan daripada saya; Ya.

Perumpamaan yang ingin saya kaitkan antara Lampu Isyarat dengan kita adalah sangat mudah. Bila Merah, tandanya Berhenti, bila Hijau, tandanya Jalan. Namun, adakah kita mematuhinya? Saya yakin, termasuklah diri saya, pasti ada terlanggar isyarat nya juga. Paling kurang pun, dua kali seseorang itu pernah langgar tanda isyarat tersebut. Seperti juga Arahan dan Larangan yang telah diturunkan Allah s.w.t kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Arahan dan Larangan ini telah di himpunkan dalam satu Mushaf yang dinamakan Al-Quran. Arahan yang ada dalam Al-Quran membawa erti Hijau seperti dalam Lampu Isyarat, bermakna kita boleh lakukan malah akan mendapat balasan berbentuk pahala. Manakala Larangan dalam Al-Quran membawa erti Merah yang mana kita sangat di tegah dalam melakukannya. Sekiranya di buat juga, kita akan mendapat dosa.

Sinonimnya sangat hampir dengan kita. Cuba lihat kemalangan yang berlaku di jalan raya. Saya pasti anda semua tahu bahawa di persimpangan yang mempunyai Lampu Isyarat juga adalah tempat kemalangan yang sering berlaku. Kerana apa ini berlaku? Sudah pasti kerana pemandu kenderaan tersebut melanggar lampu ‘Merah’ tadi. Hal ini juga berlaku dalam kehidupan kita sebagai hamba-Nya. Apabila seseorang itu melanggar lampu ‘Merah’ daripada Allah, maka hidupnya pasti tak tenteram malah kadang-kadang hidupnya terus hancur di dunia, belum di akhirat lagi!

Padah kalau tak ikut isyarat, sama juga dengan kehidupan beragama. Kalau kita melanggar Larangannya, pasti di timpa bencana

Mungkin dalam hati saudara juga berkata:

” Ah, betulkah? Aku selalu tengok orang langgar Lampu Isyarat tu hidup jer, tak berlaku pun kemalangan ke atasnya.”

Ya, mungkin ada benarnya juga kata saudara itu. Namun, apa pandangan saudara sekiranya saudara memandang dari sudut undang-undang jalan raya? Sudah pasti saudara akan mengatakan begini;

” Ish, kenapa la nak langgar lampu isyarat nie. Kan bahaya kalau langgar, tiba-tiba ada kenderaan lain melintas, pasti terlanggar. Dah bazir nyawa di dunia ni.”

Sama juga dalam hidup beragama. Pasti anda akan memandang seseorang itu dengan negatif apabila dia itu tidak menunaikan solah, tidak berpuasa atau tidak menunaikan zakat. Oleh itu, jalan atau undang-undang yang telah ada dalam isyarat ‘Merah’ dan ‘Hijau’ dalam Al-Quran sudah begitu cantik di susun dan mudah di turuti, bukannya susah. Semua itu sudah termaktub dalam Al-Quran itu sendiri. Sama juga dengan peraturan Lampu Isyarat, sudah tercatit dalam Undang-undang Jalan Raya di Malaysia untuk di patuhi.

Maka, susahkan nak ikut isyarat?

” Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utamam (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” ( An-Nisa’: 59 ).

Susahkah nak ikut? Tak susah sekiranya kita yakini Agama ini dengan betul


MOHD NOR ADZIM B. SHAARI

PENTADBIRAN MUAMALAT

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

4 thoughts on “Susahkah nak ikut isyarat?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s