Walaupun lambat, tetap Hangat

Cintailah Rasul kita, Muhammad s.a.w

“´╗┐Katakanlah: “jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (At-Taubah: 24)

Salam Maulidur Rasul 1431H kepada semua pengunjung blog ini. Walaupun saya mengucapkan salam ini agak lewat malah lambat dari tarikh asalnya, tapi kelihatan masih terdapat sambutan Maulidur Rasul yang tak kunjung-kunjung tamat. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa kecintaan ummah Muhammad kini semakin bertambah kepada Nabi terakhir ini, Muhammad s.aw. Hangat nya masih belum padam dek kesibukan dunia, kerana masih ramai insan yang hatinya suci dan murni, mencintai Nabi Muhammad s.a.w sepenuh hati mereka. Inilah hangat yang akan membawa insan itu memperoleh syafaat daripada Rasulullah s.a.w sendiri.

Sengaja saya memilih ayat di atas yang menceritakan secara ringkas bahawa golongan yang mengetepikan Allah dan Rasul dari kehidupan mereka, serta mementingkan kehidupan dunia berbanding Allah dan Rasul-Nya, boleh digelar sebagai orang yang fasik, na’uzubillahi min zalik. Sabagai satu peringatan buat saya sendiri untuk terus melakar kecintaan yang tinggi kepada Baginda s.a.w, juga buat perkongsian bersama kepada kita semua bahawa Cinta Muhammad s.a.w itu sangat tinggi kepada ummahnya, bagaimana kita?

Salam Maulidur Rasul 1431 Hijrah!


Daripada penulis blog ‘Inilah Aku’:-

Mohd Nor Adzim Bin Shaari

Advertisements

Kaji dulu, Sebelum bertindak

Jom menuntut ilmu!

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu” ( Al-Hujurat: 6 ).

Kita selalu mendengar pelbagai cerita, gosip, serta tuduhan liar dalam masyarakat kita. Ada yang benar dan ada yang sengaja di ada-adakan, malahan di anggap batil di kalangan ulama’ tersohor masa kini. Bagitu juga dalam memahami agama Islam yang sempurna ini. Ramai yang ingin menjadi mujtahid, sedangkan ilmu tidak cukup. Ramai nak jadi ‘ustaz’, tapi amalan masih porak peranda. Saya tidak berkata semua ilmuwan dan ustaz sekarang begitu (masih ramai ustaz dan ulama’ tinggi ilmunya), tapi sebilangan kecil daripadanya yang sengaja membesar-besarkan sesuatu isu yang mereka sendiri tak tahu apakah ia benar atau tidak berkenaan sesuatu isu. Bahaya sungguh tindakan ini! Continue reading “Kaji dulu, Sebelum bertindak”