Kaji dulu, Sebelum bertindak

Jom menuntut ilmu!

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu” ( Al-Hujurat: 6 ).

Kita selalu mendengar pelbagai cerita, gosip, serta tuduhan liar dalam masyarakat kita. Ada yang benar dan ada yang sengaja di ada-adakan, malahan di anggap batil di kalangan ulama’ tersohor masa kini. Bagitu juga dalam memahami agama Islam yang sempurna ini. Ramai yang ingin menjadi mujtahid, sedangkan ilmu tidak cukup. Ramai nak jadi ‘ustaz’, tapi amalan masih porak peranda. Saya tidak berkata semua ilmuwan dan ustaz sekarang begitu (masih ramai ustaz dan ulama’ tinggi ilmunya), tapi sebilangan kecil daripadanya yang sengaja membesar-besarkan sesuatu isu yang mereka sendiri tak tahu apakah ia benar atau tidak berkenaan sesuatu isu. Bahaya sungguh tindakan ini!

“Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.anhuma katanya: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram,
seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini.”

Hadith di atas menjelaskan kepada kita bahawa sekiranya ada perkara yang kita sendiri tak pasti kebenaran atau kebatilannya, maka hindarilah ia. Rasulullah s.a.w mengungkapkan ‘maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya’, secara tak langsung menunjukkan kepada kita satu jalan dan saranan bahawa sekiranya kita tidak tahu tentang sesuatu perkara atau bukan dalam ilmu pengetahuan kita, maka janganlah buat-buat pandai nak mengeluarkan sesuatu kenyataan kerana  ilmu yang sedikit ada pada kita. Hal ini dibimbangi akan mengelirukan sebilangan masyarakat kita yang rata-ratanya mahu tunjuk ajar yang betul mengenai agama kita ini, Islam. Cukuplah dengan pandangan dan ijtihad daripada para ulama’ muktabar menjadi garis panduan kita dalam memahami sesuatu isu. Katakanlah ” Aku tidak tahu “, apabila anda benar-benar tidak tahu.

Saya sendiri bukanlah di kalangan ahli agama mahupun mujtahid yang pandai untuk memberi fatwa kepada orang awam (jauh sekali..), namun sekurang-kurangnya dalam diri kita MESTI ada sikap mahu belajar, belajar dan terus belajar agar diri kita ini terhindar dari pemahaman dan fatwa yang salah. Mengkaji sesuatu perkara adalah perkara utama sebelum kita mengeluarkan sesuatu daripada diri kita. Tidak kira dari sudut aqidah, ibadah, muamalah, ekonomi, politik, pendidikan mahupun ilmu sains. Lihat saja ayat yang diturunkan oleh Allah kepada kita di atas. Saranan untuk mengakaji dan meneliti sesuatu masalah adalah suatu perkara yang dititikberatkan dalam Al-Quran, lebih-lebih lagi kepada golongan ‘ilmuwan’ yang tidak diiktiraf oleh para Ulama’ atau dikenali dengan orang-orang yang fasik!

Keadaan ini bukan sesuatu yang baru dalam agama Islam, malah semasa zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.anhu telah timbul perkara yang lebih besar iaitu kewujudan Nabi palsu serta golongan yang tidak mahu membayar zakat. Maka, tidak hairanlah keadaan dulu berulang kembali ke zaman kita. Ya, saya setuju di kalangan anda sekiranya menulis atau memberi peringatan kepada orang lain apabila menerima sumber-sumber peringatan ini daripada karya Ulama’ yang di iktiraf serta jelas kesahihannya. Biarlah kita merasa susah sedikit sebelum menulis kerana membuat kajian, kerana dengan cara begitulah kita dapat mendidik diri kita untuk sentiasa menerima perkara benar dari asasnya dan menyampaikan kepada orang lain dengan perkataan yang benar.

Ketika ini, isu yang panas sering menjadi hiasan dalam penulisan blog masing-masing, dan kadang-kadang diri saya ini rasa cemburu apabila seseorang mampu mengolah isu itu dengan ‘perisa‘ yang sangat menarik. Namun, seorang ustaz yang mengajar saya dan rakan-rakan di kuliah iaitu Ustaz Abdullah Jalil (saya akan sertakan blog beliau di bawah), sering mengingatkan kepada kami agar berhati-hati dalam mengolah sesuatu isu. Biarlah kita mengambil masa dalam memahami sesuatu isu, mengambil ijtihad daripada para Ulama’, mengikuti perkembangan isu tersebut, seterusnya menerima pandangan serta kritikan berkenaan isu tersebut. Hal ini akan membantu diri kita sendiri memahami isi tersurat dan tersirat yang terdapat dalam isu tersebut, dan akhirnya kita menelusuri pandangan yang benar mengenai isu tersebut. Maka, terhindarlah kita daripada golongan fasik yang disebut dalam ayat diatas.

Kesimpulannya, menjadikan golongan Ulama’ sebagai sumber rujukan adalah langkah utama dalam mengelakkan diri kita terjerumus ke dalam penyebaran berita yang tidak benar mahupun silap pengolahannya. Tidak mengikut emosi sendiri dalam memberi pandangan atau kritikan, tetapi perlu mengutamakan mereka yang mahir dalam bidang yang kita bincangkan. Menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber utama dalam memberi pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi MESTI lah bertepatan dengan landasan syara’ dan bukanlah menafsir daripada emosi sendiri. Dalam hal ini, Al-Quran banyak mengingatkan agar kita selalu mengikuti keputusan wahyu dan bukanlah al-hawa’. Oleh itu, kepada rakan-rakan dan saudara pembaca sekalian, tidak salah untuk mengolah sesuatu isu, namun biarlah kita punyai pegangan dan bukti yang sohih daripada sumber yang sohih, mengkaji dan meneliti sesuatu isu dengan sebenar-benar pemahamannya.

Faham dengan Benar, bukan Samberono! Selamat Berdakwah!

Rujukan:-

1. Al-Quran dan Terjemahan.

2. Al-Ustaz Mustafa ‘Abdul Rahman. 2000. Hadith Empat Puluh. Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Blog untuk dikongsi:-

1. Ustaz Abdullah Jalil– http:al-ashairah.blogspot.com

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

4 thoughts on “Kaji dulu, Sebelum bertindak

    1. Syukran ya akhi, atas ziarah ke blog sy..
      sekiranya ada kekurangan, penulis memohon maaf..insyaAllah, penulis cuba membetulkannya.. Terima Kasih..

    1. JazakaAllah wahai saudara,

      Sekiranya sy ada pengetahuan tentang apa yg saudara perlukan, sy akan cuba bantu. Terima kasih kerana menziarahi blog sy serta memberi komentar ke atas penulisan sy ini. Salam perkenalan juga drpd sy dr Malaysia kepada saudara. Moga hubungan Aqidah ini akan terus dirahmati Allah s.w.t serta tetap thabat dalam jalan-Nya ini..

      Salam alaik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s