Kejora Sinar Zaman

Kumpulan Rabbani

” (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’ (sesunggunya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” ( Al-Baqarah: 156 ).

Kejora Sina Zaman. Demikianlah lagu yang begitu menusuk hati ini. Lagu ini yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid tanah air kita yang begitu popular iaitu Rabbani. Saya sangat meminati kumpulan ini. Bukan kumpulan nasyid lain saya tak minat, namun terdapat satu ‘tarikan’ istimewa dalam kumpulan ini. ‘Tarikan’ yang kini hanya tinggal kenangan, hanya boleh di dengari melalui rakaman-rakaman mereka yang lalu. Tidak lagi kita dengar ‘tarikan’ ini secara ‘live’ dalam corong-corong radio mahupun di kaca televisyen. Beliau yang saya maksudkan adalah Allahyarham Ustaz Mohd Asri b. Ibrahim. ‘Tarikan’ yang telah meninggalkan kita. Bertemu kekasih beliau yang hakiki, Allah s.w.t! Continue reading “Kejora Sinar Zaman”

Advertisements

Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 4)

Pilih yang mana?

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Empunya Dunia, Pencipta segala-galanya, Allah s.w.t. Kehendak Allah s.w.t telah mengizinkan kita untuk terus hidup di atas dunia ini dengan nikmat-Nya yang besar. Nikmat yang tidak terhingga besarnya adalah nikmat Iman dan Islam, yang seharusnya di syukuri oleh kita, terutama bagi mereka yang beragama Islam untuk terus barada di atas jalan keimanan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, contoh tauladan dari segala aspek kehidupan kita. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga Baginda s.a.w, para sahabat r.anhum, para tabi’in dan para tabi’ tabi’in yang memegang erat ajaran daripada Rasulullah s.a.w, sehinggalah ajaran tersebut sampai kepada kita. Ameenn. Continue reading “Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 4)”

Secawan Teh, Setinggi Ukhwah

Secawan Teh

Hurm, sudah lama aku tidak menulis dalam bahagian ‘Kembara Kita’ ini. Mungkin sudah lama tidak merantau atau tiada kesempatan untuk menulis? Soalan ini semua hanya aku sahaja yang boleh jawab, sama ada untuk di ambil pengiktibaran atau di biarkan begitu sahaja. Apa-apa pun, aku kembali menulis dalam bahagian ini untuk berkomgsi ‘pengembaraan’ku di dunia ini. Tujuan hanya satu, untuk berkongsi pengalaman serta mengambil pengajaran yang terdapat dalam ‘pengembaraan’ ini. Continue reading “Secawan Teh, Setinggi Ukhwah”

Salam Imtihan!

Selamat Menempuhnya!

Tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia ini, bahkan mungkin seluruh dunia. Peperiksaan Akhir. Segala jerih payah dalam pengajian akan di uji dalam medan ini. Kegeniusan dan kepandaian seseorang itu akan teruji di sini, sama ada berjaya atau tidak. Ketika ini, masing-masing sibuk mengulang kembali apa yang sudah di ajar oleh para pensyarah semasa sesi perkuliahan yang lepas. Siapa yang tertinggal, ketika ini lah berasa ruginya dia kerana tidak hadir ke kelas ataupun ke kuliah. Perbincangan serta kelas-kelas revisi mengambil tempat semasa minggu mengulang kaji (study week). Hati berdebar-debar, malam pula di hiasi dengan mengulang kaji, berbeza sebelum peperiksaan- ada yang menonton drama korea, bermain komputer, menonton perlawanan bolasepak- namun, kali ini semua berubah. Untuk memastikan diri bersedia dalam medan ‘peperangan’ nanti. Teruskan perjuangan, wahai rakan-rakan sekalian!

Dalam saat-saat genting ini, tenangkan diri anda, jangan gopoh dalam mengejar subjek untuk mengulang kaji. Sentiasa selangi waktu ulang kaji anda dengan mengingati-Nya dan pastikan diri anda bebas dalam tekanan. Pandang ke hadapan dan bersama rakan-rakan untuk mengulang kaji, ambil peluang semaksima mungkin untuk bertukar pandangan serta pendapat. Waktu ini, mungkin kita boleh serapkan dengan pelbagai cara mengulang kaji, jangan terikat dengan satu cara. Membaca, berbincang, kaitkan dengan isu terkini (sekiranya subjek anda sangat rapat dengan isu semasa), buat perumpamaan, memahami, melihat dari luar kotak dan banyak lagi. Oleh itu, kekalkan momentum anda dalam musim ini, musim yang perlu pengorbanan jiwa dan raga dalam menjayakan misi ini!

Selamat menempuh peperiksaan akhir! Ingat, Allah sentiasa bersama kamu, namun pastikan diri anda dahulu yang menghampiri-Nya…

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Kepedulian Kita terhadap Sejarah Kita: Rejuvenated

Penulis (Baju Melayu Hitam) bersama Datin Seri Fatini Yaacob dan rakan.

Saya faham sekarang.

Natrah bukanlah satu nama sahaja, atau lebih tepat lagi bukanlah kerana isu individu seorang ini sahaja. Malah, apa yang saya baru tahu ini telah membuka minda saya tentang kefahaman sebenar mengenai isu ini. Dan, ia benar-benar menyentak benak saya untuk menyampaikan kepada anda semua. Continue reading “Kepedulian Kita terhadap Sejarah Kita: Rejuvenated”

Kepedulian Kita terhadap Sejarah Kita

Natrah bersama ibu angkatnya, Che Aminah.

Alhamdulillah, segala syukur dan ketundukan hanya kepada DIA, mencipta kita, membenarkan kita terus bernafas dengan oksigen yang dicipta oleh DIA juga. Semua isi alam ini adalah ciptaan DIA semata-mata. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, role-model bagi kita sepanjang zaman. Era kini, banyak membawa kita ke alam fantasi dengan aneka filem serta drama yang ditayangkan dalam kaca televisyen kita di rumah atau di mana-mana sahaja. Namun, sejauh manakah kepedulian kita terhadap sejarah kita? Sejarah bangsa Melayu/Islam kita? Continue reading “Kepedulian Kita terhadap Sejarah Kita”