Kepedulian Kita terhadap Sejarah Kita

Natrah bersama ibu angkatnya, Che Aminah.

Alhamdulillah, segala syukur dan ketundukan hanya kepada DIA, mencipta kita, membenarkan kita terus bernafas dengan oksigen yang dicipta oleh DIA juga. Semua isi alam ini adalah ciptaan DIA semata-mata. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, role-model bagi kita sepanjang zaman. Era kini, banyak membawa kita ke alam fantasi dengan aneka filem serta drama yang ditayangkan dalam kaca televisyen kita di rumah atau di mana-mana sahaja. Namun, sejauh manakah kepedulian kita terhadap sejarah kita? Sejarah bangsa Melayu/Islam kita?

Saya tak nafikan bahawa masih ramai di kalangan kita yang masih mempedulikan sejarah mahupun rentetan peristiwa yang banyak memberi makna kepada kita sebagai bangsa Melayu/Islam, yang mana pada satu ketika pernah menggegar dunia ini. Bangsa Melayu/Islam kita yang mana pernah digeruni oleh segenap kawan seantero dunia mahupun musuh ketika dulu. Namun, tika ini seakan-akanya berubah sama sekali, dek kerana pengaruh pemikiran dan keinginan terhadap hedonisme yang terlalu tinggi, berbanding ingin menjadi manusia yang seimbang dunia dan akhir dunia nanti.

Segaja saya memilih tajuk di atas kerana atas kesedaran diri saya sendiri juga, yang bukanlah ahli dalam sejarah ketamadunan Melayu, apatah lagi Dunia. Hal ini kerana saya tidak mahu hanya saya seorang sahaja yang merasakan kesedaran, keperluan dan kepentingan dalam mengetahui sejarah bangsa kita ini bagi mencorak masa hadapan yang lebih gemilang bagi bangsa Melayu/Islam yang kita cintai ini! Dalam kesibukan menyiapkan tugasan hakiki sebagai pelajar dan juga lebih hakiki tugasnya sebagai hamba kepada-Nya, saya terpanggil dengan satu kisah silam, kisah lama. Namun kisah ini atau lebih tepat lagi dengan nama peristiwa, sudah meninggalkan kita selama 60 tahun ke belakang, tetapi bagi golongan lama, yang pernah hidup pada tahun tersebut merasakan peristiwa ini seakan-akan baru sahaja berlaku, lebih-lebih lagi bila di kenang semula. Saya mulanya merasa ragu kerana masakan peristiwa ini begitu menyentuh sanubari mereka sehingga kini. Setelah memerhati dan mengkaji melalui pembacaan saya, saya tahu bahawasanya peristiwa ini amat sukar untuk dilupakan apatah lagi ingin membuangnya dari pemikiran golongan yang hidup pada zaman tersebut.

Natrah. Satu nama yang cukup asing bagi kita, dan pada mulanya saya juga merasa asing. Apa istimewa sangat nama ini? Ada juga saya bertanya kepada rakan-rakan saya mengenai keajaiban nama ini di mata generasi lama kita, namun jawapannya masih sama, “Tak Tahulah”. Rasa terkilan ada juga kerana saya tidak mendapat jawapan mengenai nama ini. Namun selepas saya bertekad untuk mengetahui dengan lebih lanjut fasal nama ini, maka saya google nama Natrah ini dalam sistem pencarian dalam internet. Maka, terdamparlah beberapa laman web persendirian yang mengupas nama ini, dan saya menekan salah satu link ini (saya lupa nama linknya), penulisnya adalah Datin Fatini Yaacob yang merupakan Karyawan Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Saya membacanya dengan penuh teliti dan melihat beberapa kronologi dalam peristiwa ini melalui laman web persendirian yang lain. Saya terharu. Marah dan terkilan bercampur-baur. “Betulkah ini?”.

Saya tidak mahu cerita peristiwa Natrah dari awal sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun lepas, saya hanya mahu berkongsi beberapa kupasan isu yang terkandung dalam peristiwa ini. Semua kupasan ini saya olah dan perolehinya dari buku yang ditulis sendiri oleh Datin Fatini Yaacob yang bertajuk; Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata. Dua isu utama dalam buku ini ialah Undang-undang Islam dan Murtad. Bermula dari peristiwa ini, seorang cendekiawan dalam perundangan iaitu Allahyarham Ahmad Ibrahim juga merupakan peguam bagi Natrah dalam pembicaraannya. Ketika peristiwa ini berlaku, undang-undang yang dilaksanakan ketika itu adalah undang-undang Commonwealth atau Britain. Saya bukan ahli dalam perkara ini dan mungkin dalam isu pertama ini saya tidak begitu mahir dalam menghurainya, tetapi saya mengetahui satu perkara mengenai peguam kepada Natrah ini, Kesedaran Terhadap Perundangan Islam. Ahmad Ibrahim yang merasa kecewa dengan keputusan yang dibuat ke atas Natrah itu, telah menghabiskan masa yang begitu lama dalam mengkaji perundangan di Singapura dan juga Malaysia. Hasil usaha beliau ini telah dijadikan landasan utama bagi perundangan Islam untuk diamalkan di kedua-dua negara. Apa yang saya dan anda boleh ambil daripada isu ini adalah kesedaran terhadap kesilapan dan penindasan yang dilakukan oleh penjajah kepada bangsa Melayu/Islam kita. Kesedaran yang timbul itu telah menghasilkan dan melahirkan perlaksanaan undang-undang Islam di negara kita dengan tertubuhnya Mahkamah Syariah, walaupun masih ada lagi undang-undang kita yang tidak mengikut nas-nas Islam, namun ini adalah petanda awal bagi kita bahawa kita mampu jadikan Undang-undang Islam sebagai undang-undang utama di negara kita, satu hari nanti!

Isu kedua, iaitu Murtad. Isu ini sebenarnya adalah begitu sensitif, tapi sejauh mana ia sensitif bagi kita di era moden ini? Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakaria pernah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2006 bahawa seramai 100 000 orang Islam telah murtad di negara ini, dengan mudahnya. Tapi, adakah rusuhan seperti mana yang berlaku dalam peristiwa pembelaan Natrah ini? Ketika peristiwa Natrah ini, saya begitu terkejut malah ada rasa macam tak percaya kerana individu-individu yang terlibat dalam peristiwa ini merupakan tokoh-tokoh ternama ketika itu. Dr. Burhanuddin Helmy (merupakan Yang DiPertua PAS pada 2006), Karim Ghani (pengerusi bagi Jawatankuasa Tindakan Natrah(JKTN)), Tun Sardon Jubir, Tunku Abdul Rahman (Presiden UMNO), dan ramai lagi yang tidak mampu saya sebutkan di sini. Apa yang menarik dalam isu Murtad ini ialah bagaimana perbezaan pandangan dalam politik telah terungkai dengan satu peristiwa, peristiwa ini? Bagaimana perbezaan pemahaman di kalangan bangsa Melayu/Islam ketika itu terhapus begitu sahaja dengan peristiwa ini. Hal ini kerana isu Murtad adalah isu Agama kita, agama Tuhan yang Satu! Bagaimana mereka boleh mengetepikan segala kepentingan diri bagi bersatu dalam menentang keputusan yang dibuat adalah begitu tidak adil bagi semua, terutamanya buat Natrah yang dipaksa untuk masuk Kristian, sedangkan hati tertanam Iman yang mendalam kepada sang Pencipta!

Semua ini adalah kerana Iman yang jitu, pemahaman Islam yang sebenar ketika itu, pendidikan yang tidak melupakan meng-esakan Allah! Sedangkan zaman kini, kemurtadan yang berlaku seakan-akan perkara biasa di kalangan kita, malah ada yang lebih teruk lagi apabila sesuatu isu murtad itu sengaja disorokkan agar bangsa Melayu/Islam yang tidur ini akan terus lena dibuai mimpi yang indah-indah sahaja! Pendidikan Aqidah yang lemah pada zaman kini juga serba sedikit telah meningkatkan gejala pemahaman serong dan gejala Ajaran Sesat begitu ketara sekali dalam negara kita. Alangkah lemahnya kita ketika ini.

Namun, sebagai seorang Muslim yang meyakini akan kemenagan Agama ini, Islam yang tercinta ini. Kita tak perlu takut, akan tetapi perlulah bangkit dari tidur yang panjang itu! Bukan lagi sekadar menulis untuk nama, atau berceramah kerana permintaan orang awam, tetapi biarlah semua yang kita lakukan itu adalah kerana Allah s.w.t semata, kerana bangsa Melayu/Islam kita yang tercinta dan kerana tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Sejarah lama bukanlah disimpan tetapi untuk dijadikan pedoman untuk merubah agar kesilapan atau kesalahan itu tidak berulang lagi. Seharusnya dalam diri ada keinsafan untuk berubah dan merubah keadaan semasa agar tidak berulang. Mengambil segala mutiara yang ada dalam sejarah untuk dikekalkan dan segala yang pahit ada tercatit dalam sejarah untuk digantikan dengan perkara yang manis-manis ketika generasi kita ini. Sukarno pernah berkata:-

“Sejarah datang dan pergi, namun hanya bangsa yang berjwa besar sahaja yang tahu menangkap saat-saat sejarah!”

Biarlah kita menjadi golongan yang mencipta Sejarah, bukan kita menjadi Sejarah!

Jom ke Seminar Natrah!


Rujukan:-

1. Datin Fatini Yaacob. 2010. Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha : cinta, rusuhan, air mata. Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM).

Advertisements

3 thoughts on “Kepedulian Kita terhadap Sejarah Kita

  1. salam. lama tak singgah blog anta. Ada bakat jadi penulis dan penganalisis sejarah ni. Ana pun tak tau banyak cerita natrah ni. mungkin sebab komuniti hari ni terlalu sibuk dgn perkembangan dan penyelidikan sains n teknologi. lagipun kadang2 sejarah amat membosankan sebab hilang ketulenan..

    1. Jazakillah ya ukht,

      Tidak la sehebat mana. Sekadar berkongsi pandangan dan juga menyampaikan kepada masyarakat di luar sana. Kena asah lagi bakat menulis nie, sokongan daripada rakan2 terutamanya rakan seperjuangan amatlah perlu bagi meng’konsisten’ kan ana dalam bidang penulisan ini. InsyaAllah, ana akan cuba perbaiki mana yg lemah supaya bangsa Melayu/Islam kita akan faham dan seterusnya akan memahami sejarah.

      Sejarah tidak bosan namun semua itu bergantung kepada minat dan kehendak kita utk memehaminya. Semakin lama kita mengkaji, semakin bertambahla minat kita. Semua bergantung pada diri sendiri juga.

      Sekian..

  2. Ralat: Dr.Burhanuddin Helmi merupakan Yang DiPertua PAS pada 1956, beberapa tahun selepas peristiwa Natrah. Jika salah, tolong betulkan ya..

    Asif drpd Penulis;
    -adzim shaari-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s