Kepedulian Kita terhadap Sejarah Kita: Rejuvenated

Penulis (Baju Melayu Hitam) bersama Datin Seri Fatini Yaacob dan rakan.

Saya faham sekarang.

Natrah bukanlah satu nama sahaja, atau lebih tepat lagi bukanlah kerana isu individu seorang ini sahaja. Malah, apa yang saya baru tahu ini telah membuka minda saya tentang kefahaman sebenar mengenai isu ini. Dan, ia benar-benar menyentak benak saya untuk menyampaikan kepada anda semua.

Pada Sabtu yang lepas, bersamaan 10 April 2010, saya telah berpeluang menyertai Seminar 60 Tahun Pasca Tragedi Natrah yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seremban. Dalam seminar ini, para peserta seminar termasuklah saya sendiri telah diberi peluang untuk mendengar sendiri penceritaan atau perkongsian pengalaman daripada penulis buku ‘Natrah: Cinta, Rusuhan, Airmata’ iaitu Datin Seri Fatini Yaacob. Mungkin dalam penulisan saya ini tidaklah sempurna dengan apa yang di bincangkan oleh beliau dalam seminar yang lepas, tetapi saya akan isikan penulisan saya ini dengan beberapa perkara yang menjadi perbincangan hangat oleh Datin Seri.

Perkara pertama yang menjadi ingatan kepada saya, dan juga buat semua penulis yang menulis tidak kira dalam bentuk apa pun ialah Menulis Kerana Allah s.w.t, Bukan Kerana Diri Sendiri. Ya, segala apa yang kita ingin tulis atau sampaikan, apatah lagi berkenaan dengan Agama kita serta bangsa Melayu/Islam kita, mestilah dimulakan dengan niat yang begitu bersih, umpama Permata yang digilapkan sebelum dihadiahkan kepada tuan puteri. Saya begitu tertarik kerana pengalaman yang disampaikan oleh beliau sungguh bertepatan dengan mereka yang ikhlas kerana-Nya. Antaranya ialah sekiranya beliau tidak buat penulisan ini (buku beliau) kerana Allah, buku beliau ini tidak akan siap malah tidak boleh dibaca oleh bangsa Melayu/Islam di Malaysia ini untuk dijadikan bahan kesedaran kepada bangsa ini, lebih-lebih lagi kepada Generasi Muda sekarang. Oleh itu, sangat penting bagi setiap penulis Melayu/Islam sekarang menulis kerana Allah s.w.t dan bukan kerana nama semata-mata.

Kata-kata semangat dilontarkan oleh Datin Seri Fatini Yaacob

Bertepatan dengan kata yang saya pinjam dari kamu Bahasa Inggeris, iaitu Rejuvenate yang bermaksud memperbaharui sesuatu isu yang sudah dibincangkan. Dalam tulisan ini pula, saya membawa perbaharuan terutama dari sudut pengajaran dari peristiwa Natrah ini. Saya pasti ada di kalangan pembaca sekalian sudah membaca tajuk penulisan saya sebelum ini iaitu ‘Kepedulian Kita terhadap Sejarah Kita’. Kepada mereka yang belum membaca, sudi-sudi kanlah diri anda membacanya sebelum membaca penulisan saya ini. Sebelum ini, saya telah dedahkan isu-isu utama yang terdapat dalam buku Datin Seri, iaitu isu Undang-undang Islam dan juga Isu Murtad. Kali ini saya cuba membawa mesej yang sebenar ingin disampaikan oleh beliau kepada setiap generasi muda dan tua, bangsa Melayu/Islam kita.

Datin Seri ingin manyatakan kepada kita bahawa bangsa Melayu/Islam adalah bangsa yang tidak mudah menyerah kalah, apatah lagi di lawan dengan isu-isu agama. Namun, semuanya perlulah dengan kefahaman sebenar terhadap Agama kita. Kebetulan saya mendengar kata-kata daripada salah seorang penceramah, En. Khairuddin Zakaria, berkenaan Shariah Financial Planning dari Malaysia Financial Planning Council (MFPC) pada hari ini, iaitu Colonization. Konsep ini telah diterapkan oleh penjajah terhadap bangsa Melayu/Islam kita semasa penjajahan mereka yang berlangsung kira-kira 500 tahun yang lepas. Mereka telah memisahkan pemahaman sebenar tentang agama kita dengan hanya memahami agama Islam ini setakat pada ibadah-ibadah wajib sahaja. Syahadah, Solah, Zakat, Puasa dan Haji. Sehingga kini, mereka telah berjaya! Kita masih dalam konsep yang telah diterapkan oleh mereka! Sedangkan mengikut Sirah Nabawiyyah yang menceritakan kehidupan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan kepada kita bahawa baginda s.a.w juga ada menjalankan perniagaan, berpolitik, beramah mesra bersama masyarakat, bersukan, mengurus organisasi apatah lagi baginda s.a.w sangat mahir mengatur sumber manusia ke tempat yang betul. Oleh itu, pemahaman sebenar bukan setakat terhadap kewajipan menunaikan ibadah-ibadah wajib, tetapi juga terhadap segala aspek dalam kehidupan kita.

” Dan tidak aku ciptakan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beribadah kepada Ku” ( Adz-Zaariyat: 56 )

Selain itu, pengalaman serta suka dan duka yang dialami oleh beliau semasa sehinggalah selesai penulisan beliau adalah semata-mata kerana ingin melihat bangsa Melayu/Islam ini kembali sedar dan bangkit dari lena yang panjang. Kita adalah bangsa yang kuat, bangsa yang mendapat nama suatu ketika dulu. Maka, sekarang ini bukanlah masanya kita bersenang lenang dek kerana kita tidak berperang, tiada rusuhan, tetapi waktu beginilah kita mengumpul kekuataan yang ada, memberi kefahaman yang sebenar serta menjadikan penyatuan antara sesama bangsa kita adalah agenda utama. Tak kan kambing mampu melarikan daripada serigala tatkala kambing itu terkeluar dari kawanannya! Serupa ia dengan kita, selagi mana anda dalam keseorangan, tidak mahu mengajak mereka yang berhampiran dengan anda untuk berbuat kebaikan, selagi itu agenda penyatuan tidak selesai. Kita tidak mahu semangat melangit-langit yang menerobos awan di atas sana semata-mata, tetapi kita mahu semangat yang dizahirkan secara hakiki dan bukan lagi fantasi. Tanamkan dalam diri kita pandangan yang positif terhadap penyatuan ini, kerana ia bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi pasti berlaku walaupun masa yang kita untuk kecapi penyatuan ini adalah sangat panjang dan penuh dengan penat serta lelah. Jangan putus asa!

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara…” ( Al-Hujurat: 10 )

Oleh itu, saya melihat Datin Seri Fatini Yaacob ini merupakan antara penulis yang perlu kita contohi. Menjadikan tauladan dalam penulisan kita kerana pengorbanan beliau terhadap agama dan bangsa kita hanya dengan menulis! Semangat waja yang tidak pernah luntur semenjak menulis berkenaan peristiwa Natrah ini, seharusnya menjadi aspirasi bagi kita untuk terus menyampaikan kata-kata yang baik terhadap bangsa kita. Tidak lagi setakat menulis tentang diari kehidupan kita kepada masyarakat, atau mengapi-apikan permusuhan sesama sendiri, akan tetapi kita seharusnya menjadi medium untuk memeberi kefahaman kepada masyarakat di luar sana untuk memahami Islam yang sebenar serta bersama-sama membangkitkan semangat singa yang ada di dalam diri kita!

Moga kita semua bangkit dari Lena yang Panjang! Bersatu Menjadi Satu!

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

2 thoughts on “Kepedulian Kita terhadap Sejarah Kita: Rejuvenated

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s