Salam Imtihan!

Selamat Menempuhnya!

Tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia ini, bahkan mungkin seluruh dunia. Peperiksaan Akhir. Segala jerih payah dalam pengajian akan di uji dalam medan ini. Kegeniusan dan kepandaian seseorang itu akan teruji di sini, sama ada berjaya atau tidak. Ketika ini, masing-masing sibuk mengulang kembali apa yang sudah di ajar oleh para pensyarah semasa sesi perkuliahan yang lepas. Siapa yang tertinggal, ketika ini lah berasa ruginya dia kerana tidak hadir ke kelas ataupun ke kuliah. Perbincangan serta kelas-kelas revisi mengambil tempat semasa minggu mengulang kaji (study week). Hati berdebar-debar, malam pula di hiasi dengan mengulang kaji, berbeza sebelum peperiksaan- ada yang menonton drama korea, bermain komputer, menonton perlawanan bolasepak- namun, kali ini semua berubah. Untuk memastikan diri bersedia dalam medan ‘peperangan’ nanti. Teruskan perjuangan, wahai rakan-rakan sekalian!

Dalam saat-saat genting ini, tenangkan diri anda, jangan gopoh dalam mengejar subjek untuk mengulang kaji. Sentiasa selangi waktu ulang kaji anda dengan mengingati-Nya dan pastikan diri anda bebas dalam tekanan. Pandang ke hadapan dan bersama rakan-rakan untuk mengulang kaji, ambil peluang semaksima mungkin untuk bertukar pandangan serta pendapat. Waktu ini, mungkin kita boleh serapkan dengan pelbagai cara mengulang kaji, jangan terikat dengan satu cara. Membaca, berbincang, kaitkan dengan isu terkini (sekiranya subjek anda sangat rapat dengan isu semasa), buat perumpamaan, memahami, melihat dari luar kotak dan banyak lagi. Oleh itu, kekalkan momentum anda dalam musim ini, musim yang perlu pengorbanan jiwa dan raga dalam menjayakan misi ini!

Selamat menempuh peperiksaan akhir! Ingat, Allah sentiasa bersama kamu, namun pastikan diri anda dahulu yang menghampiri-Nya…

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

8 thoughts on “Salam Imtihan!

    1. Terima kasih, haadziq.

      Mudah-mudahan kita dipermudahkan, dengan segala usaha yg telah dilakukan.

  1. Salam
    Macam mana nak hadapi tekanan dalam peperiksaan?
    Saya selalu risau sampai solat tak khusyuk
    Subuh pula selalu lewat

    1. Wa’alaikumussalam saudara,

      Ada pelbagai cara dalam menangani masalah saudara ini. Pertama, saudara perlu sucikan niat saudara dalam pembelajaran. Pastikan niat saudara adalah semata-mata kerana Allah s.w.t
      Kedua, perbanyakkan berzikir, mengingati Allah s.w.t kerana buktinya sangat jelas dalam Al-Quran- “Sesiapa mengingati Allah, hatinya pasti akan menjadi tenang” (maksud ayat Al-Quran).
      Dalam perkara solah, cuba hadirkan diri saudara ke surau-surau atau masjid utk solah secara berjamaah, krn dalam berjamaah pasti ada yg mengingati kita. Keempat, pastikan meletakkan segala usaha saudara sepenuhnya dalam pembelajaran dan akhirnya meletakkan pengharapan kepada Allah s.w.t, kerana sangat beruntung bagi mereka yg bertawakkal kepada Allah s.w.t.
      Untuk mengatasi bangun lewat, ada byk caranya dan antaranya ialah memastikan perut kita kosong sblm tido, serta berniat untuk bangun subuh dengan keazaman yg tinggi..insyaAllah, saudara akan bangun. Tambahan, jgn tido terlalu lewat krn utk permulaan saudara kena biasakan (budayakan) utk tidur awal dan bangun awal. InsyaAllah, cara ini juga berbaloi.

      Sekian, pandangan daripada saya..

      -adzim shaari-

  2. hadziq&adzim: salam najah fil imtihan~
    may ALLAH Bless us..

    azam: juz think positive. klu sy, tym2 exam ni mmg underpressure. sgt3! klu tym ad duit, hangout ngn kwn2,huhu..p tmpt2 yg release tension..
    tapi saat2 last sem ni, tgh kering, cara sy sng jek, call mak. cara tu mmg sgt2 berkesan bagi sy la, sb sy pnah dgr, suara ibu bley menenangkan ati anak yg gundah.. tym exam, demam agk trok, call mak, mlm tu trus sht, alhmdulillah~
    bca mathsurat ptg2 pun bley release tnsn gak🙂

    1. Terima kasih kpd saudari Zulfa,

      Ya, ibu merupaka aspek penting dan motivasi utama bagi kita, terutama sbg pelajar. Jangan sekali-kali kite melupakan mereka kerana mereka merupakan ‘tempat asal usul kita’. Keluarga jugak adalah inspirasi kita, inilah inspirasi yg palinh hampir bagi kita.

      Sekadar tambahan..

      -adzim shaari-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s