Secawan Teh, Setinggi Ukhwah

Secawan Teh

Hurm, sudah lama aku tidak menulis dalam bahagian ‘Kembara Kita’ ini. Mungkin sudah lama tidak merantau atau tiada kesempatan untuk menulis? Soalan ini semua hanya aku sahaja yang boleh jawab, sama ada untuk di ambil pengiktibaran atau di biarkan begitu sahaja. Apa-apa pun, aku kembali menulis dalam bahagian ini untuk berkomgsi ‘pengembaraan’ku di dunia ini. Tujuan hanya satu, untuk berkongsi pengalaman serta mengambil pengajaran yang terdapat dalam ‘pengembaraan’ ini.

Pada hari Rabu yang lepas, bersamaan dengan 21 April 2010 (selesai menjawab paper Management of Bank and Takaful Institution), aku dan lima orang rakan ku mengadakan satu ziarah ke rumah sahabat kami di Seremban. Ziarah apa ini? Waktu-waktu peperiksaan akhir pun ada ziarah ke? Buat pengetahuan semua, ziarah ini bila-bila masa sahaja boleh berlaku dan sebagai seorang Muslim, hendaklah kita sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan ziarah apabila berlaku sesuatu yang tidak di ingini kepada saudara kita. Destinasi ziarah kami ini adalah ke rumah sahabat kami iaitu Saudara Amir Farid b. Sahabuddin, seorang Arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Wisma Negeri (Pejabat Pentadbiran N.Sembilan).

Apa yang berlaku kepada beliau? Bukan beliau, tetapi adalah isteri beliau. Kami memulakan perjalanan kami dari Nilai dalam pukul 6.15 petang, selepas mengambil passenger terakhir di Masjid Bandar Baru Nilai. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar walaupun dengan hujan yang gerimis, kami tiba di rumah saudara Amir dalam pukul 6.50 petang. Setibanya kami di sana, sudah ada dua orang sahabat kami tiba. Makin meriah di buatnya oleh kami dalam ziarah ini. Orang kata, menziarahi itu biarlah dengan berkumpulan, baru terasa nikmat dan tingginya ukhwah itu nanti. Anda pasti tertanya-tanya, penyakit apakah yang di hidapi oleh isteri Amir Farid ini?

Saudara Amir menceritakan peristiwa yang berlaku ke atas isteri beliau.

Kandungan luar rahim. Demikianlah yang diceritakan saudara Amir kepada ku. Aku mendengarnya dengan teliti kerana ini adalah kali pertama aku mendengarnya. Saudara Amir menceritakan bagaimana situasi ini berlaku tanpa di duga oleh beliau mahupun isteri beliau. Pada mulanya, isteri beliau hanya mengadu sakit perut dan tidaklah di sangka serius oleh mereka berdua. Namun, setelah beberapa kali pemeriksaan dan scan ke atas isteri beliau, doktor masih buntu untuk mengenal pasti penyakit tersebut. Setelah beberapa hari di Hospital Besar Tuanku Jaafar, maka kejadian tidak di duga berlaku ke atas isterinya di mana rahim isteri beliau mengalami pendarahan dan memerlukan pengawasan serta pembedahan yang segera. Apa yang menyedihkan lagi buatku ialah kandungan tadi terpaksa dibuang kerana ia akan memudaratkan ibu yang mengandung.

Betapa sukar ujian yang di tanggung oleh mereka berdua. Namun, di situlah pentingnya iman dan taqwa kepada Allah s.w.t. Setiap mereka yang beriman dan bertaqwa, akan senantiasa di uji oleh Allah sebagai bukti kebenaran mereka beriman dan bertaqwa kepada-Nya. Dan ini, adalah bukti yang berlaku ke atas mereka berdua. Ujian akan meninggikan keimanan seseorang itu apabila mereka melepasi ujian tersebut. Alhadmulillah, setelah seminggu bertarung dengan nyawa, isteri beliau dalam keadaan stabil dan masih berehat di rumah bagi memastikan kesihatan isteri beliau benar-benar pulih.

Kami mendengar dengan penuh perhatian.

Akhirnya, walaupun kami di hidang dengan minuman teh serta makanan ringan, aku sedar bahawa betapa besarnya nilai ukhwah ini walaupun hanya di sajikan dengan hidangan yang ringan. Jika hendak di bandingkan dengan isi dunia, lebih berharga ukhwah yang di landaskan dengan iman. Aku tutup ‘pengembaraan’ aku ini dengan kata-kata yang lahir dari hati saudara Amir Farid ini:-

“Ana begitu terharu dengan keprihatinan antum yang sentiasa memberi sokongan kepada kami untuk menghadapi ujian ini.”

Begitulah ukhwah, semakin kita praktiknya, semakin tinggi akan dirasai. Dan apa yang pasti, ukhwah ini hanya akan dirasai bagi mereka yang memahami erti persaudaraan ini. InsyaAllah, aku sentiasa ingin membantu seramai mungkin saudara ku di luar sana.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

2 thoughts on “Secawan Teh, Setinggi Ukhwah

  1. salam~
    takziah pada kak khadijah n akhi amir. Apa yg berlaku pastinya ada hikmah disebaliknya. ya, harga sebuah persahabatan tak kira apa jua sekalipun, hatta dihidangkan segelas air masak juga sudah terasa manisnya ukhuwwah. kerana semuanya kerana Allah.

    1. Terima kasih ya saudari kerna memperkenalkan isteri saudara Amir, sy terlepas pandang pula. Terima kasih ya, serta terus berukhwah. Ameenn…

      -adzim shaari-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s