Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 4)

Pilih yang mana?

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Empunya Dunia, Pencipta segala-galanya, Allah s.w.t. Kehendak Allah s.w.t telah mengizinkan kita untuk terus hidup di atas dunia ini dengan nikmat-Nya yang besar. Nikmat yang tidak terhingga besarnya adalah nikmat Iman dan Islam, yang seharusnya di syukuri oleh kita, terutama bagi mereka yang beragama Islam untuk terus barada di atas jalan keimanan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w, contoh tauladan dari segala aspek kehidupan kita. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga Baginda s.a.w, para sahabat r.anhum, para tabi’in dan para tabi’ tabi’in yang memegang erat ajaran daripada Rasulullah s.a.w, sehinggalah ajaran tersebut sampai kepada kita. Ameenn.

Saudara sekalian,

Mari kita sambung perbincangan kita berkenaan dengan tajuk di atas, Apa Erti Saya Menganut Islam yang di tulis oleh Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan. Mudah-mudahan kita di beri kemudahan untuk memahami penulisan dan penjelasan yang di bawa oleh Al-Fadhil Ustaz. Pada tulisan ini, saya meneruskan dengan ‘point’ keempat dalam bab Aqidah, pada bahagian pertama buku tersebut iaitu:-

” Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup manusia dalam kehidupan dunia ini ialah untuk mengenal Allah s.w.t sebagaimana sifat-sifat-Nya yang telah diterangkan Allah, taat kepada Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya. “

Mudah dan ringkas. Kita dijadikan di dunia ini untuk mengenal Allah s.w.t, yang menciptakan kita. Membenarkan kita untuk lahir di dunia ini dan ini adalah bukti yang paling kukuh bagi kita untuk tetap taat malahan mengabdikan kita terhadap Allah s.w.t. Bukan kepada sembahan yang lain atau kepercayaan lain dari kepercayaan ini. Kita melihat bagaimana kaum-kaum yang terdahulu di binasakan oleh Allah s.w.t kerana tidak mengambil kesempatan yang ada untuk menyembah-Nya, untuk mengenal-Nya. Bahkan mereka berdusta dan mengambil sembahan selain daripada Allah.

Adakah kita hendak jadi seperti apa yang berlaku ke atas mereka?

” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh. ” ( Adz-Dzaariyat: 56-58 ).

Allah s.w.t telah menggariskan kepada kita satu matlamat yang jelas kepada kita. Menyembah-Ku. Dan inilah matlamat hakiki bagi kita, yang melafazkan dua kalimah syahadah dalam tiap solahnya. Allah s.w.t juga menggertak kita bahawa betapa lemahnya kita ini sehinggalah kita ini tidak mampu untuk memberi apa-apa kepada-Nya, kerana Allah itu Maha Pemberi Rezeki! Jika hendak dibandingkan dengan kita yang sentiasa memohon untuk di beri makanan atau di beri limpahan rezeki, tidak kira sama ada kita meminta atau tidak memintanya, Allah tetap akan memberi rezeki-Nya kepada kita. Kekuatan yang tidak mampu dicapai oleh mana-mana ciptaan-Nya.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menetapkan matlamat yang Allah telah lama disediakan oleh-Nya dalam kehidupan kita. Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Tidak lagi ragu-ragu untuk mencari matlamat. Berpeganglah dengan matlamat utama ini seerat-eratnya supaya matlamat ini menjadi petunjuk utama bagi matlamat-matlamat lain yang ingin dicapai dalam kehidupan kita.

WaAllhua’lam

Rujukan:-

1. Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan. 2000. Maza ya’ni Li intima’il Islam (Apa Erti Saya Menganut Islam). Pustaka Salam Sdn. Bhd.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s