Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 6)

Pilihan di Tangan anda!

“Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa manusia itu dapat dan boleh mencapai kebaikan dan kejahatan melalui daya usaha, ikhtiar dan kehendaknya. Tetapi sungguhpun demikian pada hakikatnya saya tidaklah dapat mencapai kebaikan kecuali dengan taufik serta pertolongan Allah. Begitu juga saya tidak akan terjerumus ke dalam kejahatan kecuali dengan kehendak Allah. Semua ini adalah dalam lingkungan izin dan kehendak Allah”.

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.r, empunya dunia ini, tuhan yang satu dan satu-satunya yang layak disembah-tiada tuhan selain Allah- oleh kita sebagai hamba-Nya di dunia ini. Walaupun kita dihimpit dengan kesibukan dunia sekalipun, luangkanlah masa untuk mengingatinya kerana Dia lah yang menguasai segala-galanya di dunia ini. Selawat dan salam ke atas junjugan besar kita, tauladan yang cukup sempurna, Nabi Muhammad s.a.w yang telah meninggalkan pelbagai petunjuk bagi kita ikuti. Sesungguhnya tiada insan yang lebih sempurna melainkan baginda s.a.w. Tidak lupa juga ucapan salam ke atas keluarga baginda s.a.w, sahabat r.anhum yang tidak pernah jemu membantu baginda rasul s.a.w dan para tabi’in serta tabi’ tabi’in yang masih menjadi contoh sepanjang zaman oleh ummah Islam di seluruh dunia.

Saudara sekalian,

Sekali lagi kita dapat bertemu dalam perbincangan kita mengenai sebuah tajuk buku iaitu Apa Erti Saya Menganut Islam yang dikarang oleh Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan. Setelah kita memenuhi dada kita dengan ilmu dari siri-siri yang lalu, mari kita terus meningkatkan keimanan dan keyakinan kita terhadap agama kita ini. Seperti mana tulisan Al-Fadhil di atas, kita seharusnya mempercayai bahawa hanya dengan usaha daripada diri kita sendiri yang mampu mengarah kehidupan kita ke jalan kebaikan mahupun kejahatan. Ya, hanya dengan kesungguhan daripada diri kita! Akan tetapi, kita juga perlu meyakini bahawa hakikat untuk memperoleh kebaikan itu hanyalah hak mutlak daripada Allah sahaja. Hidayah dan taufik daripada Allah sahaja yang mampu menolong kita, bukan makhluk lain. Sama juga dengan kejahatan. Kita hanya akan terjerumus ke dalam lembah kesesatan dan kejahatan hanyalah dengan izin Allah. Continue reading “Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 6)”

Advertisements

Selamat Hari Ibu!

Keluarga saya

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil’.” ( Al-Isra’: 24 ).

Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu yang berada di serata dunia.

Walaupun saya mengucapkan ini sangat lewat pada tarikh sepatutnya, namun seharusnya bagi kita tidak menjadikan alasan untuk tidak mengucapkannya. Ya, biarlah kepada mereka yang sekarang baru tersedar untuk mengucapkannya, segera mendail nombor telefon ibu anda untuk mengucapkannya. Ketahuilah bahawa Hari Ibu itu adalah setiap hari kita hidup di dunia ini. Ibu lah yang berhempas pulas menyara hidup kita sewaktu kecil. Ibu lah yang sentiasa mempertahankan diri kita ketika kita di anggap bersalah dalam sesuatu perkara. Ibu jugalah yang sentiasa mengambil tahu perihal kehidupan anak-anaknya, tidak kira kita masih kecil, sudah sekolah, mahupun sudah menginjak ke alam dewasa. Ibu sentiasa di sisi kita.

Kerana ibu kita berada di sini. Sentiasa setia menjaga kita ketika dalam 9 bulan kandungan, tidak pernah leka pengawasan ibu terhadap kita. Ketika itulah kita melihat betapa ibu sangat-sangat menjaga pemakanannya, kerana tidak mahu membantut tumbesaran anak di dalam kandungan. Malah, emosi ibu ketika mengandung cepat terganggu dek kerana sayangnya kepada anak di dalam kandungan. Namun, ‘ibu’ sekarang sudah tidak macam dahulu lagi. Kebanyakan ‘ibu’ sekarang bukanlah ibu yang sebenar, kebanyakan mereka menjadi ‘ibu’ kerana terpaksa atas tindakan mereka yang tidak ke hadapan. Sekadar mulanya ingin merasakan keseronokan, tapi dari keseronokan menjadi penghancuran. Dek kerana seronok yang melampau, susah pula yang dapat selepas itu.

Kerana tidak mengenal erti ibu sebenar, maka ‘ibu’ itu tadi yang muncul pada dirinya. Apabila mengetahui bahawa ‘kandungan’ sudah mula membesar, ketika itulah hati mengelabah. Ketika itulah ‘abangnya’ tadi hilang entah ke mana. Semua jadi tak kena dalam kehidupan ‘ibu’ tadi. Maka, dengan mudahnya mereka terus melenyapkan ‘kandungan’ mereka tadi di sebabkan tak kenal erti ibu yang sebenar. Sedangkan ibu yang sebenar, senantiasa dalam hati mereka penuh dengan kasih dan sayang. Ambil peduli yang tinggi terhadap kandungannya. Melindungi semaksima mungkin generasi akan datang yang dikandungnya. Kerana apa? Kerana ibu yang sebenar akan melalui cara-cara yang diredhai Allah. Memastikan kehidupan ibu itu tadi sentiasa mengikut syariat, seawal kehidupan nya di dunia ini. Ketika kecil, di sekolah mahupun selepas di gelar ‘Wanita’, ibu ini tahu bahawa ingin melahirkan generasi harapan hanyalah dengan menjalani kehidupan yang bersih dan suci, mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. Maka betapa besar perngorbanan ibu yang sebenar ini. Bersedia sebelum menjadi ibu yang hakiki!

Oleh itu, selayaknya bagi kita untuk sentiasa mendoakan kebahagian ibu kita di dunia malah di akhirat sana nanti. Mengorbankan masa dalam kehidupan kita bagi memenuhi keperluan serta permintaan ibu kita. Tidak lagi menyombong diri kepada ibu kita. Walau sehebat manapun pangkat anda, gaji anda, isteri anda yang cantik atau suami anda seorang yang berdarjat besar, besar lagi ibu di sisi anda ketika di dunia ini. Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan kepada kita bahawa ibu ini sangat penting sehingga baginda s.a.w mengucapkan sayangi ibu kita sebanyak tiga kali dalam sebuah hadith, kemudian barulah bapa kita sendiri. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa baginda s.a.w juga amat-amat menitikberatkan kecintaan seorang anak kepada ibunya. Segeralah kita semua menunaikan kewajipan kita sebagai anak terhadap ibu kita. Mungkin ketika ini kita lalai, alpa dan mengabaikan ibu kita, namun selagi Allah menganugerahkan hayat kita bersama ibu kita, manfaatkanlah sebaiknya. Sebutlah “Ibu, Selamat Hari Ibu”.

Khusus buat ibuku yang tercinta, Khasmah Bt. Md. Pilus dan Kakak ku, Khasrina Bt. Shaari…maafkan anakmu dan adikmu yang tidak menjalankan hak terhadap kamu. Saya akan sentiasa mengasihi kamu, dan selagi mana hidupku ada, selagi itu aku akan
berkhidmat kepada kamu. SELAMAT HARI IBU!



Ibu saya yang mesra dengan panggilan ‘Mak’
Kakak saya yang mesra dengan panggilan ‘Along’

“ANAKMU DAN ADIKMU”

MOHD NOR ADZIM SHAARI


Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 5)

” Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan dan ganjaran bagi mukmin yang taat. Neraka pula adalah balasan dan ganjaran siksaan bagi orang-orang kafir”.

Pilih yang mana?

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana masih memberi ruang dan waktu untuk saya menyambung perbincangan kita dalam siri Apa Erti Saya Menganut Islam ini. Sesunggunnya tidak dapat dibandingkan kekuasaan-Nya dengan kekuasaan yang ada pada manusia, kerana Dia lah mencipta kita dari ‘air yang kotor’. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, teladan kita sepanjang zaman dalam semua perkara di atas muka bumi ini. Salam juga kepada ahli keluarga baginda s.a.w, sahabat r.anhum yang tidak pernah luntur semangat mereka untuk menyebarkan Islam ini di seluruh pelosok dunia, tabi’in dan tabi’ tabi’in yang kekal segar dalam ingatan ummah Islam hari ini.

Saudara sekalian,

Menjadi lumrah dalam kehidupan kita akan ada yang baik dan akan ada yang buruknya. Sama seperti dengan golongan manusia di muka bumi ini. Ada yang baik, ada yang jahat. Tidaklah mencabar kehidupan ini sekiranya yang ada di atas muka bumi hanyalah golongan yang baik sahaja atau di atas muka bumi hanya golongan perosak serta jahat di muka bumi ini. Pastilah kehidupan di dunia yang isinya orang baik sahaja, akan aman dunia ini manakala di dunia yang isinya orang jahat sahaja, sudah pasti rosak binasa dunia itu. Maka, Allah s.w.t menciptakan syurga dan neraka. Mengapa? Semua ini hanyalah ujian keimanan kita kepada Allah s.w.t semata-mata. Inilah tanda kekuasaan-Nya kepada kita, yang tidak dapat tidak, kita sahaja yang mampu membuat keputusan untuk diri kita sendiri. Continue reading “Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 5)”