Selamat Hari Ibu!

Keluarga saya

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil’.” ( Al-Isra’: 24 ).

Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu yang berada di serata dunia.

Walaupun saya mengucapkan ini sangat lewat pada tarikh sepatutnya, namun seharusnya bagi kita tidak menjadikan alasan untuk tidak mengucapkannya. Ya, biarlah kepada mereka yang sekarang baru tersedar untuk mengucapkannya, segera mendail nombor telefon ibu anda untuk mengucapkannya. Ketahuilah bahawa Hari Ibu itu adalah setiap hari kita hidup di dunia ini. Ibu lah yang berhempas pulas menyara hidup kita sewaktu kecil. Ibu lah yang sentiasa mempertahankan diri kita ketika kita di anggap bersalah dalam sesuatu perkara. Ibu jugalah yang sentiasa mengambil tahu perihal kehidupan anak-anaknya, tidak kira kita masih kecil, sudah sekolah, mahupun sudah menginjak ke alam dewasa. Ibu sentiasa di sisi kita.

Kerana ibu kita berada di sini. Sentiasa setia menjaga kita ketika dalam 9 bulan kandungan, tidak pernah leka pengawasan ibu terhadap kita. Ketika itulah kita melihat betapa ibu sangat-sangat menjaga pemakanannya, kerana tidak mahu membantut tumbesaran anak di dalam kandungan. Malah, emosi ibu ketika mengandung cepat terganggu dek kerana sayangnya kepada anak di dalam kandungan. Namun, ‘ibu’ sekarang sudah tidak macam dahulu lagi. Kebanyakan ‘ibu’ sekarang bukanlah ibu yang sebenar, kebanyakan mereka menjadi ‘ibu’ kerana terpaksa atas tindakan mereka yang tidak ke hadapan. Sekadar mulanya ingin merasakan keseronokan, tapi dari keseronokan menjadi penghancuran. Dek kerana seronok yang melampau, susah pula yang dapat selepas itu.

Kerana tidak mengenal erti ibu sebenar, maka ‘ibu’ itu tadi yang muncul pada dirinya. Apabila mengetahui bahawa ‘kandungan’ sudah mula membesar, ketika itulah hati mengelabah. Ketika itulah ‘abangnya’ tadi hilang entah ke mana. Semua jadi tak kena dalam kehidupan ‘ibu’ tadi. Maka, dengan mudahnya mereka terus melenyapkan ‘kandungan’ mereka tadi di sebabkan tak kenal erti ibu yang sebenar. Sedangkan ibu yang sebenar, senantiasa dalam hati mereka penuh dengan kasih dan sayang. Ambil peduli yang tinggi terhadap kandungannya. Melindungi semaksima mungkin generasi akan datang yang dikandungnya. Kerana apa? Kerana ibu yang sebenar akan melalui cara-cara yang diredhai Allah. Memastikan kehidupan ibu itu tadi sentiasa mengikut syariat, seawal kehidupan nya di dunia ini. Ketika kecil, di sekolah mahupun selepas di gelar ‘Wanita’, ibu ini tahu bahawa ingin melahirkan generasi harapan hanyalah dengan menjalani kehidupan yang bersih dan suci, mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. Maka betapa besar perngorbanan ibu yang sebenar ini. Bersedia sebelum menjadi ibu yang hakiki!

Oleh itu, selayaknya bagi kita untuk sentiasa mendoakan kebahagian ibu kita di dunia malah di akhirat sana nanti. Mengorbankan masa dalam kehidupan kita bagi memenuhi keperluan serta permintaan ibu kita. Tidak lagi menyombong diri kepada ibu kita. Walau sehebat manapun pangkat anda, gaji anda, isteri anda yang cantik atau suami anda seorang yang berdarjat besar, besar lagi ibu di sisi anda ketika di dunia ini. Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan kepada kita bahawa ibu ini sangat penting sehingga baginda s.a.w mengucapkan sayangi ibu kita sebanyak tiga kali dalam sebuah hadith, kemudian barulah bapa kita sendiri. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa baginda s.a.w juga amat-amat menitikberatkan kecintaan seorang anak kepada ibunya. Segeralah kita semua menunaikan kewajipan kita sebagai anak terhadap ibu kita. Mungkin ketika ini kita lalai, alpa dan mengabaikan ibu kita, namun selagi Allah menganugerahkan hayat kita bersama ibu kita, manfaatkanlah sebaiknya. Sebutlah “Ibu, Selamat Hari Ibu”.

Khusus buat ibuku yang tercinta, Khasmah Bt. Md. Pilus dan Kakak ku, Khasrina Bt. Shaari…maafkan anakmu dan adikmu yang tidak menjalankan hak terhadap kamu. Saya akan sentiasa mengasihi kamu, dan selagi mana hidupku ada, selagi itu aku akan
berkhidmat kepada kamu. SELAMAT HARI IBU!



Ibu saya yang mesra dengan panggilan ‘Mak’
Kakak saya yang mesra dengan panggilan ‘Along’

“ANAKMU DAN ADIKMU”

MOHD NOR ADZIM SHAARI


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s