‘Dunia’ Menyokongmu!

Mereka sudah lama begini, adakah kita sedar selama ini?

Tersentak. Tergamam. Tersedar.

Demikianlah yang berlaku kepada seluruh bangsa Dunia semenjak dua minggu yang lepas. Sebelum ini, kebanyakan bangsa Dunia lena di buai mimpi, terleka dengan keseronokan sementara, dan kita semua seakan-akan terlepas pandang kepada mereka. Palestin… Di sana telah terbuktinya kepada kita tentang muka sebenar suatu bangsa. Bangsa yang kononnya mengaku sebagai bangsa yang bertamadun di atas dunia ini. Namun, segala-galanya terserlah pada 31 Mei 2010, yang berlaku di perairan antarabangsa, 64 KM dari pantai Israel!

Akan tetapi, sebenarnya kebiadapan bangsa ini sudah pun berlaku lebih enam dekad yang lalu, setelah penaklukan haram oleh tentera Israel pada tahun 1948, selepas perang Arab-Israel. Ketika itu, semuanya bisu. Seakan-akan membenarkan perbuatan terkutuk bangsa ini terhadap bangsa yang tidak berdosa, malah bangsa yang tidak berdosa ini telah di halau keluar dari negara mereka sendiri, yang sememangnya ‘Halal’ untuk mereka duduki! Pembunuhan, dan terusnya berlaku pembunuhan kejam ke atas bangsa tidak berdosa ini telah di beri lampu hijau oleh kuasa besar dunia. Amerika senyum tak terkata, apatah lagi si Israel yang terus mengayun ‘pedangnya’ untuk membantai bangsa ini!

Terus Membantu Mereka!

Namun, 31 Mei 2010 telah memperlihatkan kepada kita bahawa seluruh dunia ‘terbuka’ mata mereka, ‘terbuka’ dengan sebesar-besarnya pada pandangan mereka. Konvoi bantuan “Life Line 4 Gaza” yang menggunakan Kapal Kargo untuk menghantar bantuan ke Gaza telah diserang. Siapa yang berada dalam kapal tersebut? Hanyalah konvoi sukarelawan yang LANGSUNG TIADA KEPAKARAN DALAM KETENTERAAN (Apatah lagi ingin membawa senjata api!?) di atas kapal tersebut. Sukarelawan yang telah membulatkan hati mereka untuk membantu saudara-saudara seagama mereka yang terkepung dek Penjara Terbuka yang terbesar di dunia! Disebabkan ‘kepandaian’ bangsa bertamadun ini, mereka bertindak atas sebab ‘Self-Defense’ (Mempertahankan Diri- bukankah mempertahankan diri itu apabila diserang?). 9 orang terkorban dan 30 orang yang lain cedera kerana ‘kepandaian’ mereka itu. Semuanya adalah SUKARELAWAN. Seluruh Dunia bangun dan mengutuk ‘Self-Defense’ ini!

Sekarang, seluruh Dunia tahu akan kebiadapan mu, wahai bangsa Israel!

Sebagai seorang Muslim, yang banyak kelemahan, yang lupa akan saudaranya di sana, teruslah sokongan mu kepada mereka. Kesedaran yang sudah lahir dalam dirimu itu, biarkanlah ia mengalir sentiasa. Selaju aliran darah dalam badanmu. Ya, mungkin pada mulanya kita tidak pernah terdetik pun nak mengetahui fasal saudara kita di luar sana- sekarang, berjinak-jinaklah dengan perkhabaran daripada mereka. Gunakanlah segala kecanggihan teknologi sekarang untuk mengetahuinya. Ya, mungkin juga kita dahulu tidak pernah rasa bersalah pun untuk membeli produk-produk yang seratus peratus di yakini mereka memberi sumbangan kepada bangsa Israel dalam menjalankan agenda mereka- tapi sekarang, biarkanlah rasa benci dan marah kepada bangsa Israel ini, secara sedikit-sedikit untuk tidak membeli produk yang menyokong mereka. Mula lah membeli produk yang dibuat oleh bangsa kita sendiri, umat kita, umat Islam! Ya, saya sendiri tidak pernah terelak dari melakukannya perkara-perkara di atas. Namun, atas kesedaran dan yang utama atas kepercayaan Iman kita, kita mengorak langkah untuk menjadi Muslim yang sejati, merobah diri agar beransur-ansur mengalir perubahan diri kita untuk menjadi hamba-Nya yang membantu agama-Nya, agama Islam!

“Hai orang-orang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: ‘Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?’ Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: ‘Kamilah penolong-penolong agama Allah’, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang”. ( Ash-Shaff: 14 ).

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

One thought on “‘Dunia’ Menyokongmu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s