Apa Erti Saya Menganut Islam (Bahagian 7)

Pilihan di tangan anda!

“Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan (penciptaan dan penggubalan) undang-undang adalah hak mutlak bagi Allah.”

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmat daripada-Nya, kita terus diberikan kehidupan dan nyawa untuk beribadah kepada-Nya. Maka, manfaatkanlah sebaik-baiknya peluang ini dalam kehidupan kita. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia kita, Nabi Muhammad s.a.w, contoh tauladan dalam membentuk diri kita menjadi Mukmin yang sejati. Salam juga ke atas keluarga baginda s.a.w, para sahabat r.anhum yang tidak pernah memandang ke belakang pabila menerima hidayah-Nya, tabi’in dan tabi’ tabi’in yang setia menyampaikan pesanan baginda s.a.w hingga kepada kita.

Saudara sekalian,

Sekali lagi kita bertemu dalam siri Apa Erti Saya Menganut Islam yang telah dikarang oleh Ulama’ dan Da’i yang ikhlas, Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan. Mudah-mudahan perbincangan kita yang panjang ini akan membuka ruang untuk diri kita memperbetulkan diri seterusnya membentuk contoh tauladan Mukmin kepada keluarga, masyarakat serta serata dunia nanti. Dalam siri kali ini, kita akan lihat bagaimana Al-Fadhil Ustaz membuka minda kita dan memperteguhkan pegangan kita dengan undang-undang daripada Allah s.w.t. Amat Jelas. Sungguh jelas bahawa segala penciptaan dan penggubalan undang-undang Allah s.w.t adalah milik-Nya sahaja, manusia tiada kuasa untuk mengubahnya. Apakah maksud ini? Ya, segala undang-undang atau lebih tepat lagi ialah syariat Allah, yang terkandung dalam kitab-Nya, Al-Quran, tidak boleh diubah apatah lagi mengubah mengikut kepentingan diri sendiri!

Hal ini sangat jelas kepada kita bahawa syariat yang thabit (tetap) dalam Al-Quran adalah ketetapan daripada Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya untuk dipatuhi. Pengharaman arak dan judi, larangan untuk berzina, pengharaman riba’ dalam jual beli, saranan menutup aurat dan syariat yg thabit, tidak boleh diubah langsung. Apa yang HARUS bagi Muslim ialah melakukan ijtihad untuk mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas syariat Allah dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat itu sendiri. Contohnya ialah Merokok. Sekiranya kita lihat dalam Al-Quran mahupun dalam Al-Hadith, tiada yang menceritakan secara langsung mengenai Merokok. Namun, para ulama’ yang alim menggunakan nas syara’ yang berkaitan Arak untuk mengeluarkan hukum. Hal ini kerana Merokok lebih banyak mendatangkan mudharat dari kebaikan, sama seperti meminum arak yang lebih mudharat dari manfaatnya kepada manusia. Maka, jumhur ulama’ bersetuju menyatakan bahawa Merokok itu HARAM. Pengeluaran ijtihad juga tidak boleh sewenang-wenangnya dibuat. Perkara ini hanya dibenarkan kepada mereka yang ahli dalam bidang tersebut, yang mahir dalam ilmu Usul Fiqh serta yang berkait dengan perkara yang ingin di ijtihadkan.

“Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka keputusannya (terserah) kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Tuhanku, kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku kembali.” ( Asy-Syuura: 10 ).

Saya tidak mahu memanjangkan perbincangan berkait ilmu Usul Fiqh ini, kerana ia terlalu kompleks dan sebaiknya perlu berbincang dengan mereka yang ahli dalam bidang ini. Apa yang saya ingin bawa di sini ialah kita dilarang sama sekali untuk melewati serta melanggar syariat Allah yang sudah ditetapkan. Namun, zaman kini seakan-akan tidak menghiraukan keagungan syariat ini. Masih ramai yang merokok, penzinaan berlaku dengan wewenangnya, dan lebih menyedihkan ialah judi juga ingin di Halalkan oleh mereka! Apakah sudah tiada lagi rasa takut dengan Allah dalam diri mereka?

Oleh itu, sebagai seorang hamba-Nya yang senantiasa dalam kelemahan dan kekurangan, menjadi kewajipan kita untuk mentaati segala perintah Allah yang sudah terkandung dalam Al-Quran serta dijelaskan Al-Hadith kepada kita. Pemahaman dan Pembinaan diri mestilah seiring bagi membentuk jati diri Mukmin yang berkualiti lagi produktif. Kita tidak mahu diri kita berada di belakang lagi. Iman, ilmu dan amal haruslah menjadi tunjang dalam kehidupan kita. Kita bukan sekadar tahu dan faham, malah mengamalkannya dalam kehidupan kita.

Rujukan:-

1. Al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan. Maza ya’ni li intima’il Islam (Apa Erti Saya Menganut Islam). Pustaka Salam Sdn. Bhd.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s