Ibrah dari Kekalahan Jerman

Jaringan tunggal yang menewaskan Jerman.

Gol!!!

Demikianlah sorakan satu dunia ketika ini. Piala Dunia, kembali lagi. Seawal tahun lepas lagi kehangatannya sudah terasa. Sekarang, bahangnya sudah menaik. Rata-rata peminat bola sepak, mahupun di Malaysia atau seluruh dunia, akan fokus kepada pasukan pilihan masing-masing dan mencanangkan kemenangan pasukan tersebut. Sedar tak sedar, kita pun telah dihanyutkan dengan isu Ummah ketika ini. Gara-gara bola sepak. Hanyalah permainan semata-mata. Tetapi ia mampu ‘menghilangkan’ seketika minda kita kepada Ummah, antaranya isu Palestin. Seperti dalam artikel yang lepas (boleh rujuk artikel ‘Dunia’ Menyokongmu), 31 Mei merupakan detik sejarah dunia yang memperlihatkan kepada kita ‘wajah’ sebenar rejim Zioni Israel. Namun, dalam sekelip mata, koloni barat telah pun melenyapkan keprihatinan orang Islam mengenai isu ini.

Rata-rata saudara akan bertanya, apakah kaitan isu Palestin dengan Kekalahan Jerman? Boleh saya katakan di sini ialah ia bergantung kepada pemerhatian seseorang itu terhadap isu itu. InsyaAllah, kita mengharapkan pemahaman yang baik dalam isu ini. Pada mulanya, saya sendiri tidak jelas apakah kaitan tersebut. Alhamdulillah, dengan pemerhatian dan pembacaan saya, ada juga yang tersiratnya. Kekalahan Jerman pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika kepada Serbia merupakan antara kejutan hangat selepas tewasnya Sepanyol kepada Swistzerland. Awalnya, Jerman sudah pun menjadi pasukan pilihan apabila mudah menewaskan Australia 4-0. Sejurus itu, Franz Beckenbauer, merupakan lagenda bola sepak di Jerman telah mengkritik corak permainan England dengan mengatakan:-

“The English have gone backwards”.

Saya bukanlah penyokong pasukan England dan tidak punyai pasukan ‘kegilaan’ dalam Piala Dunia ini. Sekadar menjadi pemerhati bebas. Kata-kata lagenda Jerman ini seakan-akan mahu menunjukkan belang Jerman tidak mampu di tandingi oleh mana-mana pasukan dalam edisi Piala Dunia tahun ini. Namun, beberapa hari selepas itu, Jerman tewas kepada Serbia. Serbia yang tewas kepada Ghana. Kata-kata Franz Beckenbauer telah memakan diri negaranya sendiri. Apa yang anda dapat lihat sekarang? Ego. Itulah yang saya perolehi dari kekalahan ini. Pengajaran yang sangat berharga buat masa ini dalam Piala Dunia. Umpama kisah Arnab dan Kura-kura yang berlumba lari. Arnab dengan bangganya berkata;

“Hehehe, aku bila-bila sahaja boleh tewaskan kau wahai kura-kura. Engkau tue dah lembap, macam mana nak kalah kan aku?” ego Arnab meninggi.

“Tak apa lah aku kalah. Sekurang-kurangnya aku cuba dan menamatkan saingan nanti” ujar Kura-kura dengan lembut.

Perlumbaan bermula dan Si Kura-kura sudah lama di tinggalkan. Arnab mencanak lajunya, tak kelihatan pada pandangan Kura-kura. Sesudah yakin akan kelajuannya yang meninggalkan Kura-kura di belakang serta jarak garisan penamat yang sudah hampir, maka Arnab dengan egonya;

“Kalau aku rehat sekarang ni, masih sempat mengejar kura-kura lagi selepas terjaga,” kata Sang Arnab.

Kura-kura yang lembap tadi meneruskan perjalanan.Terus berjalan. Tidak pandang ke belakang, maju sahaja ke hadapan. Apa yang ada dalam minda si Kura-kura sekarang ialah menamatkan saingan tadi. Sedar tak sedar, si Kura-kura tadi sudah pun melepasi si Arnab, yang nyenyak tidurnya.

“Cepat! Cepat! Kura-kura, kau boleh!!” jerit kawan si Kura-kura di garisan penamat.

Si Arnab tersedar. “Manakah si kura-kura tadi? Rasa ada di belakang aku tadi.. Ha, dah kat depan!?” Arnab tak percaya.

Ego menewaskan mu, wahai Arnab yang tidur!

Akhirnya, si Kura-kura telah menang dan si Arnab kalah. Gara-gara ego yang melampau, Arnab dengan mudahnya kalah. Kalah kepada si Kura-kura, yang perlahan tetapi berhati-hati. Apa yang anda dapat kaitkan di sini? Keegoan akan kalah kepada mereka yang Merendah Diri! Sudah pun berlaku ke atas Jerman di Piala Dunia, juga undurnya sang Zionis Israel dari Gaza. Mereka miliki kereta kebal, jet pejuang, peluru berpandu mahupun peluru berpandu kimia…tetapi mereka tewas! Undur dengan alasan atas desakan dunia. Namun, mereka tidak sedar bahawa mereka baru sahaja di tewaskan oleh tentera yang hanya bergantung kepada Roket buatan sendiri, RPG, AK-47 dan senjata-senjata ‘lama’ yang lain. Tentera HAMAS yang ala-ala koboi itu telah pun berjaya mengundurkan mereka. Semuanya gara-gara lagak rejim Zionis Israel yang berkata mudah untuk menewaskan HAMAS. Akhirnya, semua itu memakan diri.

“Wahai orang-orang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok (memandang rendah) kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dipandang rendah) lebih baik dari mereka (yang memandang rendah), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dipandang rendah) lebih baik dari perempuan (yang memandang rendah). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. ( Al-Hujurat: 11 ).

Dari perspektif orang yang beriman, seharusnya tiada langsung dalam hati kita sikap ego, terutama kepada bangsa atau orang-orang beriman sendiri! Hal ini telah dijelaskan dalam ayat di atas bahawa Janganlah memandang rendah kepada kaum atau bangsa lain. Boleh jadi kita sendiri akan termakan dek kata-kata sendiri. Sama seperti Jerman dan Zionis Israel tadi. Disebabkan ‘keyakinan’ yang tinggi dan ego, akhirnya mereka tewas kepada pasukan kerdil dalam Piala Dunia. Zionis Israel yang kekuatan ketenteraannya tidak dapat disangkal kehebatannya, tewas kepada tentera HAMAS yang menggunakan alatan tentera zaman ‘kuno’! Malah, si Arnab yang laju lariannya tewas mudah kepada si Kura-kura yang penuh hati-hati.

Terdapat banyak pengajaran di atas yang boleh kita keluarkan dan kongsikan bersama. Sebagai orang yang beriman, rasa berhati-hati dan waspada itu mesti ada dalam diri kita. Tidak terburu-buru. Atur langkah mengikut setiap kemampuan yang ada. Ketahuilah, selambat mana pun langkah kita, kita akan tiba jua di penamatnya. Demikianlan jalan yang telah diperkenalkan Baginda s.a.w kepada kita. Jalan yang kemudiannya diberi nafas baru oleh seorang Mujadid dan Mujahid, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Tiada ego dalam beramal, tidak memandang rendah kepada orang lain- malah menghormati dan meraikan mereka. Oleh itu, wahai para pembawa obor-obor agama! Jangan kau takut atau gentar akan jalan mu yang engkau yakini. Mungkin perlahan tetapi matlamat nya kan sampai jua. Sama ada kita merasa kemenangannya atau kita mati sebagai orang yang mulia, Syahid di atas jalan-Nya!!

Teruskan Perjuangan!

Rujukan:-

1. Al-Quran dan Terjemahannya.

2. Franz Beckenbauer. The English have gone backwards. http://football-talk.co.uk/.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN TIGA

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

4 thoughts on “Ibrah dari Kekalahan Jerman

  1. igtkan pasal WC, tapi ad yg Lbey penting dari tu..🙂

    ego..
    manusia xlari drpd perasaan tu, wpun sbesar zarah.. cuma cara kita handle ego tu yg membezakan kita.. sb tu kita digalakkan utk bersederhana (qanaah-btulkan klu slh) dlm khdpn, jgn terlalu bgga klu dapat 1’1 kejayaan. bersyukur dgn ape yg ade, xmustahil, wpun skrg kita diatas, dlm 1 tmpoh yg akn dtg kita akn jatuh ke bwh juga.. istighfar jalan terbaek.. moga kita sume dijauhkan dari segala sifat yg negatif.. ameen~

    ‘nice example.. :p

    1. Terima kasih kepada saudari..

      Ya, dalam kehidupan kita, khusus sebagai seorang Mukmin, haruslah menjadikan kehidupan kita bersederhana. Namun, apa yg lebih penting dalam artikel ini, yg sy cuba bawa ialah sejauh mana kita maintain dengan potensi kita, dengan ego yg terkawal, utk terus maju ke hadapan. Jalan yg kita tempuh panjang, penuh liku dan ranjau. Maka, seseorang Mukmin itu perlu senantiasa ada Momentum yg mengekalkan mereka dalam jalan jauh ini..agar terus kekal, kuat dan utuh dalam perjuangan. Bukan sampai sekerat, maka berpatah balik dan tewas di pertengahan jalan. Wa’Allahualam..

  2. Salam. Artikel yang baik dan memberi kesedaran dan makna yang kadang2 tak sedar, izinkan saya copi artikel ini?

    1. Silakan saudara, sebaiknya saudara letak alamat blog sy sekali ya sbg rujukan asal. Sebaran seperti ini adalah sangat di alu2kan…

      Terima kasih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s