Kembara ke Johor (Bahagian 1)

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk meneruskan usaha kerdil aku ini. Sudah hampir sebulan aku tidak menulis dek kerosakan internet ku di rumah sewa di Nilai. Namun, atas kobaran hatiku yang tidak padam-padam dalam diriku, akan ku teruskan usaha kecil ini untuk anda semua.

Selama saat aku tidak menulis di alam maya ini, banyak kejadiaan dan ibrah yang ku perolehi dalam kehidupanku ini. Soal masa depan, kerja, nikah, dakwah, tarbiyyah, ukhwah, ummah dan macam-macam lagi yang menyelit dalam minda aku. Semua nya dalam satu kepala. Dan semua ini perlu ku susun, atur, agar perkara ini nampak kemas dalam minda. Tidak tergopoh-gopoh dalam mencapai semua perkara. Biarlah semua ini hadir satu persatu dan disempurnakan mengikut kesediaan aku menghadapi perkara tersebut.

Pada 4 Julai (Ahad) yang lalu, aku bersama Ustaz Azizee Hasan (YDP ISMA Seremban), Abang Omar Kassim (S/u ISMA Seremban), Ustaz Sod, Julaibeeb, dan anak-anak Ustaz Azizee serta Abang Omar telah mengadakan satu kembara atau lebih tepat lagi menziarahi rakan dakwah kami. Johor. Itulah destinasi kami. Mula perjalanan kami ialah di Seremban, seawal pagi hari kami bertolak. Setelah mengambil Julaibeeb di rumah, kami bertolak ke Kuala Pilah untuk mengambil Ustaz Sod pula. Sebenarnya, masih ramai yang nak ikut. Namun atas urusan yang tidak dapat dielakkan, akhirnya kami bersembilan (termasuk anak-anak Ustaz Azizee & Omar) sahaja yang dapat ikut sama.

Perjalanan sebenar ke Johor bermula dari Kuala Pilah, tanah penuh adat perpatih. Mungkin satu-satunya daerah yang masih segar dengan adat perpatih. Selesai bersarapan, kami mulakan langkah kami ke destinasi pertama kami dalam Ziarah ini ke Mersing, rumah Hazrin. Perjalanan mengambil masa 3-4jam untuk tiba di sana. Sepanjang perjalanan inilah, banyak yang dibincangkan antara kami. Topik utama sudah tentu dakwah dan metodologinya. Dakwah melalui media dan pendidikan. Aku sedar kini bahawa betapa impak yang besar kepada Dakwah Islam ini sekiranya kita pegang Media dan Pendidikan. Inilah metodologi yang sudah lama dipegang oleh musuh-musush Islam. Hingga kita hampir menjadikan ia sebagai darah daging kita. Maka, disinilah perlunya tarbiyyah.

Ketiadaan Media yang betul-betul Islamik dan Pendidikan yang berteraskan sirah nabawiyyah menyebabkan ramai muda-mudi kita masih dihanyutkan dengan media yang menyesatkan kita. Lihat sahaja program-program realiti hiburan yang melimpah ruah dalam media kita. Hingga saya pernah terdengar dahulu tentang cita-cita seorang budak kecil, tak masuk sekolah rendah lagi, sudah bercita-cita untuk menjadi artis tersohor. Sudah hilang cita-cita dalam minda anak-anak kita untuk menjadi seperti Solahuddin Al-Ayubbi, Sumayyah atau Umar al-Khattab! Semua nak jadi seperti Datok Siti Nurhaliza, Syahir AF atau ramai lagi artis kita. Maka, siapa pula nak jadi seperti Imam as-Syafie?

Sepanjang perjalanan itu, aku tahu bahawa banyak perkara yang perlukan tindakan yang hakiki bukan lagi fantasi. Dulu, aku hanya boleh berangan-angan sahaja. Namun, hari ini aku nampak bahawa perkara ini perlu diterjemahkan ke alam realiti agar selepas ini, generasi yang mendatang akan sedar dan kembali ke atas Jalan-Nya. Semua ini perlukan langkah awal, langkah bermula tepatnya. Resolusi pertama yang diperolehi dalam kembara ini:

“Memartabatkan Media dan Pendidikan Islam sabagai satu Realiti.”

Sedar tak sedar, kami pun tiba ke destinasi pertama kami, rumah Hazrin. Wah, cantik dan kemas rumahya. Teringin sangat nak mempunyai rumah seperti Hazrin, mungkin satu hari nanti. Tibanya kami di rumah Hazrin dengan sambutan hangat daripada beliau. Mungkin sederhana, tapi cukup bermakna buat kami. Sejurus kami melepaskan lelah kami di atas sofa yang disediakan, minuman tiba untuk menjamu kami. Bapa Hazrin, En. Zainal cukup mesra dengan kami dengan layanan beliau. Tidak hilang idea untuk berbual dengan kami. Aku hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Mungkin ada yang tersirat ketika ku mendengar perbualan mereka.

Ustaz Azizee (kanan) dan Ustaz Sod.
En.Zainal, bapa Hazrin.

Ternyata layanan mereka kepada kami tidak terhenti dengan minuman sahaja. Kami juga dijamu dengan masakan kampung yang telah disediakan oleh mereka kepada kami. Berselera sungguh gerombolan kami. Lama tak makan masakan kampung ni. Asyik makan makanan bandar katakan. Selepas makan, kami berehat seketika untuk mendapat tenaga bagi perjalanan seterusnya sambil itu kami dijamu dengan buah durian pula oleh Hazrin. Katanya;

“Ini durian jatuh kat belakang rumah ana. Masih ada yang berbuah dan jatuh. Rezeki antum jugak ni.”

Masakan Kampung di Mersing (mungkinkah?).

Terima kasih, Hazrin. Layanan dan kemesraan ini tidak mungkin aku perolehi sekiranyan bukan kerana ukhwah. Apatah lagi ia lebih bermakna sekiranya terjalin untuk mencapai matlamat yang sama iaitu MardhotiLLah!

Penulis bersama rakan-rakan Kembara Johor.

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara…” ( Al-Hujurat: 10 ).

Kita sambung lagi selepas ini…

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN EMPAT

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

4 thoughts on “Kembara ke Johor (Bahagian 1)

    1. Maaf la..xkan nak singgah umah ko tiba2..
      ini semua adalah perancangan ustaz ku yg terchentašŸ˜€..xpa, ekau buek kenduri kawen nanti, den datang yer..

  1. yela…bila la gak nye nk tggu ko dtg umh aku..
    kawen??..emmm..insyaallah nnti aku jmput sume..
    kite merancang,Allah tentukn…harap sume brjalan lancar..
    hope soo…

    1. Bereh saudari. Eden akan merancang yg terbaek utk datang ke rumah ko. Nantikan bahagian keduašŸ˜€

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s