Kembara ke Johor (Bahagian 2)

Julaibeeb dan Hazrin, senyuman yang akan ke Mesir.

Alhamdulillah, bertemu kita dalam bahagian yang kedua.

Perjalanan kami diteruskan selepas selesai bersalaman dan memberi kata-kata semangat kepada saudara Hazrin yang akan menyambung pangajian beliau ke Universiti Al-Azhar pada bulan Ogos ini. Kami bergerak keluar dari rumah saudara Hazrin pada pukul 2.50 petang dan menuju pula ke rumah saudara kami yang kedua iaitu saudara AD b. Satiman. Kali ini, kami akan memotong Johor untuk tiba di rumah AD. Memotong? Ya, hal ini kerana rumah Hazrin tadi berada di Mersing iaitu di sebelah tenggara Johor, berhampiran juga dengan Laut China Selatan, manakala rumah AD berada berdekatan dengan Selat Melaka. Jauh bukan? Tapi banyak panaroma yang boleh di saksikan.

Sepanjang perjalanan dari Mersing ke Batu Pahat, memang tidak terhinga kecantikan dan keunikan ciptaan Allah di tepi jalan sehinggakan mata ku layu sendirinya dek kerana terlalu indah ciptaan Allah. Kadang-kadang sedar dan kadang-kadang terjaga aku. Tajuk utama dalam perjalanan kali ini ialah mengenai keunikan layanan orang Jawa ke atas tetamu yang ziarah ke rumah mereka. Salah seorang dalam kelompok ini ialah saudara AD Satiman. Ustaz Azizee terus menerus menceritakan kebaikan dan keringanan tangan kaum Jawa ini dalam melayan tetamu. Makanan jangan dipersoalkan, sentiasa ada sahaja setiap kali tetamu hadir. Tambahan lagi, sebelum tetamu mereka pulang, pasti ada buah tangan yang hendak diberikan oleh mereka.

Sedar tak sedar kami sudah tiba di Bandar Batu Pahat. Kami berhenti solah di salah sebuah masjid di bandar tersebut (maaf, saya tak perasan nama masjid tersebut, yang pasti tepi jalan besar). Kami jama’ takhir dan menguruskan diri mana yang patut sebelum tiba di rumah AD. Inilah adab kita- sentiasa kemas ketika mana jua anda berada, lebih utama apabila kita nak hadir ke rumah seseorang. Sebagai seorang Muslim, menjadi satu tuntutan kita untuk bersederhana dalam penampilan namun biarlah ia menampakkan diri Muslim kita itu satu yang realiti iaitu dengan kemas dan beradab. Perkara inilah kadang-kadang kita lupa. Pada satu masa kita berhias bagai nak rak dan satu masa yang lain kita berhias macam tak nak hias pula. Bolehkah begitu?

Setelah menyambung perjalanan hampir 30minit, kami tiba di rumah AD. Kami di sambut oleh AD dengan senyuman yang hampir sebulan kami tak kelihatan di Seremban. Bagitu juga dengan bapa beliau, En. Satiman. Kami dijemput masuk ke dalam dan ketika itulah masing-masing merasa kagum. Kagum dengan sesuatu. Rupa-rupanya ayah beliau merupakan pembuat bakul-bakul dari kertas surat khabar terpakai. Kreatif bukan? En. Satiman merupakan antara pembuat bakul-bakul dari surat khabar untuk mencari sumber pendapatan. Apabila difikirkan kembali, pekerjaan En. Satiman itu merupakan satu inisiatif sendiri untuk menyara hidup. Lebih menarik, Rasulullah s.a.w juga sangat suka kepada mereka yang membuat sesuatu pekerjaan dengan tangan mereka sendiri.

Ustaz Sod membelek bakul buatan dari surat khabar.

Maka di situ lahirlah semangat untuk bekerja dengan tangan sendiri. Menggunakan segala kemahiran yang ada dalam diri kita untuk diri kita serta ummah kita. Setiap daripada kita punyai kelebihan masing-masing dan melalui kelebihan inilah kita akan bantu mana yang kurang pada saudara kita. Oleh itu, resolusi kedua yang aku dapat dalam kembara ini ialah:-

“Bekerja sendiri sedaya upaya dengan kemampuan diri. Tidak bergantung kepada orang lain seratus peratus. Mana yang kurang kita bantu mereka.”

Selesai menjamu selera di rumah AD, kami mula mengemas diri untuk persiapan pulang ke Negeri Sembilan. Tidak terhingga ucapan kami terhadap AD dan keluarga mereka atas sambutan hangat yang diberikan kepada kami. Aku mendapati banyak yang diperolehi dalam kembara ini. Sebelum pulang, kami bergambar tanda kenangan kami bersama mereka. Tidak dilupa juga, buah tangan daripada mereka. Terima kasih semua!

Penulis bersama ahli rombongan serta ibu dan ayah AD.

Dalam perjalanan pulang, kami dihiburkan dengan nyanyian nasyid oleh anak-anak Ustaz Azizee dan Abang Omar. Sangat bersemangat dan tersentuh. Rata-rata umur mereka sangat muda dan bawah 10 tahun. Namun, mereka sudah bernasyid ‘Palestin’ dan juga nasyid rohani. Semua itu sudah tentu bermula dari didikan di rumah. Siapa pula yang mendidik mereka di rumah? Sudah tentu ibu dan ayah mereka. Aku sedar. Sebelum aku mengambil keputusan yang lebih jauh lagi dalam kehidupan ini, aku perlu korek segala khazanah didikan Islam terhadap anak-anak yang telah di lalui oleh mereka yang sudah lama dalam bahtera keluarga dan juga mutiara-mutiara yang telah ditinggalkan oleh para ulama’ untuk di amalkan apabila sudah berkeluarga nanti. Aku mesti bertindak mulai sekarang!

Akhirnya, aku begitu bertuah dalam kembara ini. Bukan ahli rombongan lain tidak bertuah, tetapi tuah yang aku rasa hanya akan aku dapat sekiranya aku mengikuti kembara ini. Jika awal-awal lagi aku menolak untuk menyertai kembara ini, mungkin aku tidak diberi kesempatan seperti ini untuk menimba segala yang baik dalam kembara ini. Allah Maha Hebat perncangan-Nya! Moga hidup terus thabat dalam kehidupan penuh onak dan duri ini.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN EMPAT

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

One thought on “Kembara ke Johor (Bahagian 2)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s