Ramadhan bukan meLEMAHkan kita!

Jom cari Lailatul Qadr

“Dan sungguh, Allah telah menolong kamu dalam Perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itulah bertakwalah kepada Allah, agar kamu mesnyukurinya.” ( Ali-Imran: 123 ).

Anda merasa lemah ketika berpuasa? Pernah anda hayati kisah agung di zaman Rasulullah s.a.w sewaktu Ramadhan mereka? Saya pasti sekiranya anda menghayati dan mengambil pelajaran darinya, anda akan merasa diri anda bukan lemah sebenarnya, cuma dipengaruhi pemikiran sempit di minda kita.

Alhamdulillah, sehingga hari ini kita masih di beri kurniaan yang sangat besar dalam kehidupan kita, iaitu Iman dan Islam. Sehingga hari ini juga, kita masih di beri kesempatan oleh Allah s.w.t untuk terus beribadah kepada Allah khususnya buat 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Ameen. Sesungguhnya menjadi tuntutan kepada kita untuk memberi sepenuh hati dalam ibadah kepada Allah dalam 10 malam terakhir. Ini bukan bermakna selepas berakhirnya bulan Ramadhan ini maka berakhirlah segala-galanya ibadah yang pernah kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini. Akan tetapi, madrasah Ramadhan ini merupakan satu institusi khas yang melatih diri kita untuk terus istiqamah dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Namun, seringkali Ramadhan menjelma di hadapan kita, pasti ada segelintir di kalangan kita akan memikirkan perkara-perkara yang menyusahkan ketika menjalani puasa Ramadhan ini. Bertarawikh, bangun sahur, puasa dari makan minum, bekerja atau belajar di siang hari dan akhirnya berbuka. Pendapat sebegini merupakan pendapat daripada golongan yang tidak menghargai Ramadhan, malah mungkin mereka akan merosakkan Ramadhan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Ketahuilah bahawa semua ibadah yang terdapat dalam bulan Ramadhan ini akan dilipat gandakan ganjarannya dari kebiasaan kita dalam bulan-bulan yang lain. Semua di atas juga bukan bermakna kita akan LEMAH dalam menjalani kehidupan harian kita, akan tetapi sebagai seorang Muslim seharusnya menjadi lebih kuat atau bertenaga kerana ketika ini kita tidak terpaut dengan ‘bebanan’ makanan yang besar mahupun berat. Apatah lagi kita juga dikehendaki menjaga segala perbuatan kita agar tidak melampaui batas dalam bulan mulia ini.

Kesedaran kita masih belum kuat. Hal ini dapat dilihat dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-53 yang di sambut dengan ‘ala kadar’ kerana menghormati Ramadhan. Tiada niat saya tidak bersetuju dengan pendapat ini, namun biarlah kisah mulia ini menceritakan kepada kita mengapa Muslim menjadi kuat ketika dalam bulan Ramadhan. Perang Badar- 313 para sahabat r.anhum menyertainya- dalam bulan Ramadhan. Perang agung ini banyak terkandung pengajaran yang sangat berguna kepada semua Muslim untuk menghayati kelebihan Ramadhan di sebalik ceritanya. Bayangkan ketika itu, mereka melawan dengan tentera Musyrikin yang berjumlah 1000 orang dan mempunyai kelengkapan ketenteraan yang cukup sempurna berbanding kaum Muslimin ketika itu. Secara logikanya, kita akan tewas! Namun, Allah itu Maha Adil lagi Maha Menepati Janji-janjiNya. Seperti ayat di atas, Allah terus terang mengatakan kepada kita bahawa ketika itu memang kaum Muslimin dalam keadaan lemah (termasuk dengan berpuasa dan kekurangan fasiliti ketenteraan) dan oleh sebab itu Allah mulakan dengan ayat yang menunjukkan bahawa kaum Muslimin di bantu. Apa yang anda perolehi dari sini?

Ringkas dan padatnya bahawa Allah s.w.t akan membantu setiap kaum Muslimin yang dalam keadaan lemah. Akan tetapi ia bersyarat. Syarat apa? Lalu Allah mengingatkan kepada kita bahawa Allah akan membantu kaum Muslimin yang lemah dan lebih-lebih lagi kepada mereka yang bertakwa (takut) kepada Allah. Nah! Satu unjuran yang selalu kita abaikan dalam ibadah kita. Takwa. Dalam peristiwa Badar ini kita dapat melihat para sahabat tetap tegar dan teguh mempertahankan ibadah puasa mereka dan yang utama adalah iman mereka, sekalipun mereka berhadapan dengan bapa mereka sendiri! SubhanaAllah, takut dan cinta mereka kepada Allah tidak berbelah bahagi. Mahupun mereka di tentang dengan kekuatan tentera yang secara logiknya akan mudah tumbang, namun kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya apabila ketakwaan hamba-Nya itu sungguh utuh di saat itu. Hal ini juga bertepatan dengan falsafah puasa itu sendiri dalam firman Allah s.w.t:-

“Hai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” ( Al-Baqarah: 183 ).

Ibadah yang kita sedang jalani sekarang adalah ingin membantu kita untuk meningkatkan nilai ketakwaan kepada Allah s.w.t. Meyakini akan seluruh arahan dan larangan yang terkandung dalam Al-Quran serta panduan Nabi s.a.w dalam Al-Sunnah. Lebih-lebih lagi semua ini mahu memperlihatkan kepada kita bahawa setiap ibadah yang kita lakukan adalah untuk takut dan tunduk kepada Allah s.w.t. Maka, kehidupan kita yang berpaksikan kepada Islam, agama yang menyembah Allah semata, seharusnya menjadikan setiap kehidupan kita untuk tunduk kepada Allah s.w.t , bukan untuk meLEMAHkan kita. Masa hadapan, Hari Kebangsaan yang setiap tahun kita sambut dan bila tika itu ia jatuh dalam bulan Ramadhan, bukan menjadi alasan untuk membuat ‘ala kadar’ lagi, namun kita memperlihatkan bagaimana kaum Muslimin ketika dalam Ramadhan. Sebelum ini, hanya berjogging di luar bulan Ramadhan, tetapi mungkin saat itu kita tetap melakukan riadhah harian kita seperti biasa, atau mungkin sebelum ini kita minta kepada ‘Boss’ kita untuk kerja sedikit dalam bulan Ramadhan, namun mungkin saat bila kita faham nanti, kita tetap seperti hari-hari biasa dalam kehidupan kita. Malah produktiviti kita masa itu lebih hebat berbanding bulan lain. Ameenn.

Akhirnya, segala apa yang kita lakukan, solah, puasa, zakat mahupun menunaikan Haji, matlamat yang Allah cuba sampaikan kepada kita hanya satu- Takwa. Kehidupan kita yang memegang pilar-pilar Islam dengan utuh itu sudah semestinya akan tetap menciptakan takwa dalam hati kita. Mungkin saat ini kita tidak boleh jadi seperti Sa’ad b. Muadz, atau Abdullah b. Al-Jarrah, tetapi kita sematkan hati kita yang baki Ramadhan kali ini akan cuba yang terbaik untuk dimanfaatkan, agar bekalan takwa kita itu sentiasa berkekalan hingga ke akhir hidup kita.

Selamat Beramal!

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN EMPAT

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

One thought on “Ramadhan bukan meLEMAHkan kita!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s