“Saudara, sesungguhnya Allah itu dekat”

 

Ya, Tuhan itu dekat. (Credit to Galeri Ilmu)

 

Ya, Allah itu amat dekat dengan kita. Cuma sedar atau tak sedar sahaja oleh kita.

Seringkali kita mengeluh apabila kita ditimpa dengan ujian dalam kehidupan kita. Diri kita seakan-akan tidak mampu untuk menanggungnya. Tapi, pernahkah minda kita terfikir kenapa ya, kita terpilih untuk menggalas beban tersebut? Pernah tak dalam benak kita yang sebenarnya bebanan diberikan ke atas kita, kita boleh selesaikan? Saya pasti ramai di kalangan kita tidak terfikir ke arah itu. Namun, Allah s.w.t itu sayang akan kita. Jom hayati ayat ini:

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

Ya, Allah itu tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu dipikul oleh kita.

Segala apa yang diberikan Allah kepada kita, hanyalah bebanan yang kita mampu pikul. Tapi, ada juga di kalangan kita merintih kerana tidak mampu untuk memikulnya. Oleh itu, Allah mengajar kita berdoa kepadaNya, mengadu kepadaNya, menyungkur kan diri di atas tikar sejadah… :

 

Allah Maha Mendengar

 

“…(Mereka berdoa);’Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami salah. Ya tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, jangan engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.” (Al-Baqarah: 286)

Semua ini menunjukkan kepada kita bahawa Allah itu dekat. Hanya kita, sama ada kita mahu mendekati Allah mahupun tidak. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Tiada masalah tanpa penyelesaian. Anda harus berdiri sebagai sosok yang mencintai Islam sepenuhnya. Tidak lagi sekadar tepian sahaja, tetapi seluruh lautan Islam itu kita renangi. Faham, Ikhlas dan Amal. Demikian hidup kita sebagai Muslim di muka bumi ini.

Sekiranya kita faham tabiat kehidupan ini, pasti kita akan menanam sabar dalam menempuh setiap dugaan. Manakala keihklasan hati akan menjamin ketekalan hati kita atas jalan Islam itu sendiri dan amal akan melahirkan buah nan indah dari kefahaman dan keikhlasan dalam kehidupan seorang Muslim.

Lihatlah firman Allah di bawah yang menunjukkan kepada kita bahawa Allah itu amat dekat ketika kita dalam kesusahan:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapeteka dan kesengsaran, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya;’Bilakah pertolongan Allah akan tiba?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)

 

Pening memikirkan masalah? Ingat, Allah itu dekat.

 

 

Rasul dan para sahabat juga tidak terelak dengan ujian daripada Allah. Kenapa? Kerana Allah mahu semua hambaNya akui bahawa tiada siapa yang mampu menyelesaikan ujian itu melainkan dengan bantuan Allah. Bahkan, orang bukan Islam juga memohon pertolongan “tuhan” mereka dalam menempuh ujian mereka. Hal ini kerana kuasa seorang hamba tidak mungkin akan mengatasi Penciptanya. Sama sekali tidak!

Ayuh, saudara! Ketahuilah Allah itu amat dekat dengan kita…

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI

MAHASISWA TAHUN EMPAT

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

5 thoughts on ““Saudara, sesungguhnya Allah itu dekat”

    1. Terima kasih, qainah.

      InshaAllah, usaha2 kerdil ini akan diteruskan agar bermanfaat bagi Ummah kita. Nak dibandingkan dengan Ulama atau para Sahabat zaman dahulu, adalah sangat bezanya, tapi apa yg penting kita ada usaha untuk mengajak rakan2 mahupun keluarga kita kenal akan Islam itu sendiri…

      Syukran..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s