Hebahan: Konvensyen Memperingati 500 tahun kejatuhan Empayar Melayu Melaka

 

Bersama kita kenali kegemilangan bangsa Melayu Islam kita.

Advertisements

2011.01.01

Kaki Gunung Angsi

Cantik bukan nombor di atas? Rasa-rasa apa yang anda lakukan ketika itu?

Menanam azam baru? ‘Family Day’ bersama keluarga? Menyambutnya dengan rakan-rakan di Dataran Merdeka?

Agak-agak ada tak dikalangan pembaca budiman sekarang, berjaya menakluk ‘gunung’ pada tarikh tersebut? Mungkin ada dan mungkin juga tidak.

Nombor di atas merupakan tarikh ‘cantik’ pada permulaan tahun 2011, setelah kita meninggalkan tahun 2010 yang penuh suka dan duka. Aku melihatnya pada perspektif berbeza (dan mungkin juga sama dengan anda). Ketika ini, pasti ramai di kalangan kita akan menanam azam yang begitu tinggi untuk tahun 2011 ini. Dan sudah pasti azam itu ialah untuk kebaikan diri sendiri. Tapi, pernahkah anda terfikir yang kita hidup di bumi Allah ini bukan hanya kita seorang sahaja? Kita ada ayah ibu, ada sanak saudara, kawan-kawan, guru-guru kita serta ramai lagi manusia yang hidup bersama atas muka bumi ini. Continue reading “2011.01.01”