2011.01.01

Kaki Gunung Angsi

Cantik bukan nombor di atas? Rasa-rasa apa yang anda lakukan ketika itu?

Menanam azam baru? ‘Family Day’ bersama keluarga? Menyambutnya dengan rakan-rakan di Dataran Merdeka?

Agak-agak ada tak dikalangan pembaca budiman sekarang, berjaya menakluk ‘gunung’ pada tarikh tersebut? Mungkin ada dan mungkin juga tidak.

Nombor di atas merupakan tarikh ‘cantik’ pada permulaan tahun 2011, setelah kita meninggalkan tahun 2010 yang penuh suka dan duka. Aku melihatnya pada perspektif berbeza (dan mungkin juga sama dengan anda). Ketika ini, pasti ramai di kalangan kita akan menanam azam yang begitu tinggi untuk tahun 2011 ini. Dan sudah pasti azam itu ialah untuk kebaikan diri sendiri. Tapi, pernahkah anda terfikir yang kita hidup di bumi Allah ini bukan hanya kita seorang sahaja? Kita ada ayah ibu, ada sanak saudara, kawan-kawan, guru-guru kita serta ramai lagi manusia yang hidup bersama atas muka bumi ini.

Maka, kita tidak keseorangan.

Tarikh cantik di atas bukan semata-mata nak menarik anda membaca entri kali ini, tetapi mahu membuka minda aku dan juga anda untuk lihat dari tingkap yang berbeza. Allah itu adalah sebaik-baik perancang dalam perancangan-Nya. Pada tarikh tersebut, aku telah menyertai satu Mukhayyam (perkhemahan) yang dijalankan di kaki Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mungkin ada yang tertanya-tanya, “Buat apo ko naik gunung waktu tahun baru tue? Kan elok bersama keluarga?”. Itu sebab aku mahu anda semua lihat dari tingkap yang berbeza. Pada mulanya, aku sekadar mahu mengisi masa lapangku di tahun baru dengan cara yang berbeza (sebelum ini hanya duduk di rumah je!). Namun, setelah aku menyertainya dan berjaya menamatkan mukhayyam tersebut semalam, aku merasai perbezaannya!

Mungkin selama ini kita hanya dimomokkan dengan menulis azam tahun baru di atas satu lembaran kertas ataupun menaipnya di papan kekunci komputer, seterusnya mencetak untuk dilekatkan pada cermin mahupun pintu bilik kita sendiri supaya kita mudah melihatnya setiap hari. Tapi, adakah anda berjaya mencapai azam tersebut pada tahun itu? Ada yang berjaya, namun sedikit kerana kebanyakan kita gagal mencapai azam tersebut. Tetapi, itu bukan alasan kita untuk tidak mencari kaedah lain bagi merealisasikan azam baru itu. Maka, aku merasainya dengan salah satu kaedah yang aku rasakan kita semua boleh buat!

Praktikal! (bukan latihan indutsri) Apa yang aku cuba maksudkan di sini ialah kita cuba melaksanakan sesuatu perkara yang boleh mendorong diri kita untuk memahami azam yang kita buat dan fahami kenapa azam tersebut perlu berjaya untuk tahun itu. Contoh; Aku ingin menunaikan Solah Subuh berjamaah di Masjid setiap hari. Secara logiknya anda perlu katakan ‘aku kena bangun awal, baru boleh pi‘. ‘Baru boleh’ itu seakan-akan 50-50 dengan apa yang cuba kita jayakan di sini. Bagaimana mahu merealisasikan? Ya, praktikal. Dengan perkataan ‘Mesti’ bangun awal sebelum Subuh, anda pasti akan berjaya laksanakan, kerana perkataan tersebut memberi satu impak yang anda sendiri boleh lakukan, bukan kerana orang lain.

Maka, mengapa perlu ia berjaya? Mari lihat dengan lebih jauh lagi. Dengan bangun sebelum subuh, sudah pasti kita ada masa ‘bersendirian’ dengan tuhan kita bukan? Mengadu dan menangis mohon keampunan daripada Allah ketika saat itu. Selepas itu, apa lagi? Mungkin juga selepas Subuh kita punyai masa untuk berzikir mahupun membaca Al-Quran bagi menguatkan minda kita. Dan sudah pasti pagi yang dimulakan dengan perkara baik, akan menghasilkan pengakhiran yang juga baik, InshaAllah (Ingat! Semua juga boleh berubah- kita hanya merancang, bukan kita tentukan). Natijahnya, dengan pemahaman yang baik pada azam anda dan anda tahu kenapa anda perlu jayakan akan merealisasikan azam anda itu.

Menyentuh mukhayyam tersebut, aku dan rakan-rakan diberi peluang bersama-sama untuk menakluk Gunung Angsi. Ada juga di kalangan kami diberi tugasan untuk memberi pengisian berkenaan kisah para sahabat r.anhum sepanjang tempoh pendakian tersebut. Aku melihat sesuatu yang baru untuk aku hayati kisah para sahabat r.anhum dengan menggabungkan cabaran pendakian gunung tersebut. Aku rasakan ia lebih dekat berbanding kita sekadar mendengarnya dalam kuliah-kuliah di masjid atau surau atau di kaca mata televisyen. Bukan berniat untuk meragui pengisian di Masjid, malah saya yakini pengisian di Masjid pasti lebih banyak dan informatif. Cuma, bentuk penyampaian yang disampaikan secara ringkas dengan mengikut tema pendakian (yang sudah tentu susah!) mungkin boleh membantu aku dan rakan-rakan memahami kehidupan generasi awallin dengan lebih dekat dan praktis.

Ya, memang aku dan rakan-rakan ku menghadapi kesukaran untuk ‘menakluk’ Gunung Angsi tersebut. Ada rakanku yang tidak alami masalah sepanjang pendakian tersebut dan tidak kurang juga yang sukar untuk melaluinya. Apa yang pasti, kami semua berjaya menakluk gunung tersebut. Tiba di puncak, seakan-akan merasa puas kerana berjaya, namun sekejap kemudian perasaan lemah dan insaf memenuhi diri. Kenapa ya? Rakanku yang paling lewat tiba banyak memberi pengajaran kepadaku. Hikmahnya, selemah mana kita dan sekurang mana diri kita dalam beribadah kepada Allah (matlamat kita yang utama!) akhirnya kita akan berjaya mencapainya SEKIRANYA kita semua langkah satu persatu, walaupun perlahan tetapi ISTIQOMAH! Macam senang ya? Apa kata aku beri cabaran kepada anda untuk mendaki mana-mana gunung di Malaysia, dan cuba kaitkan dengan kehidupan kita- boleh?

Sedar tak sedar juga, aku dapati bahawa pendakian tersebut boleh aku gambarkan dengan kegemilangan Islam yang bermula semasa keRasulan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w bermula dengan perlahan (menamam Akidah para sahabat) di Makkah, sabar atas segala halangan daripada Musyrikin Makkah (dakwah terbuka), terus bersabar sehingga menerima arahan untuk berhijrah ke Madinah kerana Allah, berhijrah, membina persaudaraan sebagai batu asas negara, menyusun dan membina manusia, menghasilkan perlembagaan yang adil, bertahan daripada pihak Musyrikkin, berperang untuk meluaskan kebenaran dan akhirnya memimpin dunia dengan keadilan dan kebenaran Islam. Apa yang pasti, setiap permulaan pasti kita akan terima kesusahan terlebih dahulu. Selepas itu, kesabaran adalah kunci bagi diri kita untuk melangkah ke tahap seterusnya.

Aku tidak mahu isti’jal (terburu-buru) dalam mencapai azam mahupun matlamat aku. Demikianlah pengajaran yang paling berguna bagi ku selepas menyertai mukhayyam. Biar langkah ku perlahan, tapi asalkan teratur. Biar matlamat yang aku dan anda ingin capai itu besar, tapi dilakukan secara komited dan konsisten. Rasullu Amin s.a.w telah mengajar semua kita fasal perkara di atas. Pelajari sirah baginda s.a.w supaya kita betul-betul atas landasan yang baginda s.a.w gagaskan kepada kita. Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada natijahnya dan jadikan natijah perkara yang kita lakukan boleh menyempurnakan azam kita nanti.

Ya, ingat juga kawan-kawan pembacaku sekalian, azam itu bukan kita perlu menunggu sehingga tahun baru, malah setiap saat dan setiap hari, Allah akan berikan peluang untuk kita tanamkan azam baru dan untuk kita capainya, InshaAllah.

“Sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan Niat” (Muttafaqun Alaih)

Moga berjaya aku dan kau untuk capai azam yang kita tanamkan!

MOHD NOR ADZIM SHAARI

MAHASISWA TAHUN EMPAT

FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Advertisements

4 thoughts on “2011.01.01

    1. Ya, sungguh indah. Semakin indah pabila memegang matlamat yg sama.

      JazakaAllahu khoiran kathira atas kesudian antum semua ke N.Sembilan. Mungkin selepas ini giliran kami pula ke Gombak! 😉

    1. InshAllah, dalam perancangan untuk buat perkongsian. Cuma, masih tidak jumpa idea untuk bermula dari mana. Akan diusahakan dan berkongsi dengan para pembaca sekalian..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s