Sekiranya susah mengubah orang lain…

Nak ubah sesuatu? Ubah dulu diri kita!

Umat Islam kini diuji dengan pelbagai mehnah dan dugaan. Umat ini juga berada dalam kebingunggan dan kecelaruan pemikiran. Merasa diri sangat lemah dan sesat di dunia ini. Sehinggakan umat ini hidup tanpa tujuan hidup lagi. Kebanyakan ‘orang’ dalam umat ini meletakkan tujuan hidup mereka ke arah nafsu yang tidak terkawal. Maka, berlakulah sana sini keruntuhan akhlak di kalangan umat ini..tiada lagi takut kepada Allah, tiada lagi segan untuk melakukan maksiat, malah sudah hilang rasa kasih dan sayang sesama mereka dalam umat ini..ah, pilunya ini semua.

Namun, umat ini tidak pernah berputus asa. Tidak pernah mengalah. Sejarah sudah pun tercipta pada tahun ini. 25 Januari 2011 adalah detiknya. Detik yang seharusnya menjadi pembuka hati-hati yang tertutup lama. Lena dan berpangku tangan di negeri sendiri. Tidak berbuat apa-apa. Akan tetapi, pada tarikh ini, lena tadi terurai. Tertancap matanya dengan peristiwa ini, malah seluruh dunia terpanar kerana suara itu. Jutaan umat ini bangkit dan melaungkan suara mereka..dan kebanyakan mereka adalah belia remaja! Akhirnya, tersurat kepada kita bahawa umat Mukminin merupakan umat yang kuat dan mulia kerana agama..sehingga hari kiamat nanti!

Akan tetapi saudaraku, adakah mereka itu bangkit secara tiba-tiba di tengah kemelut umat ini? Tidak! Sudah pasti mereka memulakan dengan satu suara serta langkah yang sama. Dan sudah pasti mereka memulakan dari bawah, daripada seorang bayi hingga kepada seorang belia yang memahami keadaan dunia ini. Mereka tidak terus dilahirkan menjadi seorang belia yang penuh kesedaran dalam diri mereka, mereka di didik dari bawah. Ya, dari kecil! Mereka telah memahami firman yang agung dalam Al-Quran al-Karim untuk mengubah nasib mereka sendiri:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah keadaan diri mereka sendiri” (Ar-ra’d: 11)

Ayat ini telah menggerakkan diri mereka untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan diri mereka. Ya, inilah syarat yang Allah s.w.t turunkan kepada kita dalam usaha untuk mengubah keadaan kita. Di mana ada kesusahan pasti ada jalan! Jika diri kita merasa lemah dan tidak mampu untuk mengajak masyarakat sekeliling kita untuk berubah ke arah hidup Islami, maka Allah memberi kita jalan yang mudah untuk kita lakukan dahulu iaitu Merobah diri sendiri ke arah hidup yang lebih baik. Mengubah segala yang buruk atau yang bertentangan dengan cara hidup Islami dalam kehidupan kita ke arah lebih menghayati dan mengamalkan kehidupan Islam yang syumul.

Mulakan daripada diri kita dahulu, jika kita merasa sukar dalam melakukan sesuatu untuk ummah. Bangunkan diri kita untuk menjadi lebih baik agar dengan perubahan yang kita lakukan pada diri kita sedikit sebanyak akan memberi perubahan untuk ummah. Bayangkan saudaraku sekalian! sekiranya semua antara kita berazam untuk berubah ke arah kebaikan, maka sudah pasti kebaikan akan hampir dengan kita. Dan bayangkan apabila kebaikan sudah banyak tertanam pada diri kita, sudah pasti Allah akan menunaikan janji-Nya kepada kita dengan membantu kita!

Oleh itu saudaraku, sekiranya anda merasa susah untuk mengubah orang lain, apakata kita sama-sama berubah bermula daripada diri kita sendiri?

“…sehingga kaum itu mengubah keadaan diri mereka sendiri” (Ar-ra’d: 11)

 

 

2 thoughts on “Sekiranya susah mengubah orang lain…

  1. Tahniah akhi. Ana amat bersetuju, jika setiap orang dari kita memperbaiki diri sendiri kita semakin hampir dengan kejayaan. Perubahan berlaku dengan diri sendiri. Setuju 200%

    1. JazakaAllahu khoir, akhi. Sedaya upaya kita ubah pemikiran dan mantapkan amalan sebagai seorang Mukmin. Mungkin masa yg diambil adalah sangat panjang, namun hasil perubahan itu akan membawa kita ke arah kehidupan yg lebih Mulia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s