Catatan 2: Kembali Bercinta!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah s.w.t, tuhan semesta Alam. Setelah menyepi selama hampir 3 tahun daripada hidupku, ‘engkau’ kembali mencurahkan bakti serta cinta untukku. Ku sangkakan ‘engkau’ tidak dapat kembali lagi, namun kuasa Allah itu maha besar dan maha luas..bermula daripada niatku untuk cuba merapati kembali ‘engkau’ hingga semalam, 3 Mei 2011, akhirnya ‘engkau’ masih setia untuk diriku. Sungguh ku tak sangka…

Dulu, ‘engkau’ ku bawa ke mari, sana sini ku berjalan bersama dengan ‘engkau’. Namun, selepas ‘engkau’ merajuk denganku, ku sudah tawar dengan ‘engkau’. Adakalanya terasa geram kepada ‘engkau’ kerana sering saja ‘engkau’ buat hal kepadaku..sehinggakan aku mengganasi ‘engkau’. Sedangkan seawal pertemuan kita pada tahun 2006, ‘engkau’ sudah mula rapat denganku tanpa ragu-ragu..dan aku sudah jatuh cinta dengan ‘kau’. Hinggakan ku rasa bahawa ‘engkau’ sudah ditakdirkan bersamaku selamanya.. ‘Kau’ adalah nyawaku!

Akan tetapi, setelah aku mula memasukkan berbagai ‘isi’ untuk ‘kau’, tika itu mula ‘engkau’ memberontak atas diriku ini. Adakalanya engkau ‘OK’ dan adakalanya ‘engkau’ bagai bangkai tidak berguna bagiku. Berbagai cara aku cuba lakukan agar cinta ‘engkau’ kembali segar ke atas diriku. Aku isikan dengan ‘trend’ terkini..aku ‘up-to-date’ ‘kau’ agar tidak ketinggalan sepertimana rakan-rakan ‘kau’ di luar sana..bahkan, aku cuba jadikan ‘kau’ teman terbaikku ketika aku merantau bersama’mu’..

Namun, setelah aku berjumpa dengan yang lebih ‘cantik’ dan ‘up-to-date’, nyatalah aku mula memeinggirkan ‘mu’. Aku sudah mula terpikat dengan yang lebih ‘cantik’ daripada ‘kau’..bahkan aku sudah tidak mengambil peduli tentang’mu’! Pada saat-saat itu, ‘engkau’ telah membayangkan buat diriku bahawa ‘kau’ tidak punyai teman lagi. ‘Engkau’ tahu bahawa dirimu sudah ketinggalan jauh daripada ‘rakan-rakanmu’ ketika zaman ini. ‘Engkau’ merendah diri hingga beranggapan bahawa ‘engkau’ tidak berguna lagi buatku..sedangkan dalam benakku, ku mula merinduimu…

Ya, aku merinduimu..bagai Pungguk rindukan Bulan. Walaupun aku terus leka dengan ‘teman’ku yang baru, dalam diam aku terus mencari jalan untuk menanam kembali cintaku kepada mu. Nyata, usaha ku tidak sia-sia selama ini. Setelah 3 tahun ‘engkau’ ku simpan jauh dari hatiku, kini ‘engkau’ mula menambat semula hatiku ini. Walaupun ‘engkau’ tidak sesempurna dan tidak sehebat dahulu, namun dirimu tidak berputus asa denganku untuk meraih cintaku.. Ya, ‘engkau’ sudah kembali meraihnya…

Ketahuilah, walau diriku ketika ini melebihkan ‘teman’ baruku berbanding ‘engkau’, namun engkau tetap teristimewa bagiku..kerna ‘engkau’ mampu bersamaku tidak kira di mana kita berada, ‘engkau’ akan menghiburkan diriku ketika aku dalam gundah gulana dalam menjalankan tugas luarku..dan ‘engkau’ akan beri terbaik untukku.

Wahai ‘kekasih’ lamaku, ku berjanji akan memanfaatkan ‘mu’ tidak kira di mana jua kita berada..seperti sekarang.. Menyampaikan kisah bahawa ‘barang lama’ jangan dibuang begitu sahaja selagi mana kita tidak mencuba untu meraih ‘cintanya’ semula.

Terima Kasih, ACER ASPIRE 5051! Jasamu tetap dikenang olehku. (2006-hingga sekarang)

'Engkau' yang berjasa

Nota: Cerita di atas dibawa khas untuk anda yang pernah meninggalkan sesuatu ‘barang lama’ dalam hidupnya. Ingatlah! Selagi kita tak tahu ‘barang lama’ itu boleh berfungsi atau tidak, selagi itu kita berhak  mencintainya segenap hati. Aspirasi dari laptop saya yang saya jangkakan tidak boleh digunakan lagi. Namun, selepas menghantarnya kepada salah seorang kenalan saya, saya masih boleh menggunakannya..walau sudah 3 tahun tidak dibuka dan digunakan lagi. Jadi, hargailah segala apa yang diberikan selagi hayat masih ada…

 
MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI
MAHASISWA TAHUN EMPAT
FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

6 thoughts on “Catatan 2: Kembali Bercinta!

    1. Yang itu lain la, sebab anda dah pasti laptop itu tidak boleh digunakan. Jika xpasti, tp terus ketepikan, ibarat kacang lupakan kulit jerla..

    1. Kadang2 bentuk nasihat perlukan puitis bagi mengingat memori yg lama😉

      Syukran atas komen yg diberikan..

  1. wah3…..sangat puitis! den ingtkan ekau beli moto baru… hahaha..upenye laptop…cet! haha.. barang yg lama dan berjasa jgn dilupakan… lagi lama lagi bernilai! =) BAGUS MONO..SATU NASIHAT YANG BAIK…

    1. Terima kasih eman, saja2 nak try berpuitis nie. Jadi ke tak?
      Apa2 pon, teman2 juga ada membantu dalam membina sesuatu perkara itu menjadi puitis. JazakaAllahu khoir kathiran.

      Macam mana di Terengganu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s