A.Z.I.M (Bahagian 1)

Sedar tak sedar saya sudah 4 bulan berada di sini. Di mana? Di A.Z.I.M la..hehe. Mungkin ada yang tertanya kepada saya apa yang istimewa nama A.Z.I.M ini. “Bukan itu nama kau ke?”. Betul, tapi ada keistimewaan lagi selain nama saya sendiri. Azzahrah Islamic Medical Centre atau nama singkatannya juga A.Z.I.M. Saya awal-awal juga terkejut. Tak sangka tempat saya berpraktikal ini ada sinonim dengan saya. Huh, perasaan bangga pun ada pada mulanya. “Popular jugak nama aku nie” riang hati saya berkata.

Pusat Rawatan Islam Azzahrah

Namun, apa yang istimewa sekarang buat saya adalah saya berkhidmat di tempat ini. Saya yakin tempat ini akan memberi 1001 pengalaman, kenangan, pelajaran buat saya semasa tempoh praktikal yang diberikan buat saya.

Pertamanya, sudah tentu anda tertanya dengan saya mengapa pergi buat praktikal di medan perubatan yang amat jauh sekali dari medan perbankan dan kewangan Islam? Ya, saya juga masih mencari jawapannya..dan saya sudah menemuinya. Bagi menjawab persoalan ini, harap semua dapat menerimanya..hehe. Saya ke sini pertamanya kerana pemilik Pusat Rawatan ini adalah seorang Melayu Muslim dan kejayaan beliau dalam bidang keusahawan telah menarik saya untuk belajar dengannya. Saya bercita-cita besar untuk mempunyai syarikat sendiri dalam perniagaan yang saya minati..mungkin ini adalah langkah awal buat saya untuk mengenal liku-liku dalam sesuatu perniagaan.

Kedua, bagi saya, selagi peluang itu hadir kepada kita maka ambillah sepenuhnya untuk mengambil pengalaman yang ada. Pengalaman adalah guru yang paling berkesan dalam mengejar sesuatu impian.  Apatah lagi peluang bersama perniaga yang telah berjaya. Bagi saya juga, mungkin pada peringkat awal ini adalah waktu yang paling sesuai untuk kita mengumpul pengalaman serta ilmu sebelum kita bina perniagaan kita sendiri. Jika kita lihat Nabi s.a.w sewaktu muda, baginda s.a.w terdedah dengan mengembala kambing. Baginda s.a.w bermula dari bawah dengan berjemur, menjaga kawanan kambing, memberi makan dan lain-lain. Akhirnya, dengan pengalaman yang ada tadi, baginda s.a.w diajak oleh bapa saudaranya, Abu Thalib untuk ikut pergi berniaga dan baginda s.a.w menunjukan prestasi yang membanggakan buat bapa saudaranya dalam berniaga. Bukankah agak lari bidang Nabi s.a.w sewaktu usia muda, antara mengembala kambing dan berniaga?

Maka, saya boleh simpulkan di sini secara ringkas bahawa jangan kita takut untuk merobah bidang yang diceburi jika kita rasakan bidang semasa agak menyukarkan kehidupan kita. Saya tidak bermaksud untuk meninggalkan terus ilmu yang pernah kita belajar di Universiti, tapi apa yang saya mahu rakan pembaca sedar bahawa rezeki itu daripada Allah s.w.t dan hanya kuasa Allah sahaja yang menentukan kita di mana. Gunakan ilmu yang kita belajar semasa di Universiti dulu jika dirasakan sesuai untuk kerja anda. Jika tidak sesuai, akan ada pemberi idea untuk anda. Nah! bukan anda dapat dua? Satu dapat praktik ilmu dan kedua jika tak dapat praktik pun, anda dapat ilmu yang baru!!

Namun demikian, saya tidak pula menyarankan pula saudara-saudari melakukan ‘lompatan’ sesuka hati saudara semata-mata melihat kerja yang ‘gah’ serta ganjaran yang besar menanti anda atau nak rasa kerja baru. Tidak! Saya sendiri suka kepada saudara-saudari yang memilih kerja atas minat saudara sendiri kerana ia menjamin kemajuan buat diri anda. Kemajuan diri sendiri akan memacu kemajuan sesuatu bangsa. Jangan dek kerana gaji besar  dan nak rasa ‘kerja baru’, kita gadaikan minat kita untuk perkara tersebut. Takut menyesal tak sudah disebabkan kerja yang ber ‘gaji’ besar, kerja juga berat, mendatangkan beban buat anda, akhirnya buat kerja sekerat hati!

Huh! Panjang lebar pula ‘post’ praktikal saya ini. Ini baru ‘Mukaddimah’ ye saudara-saudari. InshaAllah, akan bersambung pada tulisan akan datang dengan pendedahan yang lebih menarik😉

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI
MAHASISWA TAHUN EMPAT
FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

4 thoughts on “A.Z.I.M (Bahagian 1)

    1. Terima kasih. InshaAllah, episod seterusnya pasti menggemparkan! hehehe…
      Terima kasih kerna menyokong.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s