Selamat Hari Raya

Salam Eid Mubarak!

Taqabal Allahu minna wa minkum

Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Eid Mubarak. Alhamdulillah syukur kita kepada Allah kerana terus memberi peluang buat kita untuk menyambut hari kemenangan ini. Ramadhan yang lalu telah berlalu dengan 1001 pengalaman dan tarbiah buat diri kita. Jangan jadikan amalan dalam bulan Ramadhan terhenti begitu sahaja. Bacaan al-Quran, Qiamullail, Sedeqah, Ziarah menziarahi, Solah berjamaah dan amalan lain tetap diteruskan pada bulan-bulan mendatang. Jadikan Syawal tahun ini satu medan buat kita untuk tetap Istiqomah.

Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan pembaca, teman-teman seperjuangan, guru-guru, senior-senior, kawan-kawan sekerja serta semua yang mengenali diri saya ini. Ramadhan tahun ini banyak mengajar diri ini erti pengorbanan dan kesabaran buat saya. Terima kasih buat semua kerana terus memberi sokongan dan dokongan untuk terus maju. Kepada mereka yang nak ‘serbu’ rumah den nie, jangan lupo bagitau dulu yo. Takut-takut den xdo kek umah 🙂

Jutaan kemaafan dan terima kasih daripada penulis Inilah Aku.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI
PEGAWAI BILLING
CREDIT & CONTROL DEPARTMENT
PUSAT RAWATAN ISLAM AZZAHRAH
Advertisements

Cantiknya si ‘dia’ itu!

Gambar Hiasan

Khas buat rakan-rakanku yang sudah berumah tangga…

Wah, cantiknya si ‘dia’ itu..kerana ‘dia’ mengekalkan kelembutannya yang asli. Dijadikan lembut dan lemah kerana ingin mendinginkan sang suami kelak di alam keluarga nanti. Kelembutannya melahirkan kasih sayang dalam keluarga serta mendamaikan sang suami ketika resah gelisah.

Cantiknya si ‘dia’..kerana ‘dia’ bertutup litup mengikut syariat bukan kerana orang lain. Aurat yang terjaga dikhaskan untuk suaminya yang tercinta sahaja. ‘Dia’ memahaminya bahawa menutup aurat adalah sebahagian ketaatannya kepada Allah, bukan kerana manusia.

Cantiknya si ‘dia’..kerana ‘dia‘ taat dan patuh pada suruhan Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta suaminya. Digambarkan kepada kita bahawa wanita yang dicintai oleh baginda s.a.w adalah seorang wanita yang kuat taatnya kepada agama, Islam.

Cantiknya si ‘dia’..kerana ‘dia‘ hanya memandang dunia ini dengan sebelah matanya. ‘Dia‘ bersyukur dengan apa yang ada padanya dan tidak pula mahu menyusahkan orang lain, lebih-lebih lagi kepada suaminya yang tercinta, untuk memenuhi keinginannya. Menggunakan sebaik mungkin kurniaan yang diberikan kepadanya untuk berbakti kepada suami, keluarga dan agama.

Cantiknya si ‘dia’..kerana ‘dia‘ sentiasa bersama suaminya dalam senang mahupun susah. Dugaan dan cubaan tidak tentu kunjung tiba, dan ‘dia’lah sentiasa di sisi suaminya sebagai teman selamanya. ‘Dia‘ mengetahui bahawa ‘dia‘lah teman paling hampir dengan suaminya serta ‘dia‘lah pembakar obor ketika obor suami malap dalam menitip jalan yang penuh panjang dan berliku ini.

Cantiknya si ‘dia‘..kerana ‘dia‘ pandai mengimbangi perasaan hati dalam hidupnya. ‘Dia‘ mengetahui bahawa tak semua perasaannya perlu diluahkan kepada suaminya, kerana ‘dia‘ bimbangi mungkin sang suami sedang bergelut dengan perkara yang lain. ‘Dia‘ hanya memilih waktu yang sesuai untuk meluahkan kepada suaminya  apabila merasakan perlu dan tidak menggangu urusan suaminya.

Alangkah cantiknya si ‘dia‘..kerana ‘dia‘ sentiasa menyambut suaminya tika pulang ke rumah. ‘Dia‘ menyambut suaminya dengan senyuman terindah buat insan tercinta kerana ‘dia‘ tahu, si suami adalah insan yang dipilihnya untuk kekal hingga ke syurga..dan ‘dia‘ yakin dengan menerima lamaran suaminya sewaktu lafaz sakinah dahulu akan membawanya ke syurga.

Dan cantiknya si ‘dia’…kerana ‘diamengimpikan untuk menjadi isteri buat suaminya di syurga kelak selama-lamanya!

Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin

buat teman-teman saya yang sudah mendirikan Bait al-Muslim (Rumah Tangga Muslim), inilah doa saya kepada anda terutama yang saya tidak dapat hadir ke Majlis Walimah ‘Urus anda.

~ Ustaz Abdullah Hussaini & isteri, Kak Shud & suami, Maysarah & suami, Fatiha Qalbi & suami, Kak Fatimah & suami serta mereka yang tidak dapat saya sebut di sini. Moga dirahmati Allah~

Sakit

Aku sakit

Ya, aku yakin semua antara kita pernah sakit.

Dan demikianlah permulaan Ramadhan aku pada tahun ini. Sakit.

Maha suci Allah, Allah maha mengetahui tiap-tiap hamba-Nya. Pada Ramadhan yang keempat, aku ditakdirkan demam panas yang mencecah 39C. Panas dan menggigil. Pada mulanya aku hanya menyangka demam biasa. Makan ubat demam dan selesai. Namun, jangkaan aku meleset. Continue reading “Sakit”