Sakit

Aku sakit

Ya, aku yakin semua antara kita pernah sakit.

Dan demikianlah permulaan Ramadhan aku pada tahun ini. Sakit.

Maha suci Allah, Allah maha mengetahui tiap-tiap hamba-Nya. Pada Ramadhan yang keempat, aku ditakdirkan demam panas yang mencecah 39C. Panas dan menggigil. Pada mulanya aku hanya menyangka demam biasa. Makan ubat demam dan selesai. Namun, jangkaan aku meleset.

Demam berlanjutan hingga ke petang. Lenguh satu badan. Badan terus menggigil. Aku terus mendail mak dan memaklumkan kepada beliau. Mak juga terkejut. Aku masih berpuasa ketika itu. Mak sudah nasihatkan untuk berbuka agar tidak berlarutan demamnya. Aku berdegil. Allah tetap maha berkuasa. Akhirnya, aku terpaksa berbuka.

3.00 petang, mak ku tiba bersama ayah lalu terus membawa saya ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah, tempat saya bekerja. Dalam kepala sudah berfikir macam-macam. Adakah aku akan dimasukkan ke wad? Tiba di Azzahrah, semua terkejut. Terutama mereka yang bekerja dekat dengan pejabat aku. “Eh? Adzim ka tue?” Seakan-akan mereka berjumpa dengan Adzim yang lain.

Saya diapapah oleh ayah serta dibantu oleh En.Mat, staf teknikal di Azzahrah. Aku terus dibawa ke bahagian kecemasan dan dilayan oleh doktor. “Dah lama demam?” soalan pertama yang ditanyakan kepada ku oleh Dr. Shah Reza. “Baru pagi tadi Doktor, dalam pukul 3.30 pagi”. Aku menjawab dalam keadaan terketar-ketar. Tak tahu kenapa.

Aku dimasukkan air

Aku terus dimasukkan air melalui rongga-rongga tangan kiri ku. Ketika itu, perut pula mula meragam. Sementara Doktor menantikan hasil penemuan darah aku, aku terus dilawati oleh rakan-rakan sekerja ketika itu. “Eh? Adzim..teruknya akak tengok kau. Dalam telefon macam demam biasa, akak pon cakap main-main la dengan engkau tadi”. Aku hanya mampu senyum kelat sahaja.

Akhirnya Doktor memberitahu berkenaan ‘result’ darah ku. “Adzim, darah awak ada bakteria”. Ha!? terkejut hanya dalam hati je, sebab badanku amat lemah ditambah dengan menggigilnya satu badan aku. Mak buat keputusan untuk masukkan aku ke dalam wad atas sebab keselamatan diriku. Aku dah terbayang diri keseorangan di dalam wad. “Tabahkan hati, adzim”.

4.30 petang, aku dihantar masuk ke wad sementara, Dinamik. Mak dan ayah terus menemani aku sehinggalah berbuka puasa. Sebelum berbuka, badanku masih lemah, mata pun tak boleh nak angkat ketika itu. Aku kuatkan diri, solah asar di atas pembaringan, lalu melelapkan diri sebentar. Alhamdulillah, setelah mendapat ‘tidur’ yang cukup, aku berasa segar.

Tidak lama selepas itu, aku dilawati oleh Pengurus Sumber Manusia (HR), En.Zaim Shaari. Soalan pertama yang diaju olehnya “Apa cerita nie Adzim? Tiba-tiba je demam?”. Jawabku “Tak tahulah en.Zaim. Perkara nak jadi”. Semasa di bahagian kecemasan, Dr.Khairulnizam, merupakan Doktor Pakar Perubatan di Azzahrah telah melihatku dan mendapati aku disyaki sakit perut. Salah makan.

Doktor meminta aku banyakkan berehat. Selama 3 hari yang pertama, Khamis-Sabtu, Alhamdulillah, aku diziarahi oleh rakan-rakan seperjuangan, rakan-rakan sekerja malah daripada pihak tertinggi Azzahrah tidak putus memberi kata-kata perangsang agar aku segera sembuh. Saat itu, aku menyangka bahawa aku akan keluar dengan segera dari wad. Namun jangkaan ku meleset. Doktor melihat demam ku naik turun sejak hari pertama aku masuk ke wad. Tambahan lagi, selera makan ku sudah mula hilang. Doktor buat keputusan untuk melakukan ujian darah.

Ya, ‘platlet’ darah ku jatuh merudum. Aku dengar tak dengar sahaja keputusan itu. Apa yang pasti doktor akhirnya dapat memastikan sakit ku. Denggi. Pada hari Ahad itu, badan ku sudah naik merah. Gatal-gatal juga tidak mahu ketinggalan. Makan tengahari tidak dapat ku jamah dek kerana hilang selera makan. Air terus dimasukkan ke dalam badanku. Selain aku meminum secara normal melalui mulut.

Hari Ahad merupakan hari sanak saudaraku yang berhampiran datang menziarahi ku. Achik dan keluarga hadir dari Kajang manakala Paksu dan Maksu pula dari Putrajaya. Masing-masing mendoakan aku segera sembuh. Ameen. Ketika berbuka, mak, ayah dan abang ngah ku hadir untuk berbuka di wad ku. Mak membawa sup ketam, makanan yang biasa dilakukan apabila seseorang itu dijangkiti Denggi. Penuh selera ku makan sup itu.

Alhamdulillah. Malam Isnin itu sedikit sebanyak menguatkan tenagaku selepas makan sup ketam daripada mak ku. Namun, tidur malam pula tidak nyenyak kerana gatal badanku makin melarat. Sedaya upayaku menahan diri daripada menggaru, takut-takut berdarah pula.

Isnin, demam masih ada, namun ku rasakan perubahan dalam diriku. Tenaga sedikit sebanyak sudah kembali. Rehat menjadi prioriti buatku. Makanan dipaksa masuk ke badan, agar tenaga dapat dikembalika. Paling penting, air sentiasa diminum. Doktor hadir melakukan pemeriksaan harian. Alhamdulillah, ‘platlet’ku naik walau sedikir. Ada sinar gembira ketika itu. “InshaAllah, nak boleh keluar wad dah nie,” kata Doktor Khairulnizam.

Hari Isnin itu adalah hari yang sedaya upaya ku untuk memulihkan diri. Sambil mengembalikan tenaga, tidak ku lupakan bacaan Al-Quran dan bacaan ilmiah bertajuk ‘Bagaimana Menyentuh Hati?’ karangan Abbas as-Sissi. Walaupun tak dapat baca banyak, cukuplah sekadar mana yang ku mampu. Apa yang penting, dalam setiap keadaan, sebagai seorang Muslim tidak akan melupakan tanggungjawabnya.

Akhirnya, Selasa ditakdirkan ku boleh pulang. ‘Platlet’ sudah naik 68 berbanding hanya 30 sebelum ini. Doktor membenarkan ku pulang walaupun sebaiknya untuk ku tinggal sehari lagi dalam wad. Namun, ku tetapkan keputusan untuk pulang. Doktor masih berpesan untuk banyakkan minum air dan masih belum membenarkan ku berpuasa walaupun sudah keluar dari wad. Aku terima dengan redha.

Aku berterima kasih dan sentiasa mendoakan mak, ayah, keluargaku, ustaz-ustaz ku, rakan-rakan seperjuangan ku, pihak pengurusan Azzahrah, para doktor dan jururawat yang sentiasa bertungkus lumus kepadaku, rakan-rakan sekerja, rakan-rakan sekolah dulu dan semua yang tidak putus mendoakan ku agar sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya. Kini, 24 Ogos 2011, kesihatan ku semakin baik kerana semuanya daripada sokongan dan doa daripada ANDA!!

Terima kasih, moga Allah membalas jasa anda semua…

 
MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI
PEGAWAI BILLING
PUSAT RAWATAN ISLAM AZZAHRAH (A.Z.I.M)

6 thoughts on “Sakit

  1. syukur ang masih idup mono. idop mono. idup mono!! kalo tak abes ah bekas ketua badar batch den. hahaha…

    1. Alhamdulillah, berkat doa hang jugak. Tp, xbest la ang tak dapat ziarah ak, macam aku accident dulu..hehehe

    1. Terima kasih kerana sudi utk membelanja den nie arr.. Nanti den tuntu to kek Perak😀
      Apa2 pon, semuanya ada hikmah, tidak kira kita sakit mahupun sihat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s