Cantiknya si ‘dia’ itu!

Gambar Hiasan

Khas buat rakan-rakanku yang sudah berumah tangga…

Wah, cantiknya si ‘dia’ itu..kerana ‘dia’ mengekalkan kelembutannya yang asli. Dijadikan lembut dan lemah kerana ingin mendinginkan sang suami kelak di alam keluarga nanti. Kelembutannya melahirkan kasih sayang dalam keluarga serta mendamaikan sang suami ketika resah gelisah.

Cantiknya si ‘dia’..kerana ‘dia’ bertutup litup mengikut syariat bukan kerana orang lain. Aurat yang terjaga dikhaskan untuk suaminya yang tercinta sahaja. ‘Dia’ memahaminya bahawa menutup aurat adalah sebahagian ketaatannya kepada Allah, bukan kerana manusia.

Cantiknya si ‘dia’..kerana ‘dia‘ taat dan patuh pada suruhan Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta suaminya. Digambarkan kepada kita bahawa wanita yang dicintai oleh baginda s.a.w adalah seorang wanita yang kuat taatnya kepada agama, Islam.

Cantiknya si ‘dia’..kerana ‘dia‘ hanya memandang dunia ini dengan sebelah matanya. ‘Dia‘ bersyukur dengan apa yang ada padanya dan tidak pula mahu menyusahkan orang lain, lebih-lebih lagi kepada suaminya yang tercinta, untuk memenuhi keinginannya. Menggunakan sebaik mungkin kurniaan yang diberikan kepadanya untuk berbakti kepada suami, keluarga dan agama.

Cantiknya si ‘dia’..kerana ‘dia‘ sentiasa bersama suaminya dalam senang mahupun susah. Dugaan dan cubaan tidak tentu kunjung tiba, dan ‘dia’lah sentiasa di sisi suaminya sebagai teman selamanya. ‘Dia‘ mengetahui bahawa ‘dia‘lah teman paling hampir dengan suaminya serta ‘dia‘lah pembakar obor ketika obor suami malap dalam menitip jalan yang penuh panjang dan berliku ini.

Cantiknya si ‘dia‘..kerana ‘dia‘ pandai mengimbangi perasaan hati dalam hidupnya. ‘Dia‘ mengetahui bahawa tak semua perasaannya perlu diluahkan kepada suaminya, kerana ‘dia‘ bimbangi mungkin sang suami sedang bergelut dengan perkara yang lain. ‘Dia‘ hanya memilih waktu yang sesuai untuk meluahkan kepada suaminya  apabila merasakan perlu dan tidak menggangu urusan suaminya.

Alangkah cantiknya si ‘dia‘..kerana ‘dia‘ sentiasa menyambut suaminya tika pulang ke rumah. ‘Dia‘ menyambut suaminya dengan senyuman terindah buat insan tercinta kerana ‘dia‘ tahu, si suami adalah insan yang dipilihnya untuk kekal hingga ke syurga..dan ‘dia‘ yakin dengan menerima lamaran suaminya sewaktu lafaz sakinah dahulu akan membawanya ke syurga.

Dan cantiknya si ‘dia’…kerana ‘diamengimpikan untuk menjadi isteri buat suaminya di syurga kelak selama-lamanya!

Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin

buat teman-teman saya yang sudah mendirikan Bait al-Muslim (Rumah Tangga Muslim), inilah doa saya kepada anda terutama yang saya tidak dapat hadir ke Majlis Walimah ‘Urus anda.

~ Ustaz Abdullah Hussaini & isteri, Kak Shud & suami, Maysarah & suami, Fatiha Qalbi & suami, Kak Fatimah & suami serta mereka yang tidak dapat saya sebut di sini. Moga dirahmati Allah~

5 thoughts on “Cantiknya si ‘dia’ itu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s