“Awak, Buka Minda!”

Yes, open your mind!

Begitulah satu teguran menggoncangkan minda saya.

Ya, jujurnya saya bukan seorang yang terbuka mindanya suatu ketika dahulu. Agak terkatup ibarat katak bawah tempurung kata orang. Namun, teguran tetap adalah teguran, sama ada kita mahu ambil untuk diri kita berubah atau tidak. Saya menyedari perkara ini amat penting dalam melahirkan Muslim yang produktif dan lapang hatinya. Continue reading ““Awak, Buka Minda!””

Advertisements

Ayuh!

Ayuh!

Mari bersama-sama kita meringakan saudara seakidah kita di Somalia.

Jangan biarkan kemurahan hati anda semasa bulan Ramadhan dan Syawal berlalu begitu sahaja!

Pahala daripada-Nya sentiasa ada dan tidak pernah mengira bulan mahupun detik masa.

InshaAllah, menjadi ‘saham’ kita dunia dan akhirat.

Ayuh!!!

M.A.K.N.A yang Bermakna

Alhamdulillah, saya sangat bersyukut kerana dapat hadiri satu talk dari salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu MAKNA atau nama panjangnya Majlis Kanser Nasional yang dianjurkan secara bersama dengan tempat kerja saya, Pusat Rawatan Islam Azzahrah. Ini merupakan satu pendedahan yang benar daripada mereka bagi menyedarkan masyarakat Malaysia berkenaan penyakit kanser di negara kita. Penyakit kanser merupakan penyakit silent killer yang sukar nak dikesan pada peringkat awal. Pencegahan awal dari gaya pemakanan amat penting buat kita.

Saya bukan seorang doktor atau pakar dalam bidang kesihatan, namun diri saya rasa sangat terpanggil apabila selesai mendengar talk berkenaan. Moga apa yang saya kongsikan di sini secara ringkas dapat memberi sedikit input buat teman-teman pengunjung sekalian.. Continue reading “M.A.K.N.A yang Bermakna”

Selamat Maju ke Alam Baru

Selamat Datang!

Langkah baru bermula!

Alhamdulillah, dan selamat datang kepada anda ke alam baru. Ucapan salam dan doa untuk kejayaan anda yang akan mula melangkah ke kaki menara gading!

7 September 2011 menjadi detik sejarah buat abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik pelajar baru yang mula menatih ke alam Universiti. Buat abang-abang dan kakak-kakak dari pengajian Diploma sebelum ini, ini merupakan langkah baru untuk membaiki apa yang pernah diperoleh semasa pengajian Diploma dahulu. Jangan mudah berputus asa kerana Allah itu maha Adil. Bagi adik-adik pelajar baru, ini merupakan detik yang tidak boleh dilupakan dalam sejarah hidup sebagai seorang pelajar.

Rasa teruja dan sedikit gugup sudah pasti menghantui tika mahu mendaftar ke Universiti. Apa tidaknya, diceritakan dengan pelabagai versi ‘U’ oleh saudara-mara, ahli keluarga, bahkan daripada teman-teman senior yang sedang belajar di Universiti. Cerita buli lah, cerita lecturer yang garang lah, ceirta bas lambat lah, dan ada jugak cerita hantu untuk menambah gerun bagi adik-adik baru ni! Isk..isk… tidak sepatutnya begitu kawan-kawan. Apa kata kita ubah persepsi mereka dengan memberi motivasi bagi mereka untuk maju dalam step yang akan ditempuhi, boleh tak? Continue reading “Selamat Maju ke Alam Baru”

A.Z.I.M (Bahagian 2)

Bersama kakak sekerja yang banyak membantu

Hurm, bersambung jugak ye cerita nie. Saya sebenarnya terkejut jugak kerana ada seorang rakan yang memang ikuti blog ini. Beliau berkata

“Bila nak sambung cerita tempat praktikal ko tue? Tiap hari aku click blog ko nie.”

Kembang kuncup pun ada jugak la. Tapi bukan kerana permintaan beliau saya sambung cerita ini, semuanya adalah janji yang kita perlu penuhi. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang terus menyokong penulisan saya ini.

Alhamdulillah, setelah menetapkan matlamat yang ingin dicapai dalam praktikal ini, saya mula bekerja. Tempat pertama saya ditempatkan ialah di ‘Outpatient Department’ atau Kaunter Pesakit Luar. Bagi saya, saya lebih selesa dengan memanggil kauter khidmat pelanggan, yang merupakan ‘frontier’ dalam Azzahrah. Kenapa ya?

Hal ini kerana di sinilah bermula segala persepsi para pesakit atau pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan. Pendapat saya, di sinilah tempat yang mencabar bagi setiap orang yang baru memulakan kerja. Komunikasi, keberanian, ‘self-confident‘, keramahan dengan pelanggan dan paling penting adalah kesabaran dalam menghadapi karenah pelanggan yang pelbagai.

Di bahagian ini, saya banyak belajar bagaimana menghadapi karenah manusia. Walaupun sejak di bangku sekolah dan universiti saya sudah bergaul dengan manusia, namun kali ini sudah pasti memberi seribu satu kelainan dan cabaran yang berbeza dari zaman belajar.

Di sekolah mahupun di universiti, kita mungkin boleh interpretasikan hubungan seseorang itu bergantung pada umur atau pangkat yang disandang dalam sekolah atau universiti itu. Maknanya, yang muda akan menghormati yang tua dan tinggi pangkatnya akan dihormati oleh mereka yang rendah pangkatnya. Namun begitu, di alam pekerjaan nyatalah berbeza. Apatah lagi bila berada di ‘front counter‘ dalam sesebuah syarikat. Ia pasti bukan tugas yang mudah!

Senyum jangan tak senyum

Seseorang yang berada di posisi ini hendaklah sentiasa melemparkan senyuman tidak kira usia mahupun pangkat seseorang itu. Keramahan menjadi aspek yang penting bila menghadapi pelanggan yang usianya lebih tua daripada kita. Manakala, komunikasi yang baik diperlukan apabila kita hendak menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelanggan kita. Tambahan pula, bila menghadapi manusia kita memerlukan keyakinan yang tinggi dalam mendepani mereka.

Walaubagaimanapun para pembaca sekalian, jika hubungan kita dengan Allah tidak berada dalam keadaan yang baik, pasti kita akan mengalami kesukaran dalam berhubung dengan manusia juga. Itulah pengajaran utama yang saya perolehi dari ‘department‘ pertama ini. Walau secantik atau sehensem mana kita ini, jika tiada takut dengan Allah, kita belum berjaya.

Cukup setakat ini untuk bahagian kedua, inshaAllah kita akan bertemu pada bahagian yang akan datang! 😉