A.Z.I.M (Bahagian 2)

Bersama kakak sekerja yang banyak membantu

Hurm, bersambung jugak ye cerita nie. Saya sebenarnya terkejut jugak kerana ada seorang rakan yang memang ikuti blog ini. Beliau berkata

“Bila nak sambung cerita tempat praktikal ko tue? Tiap hari aku click blog ko nie.”

Kembang kuncup pun ada jugak la. Tapi bukan kerana permintaan beliau saya sambung cerita ini, semuanya adalah janji yang kita perlu penuhi. Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang terus menyokong penulisan saya ini.

Alhamdulillah, setelah menetapkan matlamat yang ingin dicapai dalam praktikal ini, saya mula bekerja. Tempat pertama saya ditempatkan ialah di ‘Outpatient Department’ atau Kaunter Pesakit Luar. Bagi saya, saya lebih selesa dengan memanggil kauter khidmat pelanggan, yang merupakan ‘frontier’ dalam Azzahrah. Kenapa ya?

Hal ini kerana di sinilah bermula segala persepsi para pesakit atau pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan. Pendapat saya, di sinilah tempat yang mencabar bagi setiap orang yang baru memulakan kerja. Komunikasi, keberanian, ‘self-confident‘, keramahan dengan pelanggan dan paling penting adalah kesabaran dalam menghadapi karenah pelanggan yang pelbagai.

Di bahagian ini, saya banyak belajar bagaimana menghadapi karenah manusia. Walaupun sejak di bangku sekolah dan universiti saya sudah bergaul dengan manusia, namun kali ini sudah pasti memberi seribu satu kelainan dan cabaran yang berbeza dari zaman belajar.

Di sekolah mahupun di universiti, kita mungkin boleh interpretasikan hubungan seseorang itu bergantung pada umur atau pangkat yang disandang dalam sekolah atau universiti itu. Maknanya, yang muda akan menghormati yang tua dan tinggi pangkatnya akan dihormati oleh mereka yang rendah pangkatnya. Namun begitu, di alam pekerjaan nyatalah berbeza. Apatah lagi bila berada di ‘front counter‘ dalam sesebuah syarikat. Ia pasti bukan tugas yang mudah!

Senyum jangan tak senyum

Seseorang yang berada di posisi ini hendaklah sentiasa melemparkan senyuman tidak kira usia mahupun pangkat seseorang itu. Keramahan menjadi aspek yang penting bila menghadapi pelanggan yang usianya lebih tua daripada kita. Manakala, komunikasi yang baik diperlukan apabila kita hendak menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelanggan kita. Tambahan pula, bila menghadapi manusia kita memerlukan keyakinan yang tinggi dalam mendepani mereka.

Walaubagaimanapun para pembaca sekalian, jika hubungan kita dengan Allah tidak berada dalam keadaan yang baik, pasti kita akan mengalami kesukaran dalam berhubung dengan manusia juga. Itulah pengajaran utama yang saya perolehi dari ‘department‘ pertama ini. Walau secantik atau sehensem mana kita ini, jika tiada takut dengan Allah, kita belum berjaya.

Cukup setakat ini untuk bahagian kedua, inshaAllah kita akan bertemu pada bahagian yang akan datang!😉

4 thoughts on “A.Z.I.M (Bahagian 2)

    1. Alhamdulillah.

      Kosong itu memang ada, cuma kena ‘apply’ la kan. Hantar resume dengan pos pula ke. InshaAllah, syarikat bumiputera ini sedang berekembang dan ingin membantu bumiputera lain untuk bekerja dalam syarikat ini🙂

      Jika terasa susah, apa kata saudari cuba hadir sendiri ke ibu pejabat ini sendiri. Mana tahu rezeki saudari, ditemu ramah oleh Pengarah Urusan syarikat sendiri?

      Belum cuba, belum tahu😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s