Selamat Maju ke Alam Baru

Selamat Datang!

Langkah baru bermula!

Alhamdulillah, dan selamat datang kepada anda ke alam baru. Ucapan salam dan doa untuk kejayaan anda yang akan mula melangkah ke kaki menara gading!

7 September 2011 menjadi detik sejarah buat abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik pelajar baru yang mula menatih ke alam Universiti. Buat abang-abang dan kakak-kakak dari pengajian Diploma sebelum ini, ini merupakan langkah baru untuk membaiki apa yang pernah diperoleh semasa pengajian Diploma dahulu. Jangan mudah berputus asa kerana Allah itu maha Adil. Bagi adik-adik pelajar baru, ini merupakan detik yang tidak boleh dilupakan dalam sejarah hidup sebagai seorang pelajar.

Rasa teruja dan sedikit gugup sudah pasti menghantui tika mahu mendaftar ke Universiti. Apa tidaknya, diceritakan dengan pelabagai versi ‘U’ oleh saudara-mara, ahli keluarga, bahkan daripada teman-teman senior yang sedang belajar di Universiti. Cerita buli lah, cerita lecturer yang garang lah, ceirta bas lambat lah, dan ada jugak cerita hantu untuk menambah gerun bagi adik-adik baru ni! Isk..isk… tidak sepatutnya begitu kawan-kawan. Apa kata kita ubah persepsi mereka dengan memberi motivasi bagi mereka untuk maju dalam step yang akan ditempuhi, boleh tak?

Saya sendiri tidak mengelat dalam menceritakan pengalaman saya belajar di Universiti. Saya pernah ditanya pendapat tentang pembelajaran di Universiti.

“Abang Mono, apa beza belajar di Matrik dengan belajar di ‘U’ nanti?,”

“Oh, jauh bezanya. Pada pandangan ana, belajar di Matrik seumpama belajar di asrama penuh, cuma mungkin bebas sedikit sebab tak de Uniform. Tapi di ‘U’ pula, kita bebas dan segala-galanya atas kaki kita sendiri. Tiada siapa yang halang. Di sini ilmu, emosi dan akal amat memainkan peranan penting dalam tindakan kita. Tapi, bebas pula boleh jadi mudah kita tersimpang jauh!” terang saya.

Ya, adik-adik. Ilmu, emosi dan akal sangat berperanan penting dalam kehidupan kita sebagai pelajar Universiti. Ibu bapa sudah serahkan sebahagian besar urusan peribadi kepada kita. Nak beli baju apa? nak makan apa? nak pergi bercuti di mana? malah, nak belajar ke tidak?? Semuanya atas keputusan kita sendiri. Maka, sebab ini saya katakan ilmu, emosi dan akal sangat berperanan. Cuba anda bayangkan jika kita tidak menggunakan ketiga-tiga elemen tadi, dengan soalan akhir tadi Nak belajar ke tidak?

Kesilapan tidak pernah lari daripada kita sebagai manusia biasa. Namun, ini tidak bermakna kita dibenarkan melakukan kesilapan sentiasa. Pengajaran dan nasihat ‘orang lama’ boleh digunakan sebagai panduan menjalani kehidupan baru di alam baru. Benarlah firman Allah s.w.t:

“Dan ini (al-Quran) adalah suatu peringatan yang mempunyai berkah yang telah Kami turunkan. Maka apakah kamu mengingkarinya?” (Al-Anbiya’: 50)

Ya, sudah tentu pengajaran dari Al-Quran dan Sirah Rasulullah s.a.w menjadi rujukan utama buat kita. Pelbagai kisah dalam al-Quran serta dalam sirah yang memberi seribu satu pengajaran kepada kita jika benar-benar mahu mengambilnya. Cuba kita renung semangat tidak putus asa berdoa oleh Nabi Zakaria a.s mengenai zuriat yang dipohonnya walau sudah berusia 1000 tahun! Semangat tidak putus asa inilah seharusnya ada dalam diri setiap pemuda-pemudi Universiti kita sekarang. Jangan rebah sebelum mencuba!

Pernah terdetik dalam hati saya ketika belajar dahulu, saya pernah bercita-cita untuk ke luar negara semasa belajar. Hanya impian sahaja ketika itu. Namun, Alhamdulillah saya dan rakan-rakan terpilh dalam satu projek lawatan antarabangsa ke Australia. Ujian, rintangan dan pelbagai masalah yang turun ke atas kami. Namun, atas semangat tidak putus asa dan motivasi untuk ke luar negara, akhirnya kami berjaya mengumpul hampir RM 65,000 iaitu sebahagian kos perjalanan kami ke sana. Bakinya kami tambah dengan bantuan ahli keluarga, bahkan ada yang sanggup menggunakan duit sendiri!

Inilah salah satu sifat seorang mahasiswa- pemuda, tidak putus asa. Maka, tidak mustahil adik-adik pelajar baru untuk memiliki sifat begini.

Satu lagi pesanan saya ialah jangan tergopoh-gopoh ingin mencapai sesuatu. Mulakan secara perlahan-lahan. Asas sesuatu kejayaan ialah dengan memiliki batu pertama yang kukuh. Umpama sebuah rumah, masakan boleh ‘berdiri’ kukuh jika tapaknya adalah tanah jerlus?

Firman Allah s.w.t:

“Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan)-Ku. Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya.” (Al-Anbiya’: 37)

Secara mudahnya, Allah s.w.t tidak mahu kita memohon sesuatu dengan mendapat hasilnya segera, tanpa usaha yang setimpal serta melalui proses yang MESTI dialalui. Stephen R. Convey dalam bukunya yang popular, The 7 Habits of Highly Effective People, berkata;

A child learns to turn over, to sit up, to crawl, and then to walk and run. Each step is important and each one takes time. No step can be skipped.

Every steps is important

Sesuatu langkah amat penting dalam menitip kejayaan di masa hadapan, yang sudah pasti jauh. Langkah anda masuk ke Universiti, boleh jadi merupakan satu langkah asas anda menjadi seorang Doktor, Jurutera, Pakar Ekonomi, Ustaz/ah, Akauntan, Pakar IT, dan pelbagai kerjaya yang diimpikan oleh setiap daripada anda yang melangkah masuk ke Univerisiti.

Maka, telitilah langkah anda selepas langkah asas. Apa matlamat anda dan kenapa anda nak capai? Bagaimana pula nak buat ke arah itu? dan akhirnya, atas kehendak anda sendiri untuk mencapai matlamat itu. Seperti mencipta kereta, apa matlamatnya- nak mudahkan perjalanan kita serta akan percepatkan pergerakan kita. Kemudian, bagaimana nak cipta- mesti ada kemahiran dalam engineering atau reka bentuk pula. Hasilnya, anda sendiri berkehendakan mencipta kenderaan sendiri!

Semua proses di atas anda tidak boleh ‘main potong jer’ kerana semua proses itu penting.

“Arhhh, lecehlah nak design kereta nie. Cincai jerla!”

Silap-silap jadi kereta tong sampah pula.

“Ala, buat apa nak ada kereta, jalan kaki jerla..”

Mungkin sehingga sekarang kita tidak menaiki kereta!

Kesabaran, ketekunan, dan tidak mudah putus asa perlu ditanam sedalam-dalamnya dalam diri anda sebagai pelajar baru di alam baru. Jangan berasa malu jika kejayaan tidak bertemu lagi dengan anda kerana Allah itu adalah sebaik-baik pemberi kejayaan buat kita. Jangan rendah diri jika segala apa perancangan yang kita buat asyik tidak memenuhi kehendak orang. InshaAllah, akan anda temuinya juga🙂

Akhir kalam, dunia baru perlukan semangat baru yang dipandu arah dengan betul. Tidak putus asa dan tidak tergopoh-gopoh. Carilah ilmu sebanyak-banyaknya, jangan jemu! Kemudian, gunakan ia untuk kebaikan umum, bukan untuk sebahagian orang sahaja kerana semua umat manusia berhak mendapat kebaikan yang dibuat oleh anda.

Anda adalah permata, yang mana harganya lebih mahal dari sejuta BERLIAN!

Salam Ta’aruf.

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI
BEKAS MAHASISWA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
PEGAWAI BILLING
CREDIT & CONTROL DEPARTMENT
PUSAT RAWATAN ISLAM AZZAHRAH

4 thoughts on “Selamat Maju ke Alam Baru

    1. JazakaAllahu khoiran akhi! Semoga terus diberi bimbingan drpd Allah s.w.t dan dapat membantu orang di sekeliling ana…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s