M.A.K.N.A yang Bermakna

Alhamdulillah, saya sangat bersyukut kerana dapat hadiri satu talk dari salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu MAKNA atau nama panjangnya Majlis Kanser Nasional yang dianjurkan secara bersama dengan tempat kerja saya, Pusat Rawatan Islam Azzahrah. Ini merupakan satu pendedahan yang benar daripada mereka bagi menyedarkan masyarakat Malaysia berkenaan penyakit kanser di negara kita. Penyakit kanser merupakan penyakit silent killer yang sukar nak dikesan pada peringkat awal. Pencegahan awal dari gaya pemakanan amat penting buat kita.

Saya bukan seorang doktor atau pakar dalam bidang kesihatan, namun diri saya rasa sangat terpanggil apabila selesai mendengar talk berkenaan. Moga apa yang saya kongsikan di sini secara ringkas dapat memberi sedikit input buat teman-teman pengunjung sekalian..

  • Fakta 1: Ramai di antara kita menyangka bahawa jenis penyakit kanser itu sedikit, tak banyak. Kanser Payu Dara, Kanser Paru-paru, Kanser Leukimia dan lain-lain. Namun, tahukah anda kanser yang dicatat dalam kajian MAKNA ialah 210 jenis? Banyak bukan?
  • Fakta 2: Berapakah agaknya bahan kimia @ toksin dalam asap kereta? 5? 10? atau 20? Jawapannya ialah 40! Namun, tahukah anda dengan kandungan kimia dalam asap rokok pula?

“Ala, sikit jer kot..aku kan merokok, aku tahula,”

“30 kot, kurang sikit dari asap kereta. Sebab keto tue bosar, rokok nie kocik jo…,” betulkah? Jawapannya ialah 4500!! Hampir 1000 kali ganda dari asap dalam kereta.

  • Fakta 3: Setiap tahun, hampir 40,000 kes penyakit kanser dilaporkan dan 22,000 dari kes tersebut mengakibatkan kematian!
  • Fakta 4: Pembunuh nombor satu bagi wanita ialah Kanser Payu Dara, diikuti pembunuh nombor dua buat kanak-kanak ialah Kanser Leukimia. Akhirnya, kanser paru-paru yang menjadi favourite buat kaum Adam. Tahukah anda kanser Paru-paru berasal dari mana? Ya! Sudah pasti dari merokok dan asap rokok!! Nak tahu bagaimana paru-paru anda dalam setahun anda merokok?
Inilah hasil 1 tahun anda merokok!

Fakta yang ada di atas adalah bukan fakta nak menakutkan sesiapa, namun ini adalah peringatan mesra daripada saya kepada anda dan juga buat diri saya sendiri. Apa yang menyedihkan hati saya ini ialah di kalangan bangsa Melayu kita, bahkan Muslim, masih ramai di kalangan pemuda-pemuda kita yang merokok walaupun sudah berbagai ‘Amaran’ daripada pelbagai pihak kepada mereka. Ya, saya tujukan ikhlas buat teman-teman di luar sana.. Setiap apa pun perkara buruk yang kita lakukan, tidak dapat diubah melainkan daripada diri anda sendiri.

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan mereka sendiri..,” (Ar-Ra’d: 11).

Nasihat demi nasihat perlu diteruskan. Walaupun pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat dalam memberi nasihat. Terkadang, kita tidak merasa insaf hanya sekadar membaca post-post di Facebook, mahupun tulisan blog. Akan tetapi Allah itu Maha Bijaksana, dan Dia Maha Adil. Hidayah-Nya cukup melangit luas, tiada satu yang mampu menandinginya. Maka, usaha, doa dan tawakkal daripada pendakwah-pendakwah di luar sana, yang tidak kenal erti lelah dan penat perlu ditingkatkan. Nasihat saja tidak cukup, apatalah lagi menggunakan nada kasar dalam menegur golongan ini. Semua ini perlu lahir dari sifat kasih sayang kita kepada mereka.

Akhirnya, perubahan tidak akan bermula daripada seseorang itu melainkan ia bermula dari tindakan dalaman diri seseorang itu. Kesedaran. Keadaan sekeliling, teman-teman penasihat dan juga kata-kata hikmah dalam penulisan, hanya mampu memberi dorongan tapi bukan perubahan hakiki seseorang itu. Dorongan yang dihadam akan menghasilkan semangat untuk berubah. Dan, dari semangat untuk berubah itu akan melahirkan pula tindakan perubahan. Saya hanya mampu memberi nasihat, tapi belum pasti mengubah diri anda!

Perubahan bermula daripada diri anda sendiri!

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI
PEGAWAI BILLING
CREDIT CONTROL DEPARTMENT
PUSAT RAWATAN ISLAM AZZAHRAH
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s