Menulis bukan Mudah, tapi Tidak Mustahil

(sumberi daripada blog BroHamzah)

“Argh, susah betul la nak siapkan thesis nie..macam-macam pulak lecturer suruh betulkan!?”

“Isk, mana nak carik idea nie, dah bersarang labah-labah blog aku nie!”

“Ah! Copy paste jerla..abis cerita!”

Demikianlah keluhan sebahagian daripada kita apabila tiba masa untuk menulis. Menulis untuk hantar assingment, menulis untuk siapkan thesis, menulis untuk nasihat kepada rakan-rakan dan berbagai lagi. Namun, percaya atau tidak bahawa menulis itu tidak mustahil bagi kita? Nak menulis supaya sentiasa bestseller, why not? tapi…mestilah ada usaha yang setimpal dengannya.

Ya, saya adalah salah seorang yang sentiasa mengimpikan penulisan saya menjadi bestseller, tak kira siapa yang nak baca..namun, saya yakin bahawa usaha saya belum setimpal untuk menjadi penulis bestseller, tapi tidak mustahil bukan?

Mengapa saya memilih tajuk di atas? Adakah kerana sikap pesimistic saya terhadap penulis-penulis tempatan yang masih jauh ketinggalan ke belakanag berbanding penulis-penulis dari barat? Buat apa saya nak pesimistic sedangkan saya juga menulis, saya juga orang tempatan, dan saya juga menulis untuk ummah!

Ya, benar kita masih jauh ketinggalan dari barat tang aspek penulisan ilmu, tapi saya pasti kita juga makin mencabar mereka dalam sisi nasihat menasihati, bukankah begitu? Dengan melihat terbitan buku tempatan berkenaan buku agama, motivasi dan juga peningkatan diri, saya yakin penulis tempatan kita tidak kurang hebatnya. Malah blog-blog tempatan yang mewarnai arena maya bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Apa yang kurang? mungkin dari segi kajian terhadap bidang-bidang yang lain.

Saya telah dimaklumkan oleh salah seorang pensyarah saya, Ustaz Abdullah Jalil mengenai penulisan di Malaysia. Malaysia merupakan hub bagi kewangan dan perbankan Islam sebagai contoh, namun masih sedikit penulis tempatan kita yang menterjemahkan penulisan atau kajian tersebut dalam bentuk Jurnal atau Makalah ilmu. Sedangkan kita adalah hub bagi Kewangan dan Perbankan Islam, mengapa tidak mendokumentasikannya? Saya pasti, mereka pasti terniat untuk menghasilkannya. Namun bagaimana tidak keluar ke pasaran?

Dan sebab kan itu saya menulis tajuk ‘Menulis bukan Mudah, tapi Tidak Mustahil’. Pada pandangan peribadi saya, faktor utama kekurangan penulisan-penulisan ilmiah seperti di atas (saya bukan kata tiada, namun kurang) adalah kerana tidak nampak jalan panjang ilmu itu kelak di atas dunia ini. Tidak nampak penulisan itu sebagai warisan zaman berzaman kepada anak cucu bangsanya. Tidak terjangkau dek pemikiran, ilmu itu masih bermanfaat biarpun berjuta tahun meninggalkan dunia.

Nah, lihatlah ulama-ulama Islam terdahulu seperti Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibnu Khaldun, Ibnu Taimiyyah, Imam al-Ghazali dan ramai lagi penulis agamis yang menulis tentang ilmu yang dipelajari mereka. Mereka amat menyedari bahawa ilmu mereka bukan hak milik mereka berseorangan, namun untuk ummah seluruhnya. Saya bukan mahu kita semua menjadi mereka, tidak, namun saya mahu kita mencontohi mereka- tekun, sabar, taat, faham- mencontohi mereka bagi menghasilkan penulisan bermutu biarpun mengambil masa untuk menyiapkannya.

Ayuh katakan tidak kepada ‘susahnya nak menulis’, katakan tidak juga ‘mana nak cari idea nie?’ dan paling penting katakan tidak kepada ‘copy dan paste jerla’. Tanamkan hati untuk share ilmu yang anda perolehi, yang anda pelajari, yang anda kaji..jika ada rujukan, jangan segan-segan nak sebut. Anda pasti berbangga bila ada rakan share idea atau tulisan anda dalam wall facebook kawan-kawan anda..namun, bukan soal kawan-kawan anda share, tapi soal anda dapat menangkap hati kawan anda dengan harapan kawan anda juga menyerap segala ilmu yang tersingkap dalam penulisan anda.

Penulisan bukan perlu perenggan yang banyak atau ayat yang panjang. Kadang-kadang cukuplah dengan sepotong ayat bahkan tiga kata saja sudah cukup menggugah jiwa kawan-kawan anda!

MOHD NOR ADZIM BIN SHAARI
PEGAWAI BILLING
BAHAGIAN KAWALAN KREDIT
PUSAT RAWATAN ISLAM AZZAHRAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s