Inilah Aku

Saya bernama penuh, Mohd Nor Adzim Bin Shaari. Saya berasal dari Negeri yang ada sembilan daerah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Saya dilahirkan di Pusat Rawatan Toh, Seremban pada 15 Februari 1988. Saya anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. 3 lelaki, seorang perempuan. Sudah ada 3 org anak buah, 2 perempuan dan seorang lelaki. Saya masih berstatus bujang (doakan saya kahwin awal). Tapak pertama saya menimba ilmu di Tadika Mickey Mouse kemudian ak berpindah ke Tadika Kemas. Pada zaman persekolahan peringkat rendah, saya telah berpindah ke beberapa sekolah antaranya Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya, K.Kinabalu, kemudian ke Sekolah Kebangsaan K.G.V dan destinasi yang terakhir adalah di Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya ( SKTPJ ). Pada peringkat menengah pula, saya meneruskan pembelajaran saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendita Za’Ba ( belakang SKTPJ ) atau orang panggil P.Z. Selepas 5 bulan di P.Z , saya menerima tawaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas, Pedas, N.Sembilan ( SMKAP ). Maka, di sinilah segala-galanya bermula dengan saya mengenali Usrah, Tarbiyyah, Dakwah dan macam-macam berkaitan dgn Islam. Maka di sini juga tempat saya menimba pengalaman sebagai Hamba-Nya yang wajib melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Guru-gurunya amat berdedikasi dan prihatin dgn anak murid mereka walaupun kadang-kadang anak murid mereka tidak dengar kata, melawan guru, tapi saya tahu guru di setiap sekolah di dunia ini amat menyayangi anak muridnya. Setelah tamat di tingkatan 5, saya meneruskan pengajian saya di Kolej Matrikulasi Perlis ( KMP ). Di sini, saya mengenali ramai rakan dari pelusuk negeri di Malaysia, banyak pengalaman yang ditimba dan dikorek dari lembah emas di Arau ini. Di sini saya mengenali erti dunia luar yang mana selama ini saya terperap di Pedas selama 5 tahun…maka saya perolehinya di sini. Satu Perlis saya lawati, tapi tidak setiap penjuru. Namun, pengalaman berada di ‘luar negeri’ amat bermakna bagi saya kerana saya tahu dan yakin bahawa umat Islam ini adalah bersaudara walaupun berlainan loghat, kulit, bangsa, atau bahasa. Kini, saya meneruskan pengajian saya di Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ). Saya dalam kos Pentadbiran Muamalat, Tahun 1, Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Inilah aku…

27 thoughts on “Inilah Aku

  1. assalamualaikum…alhamdulillah,blog yang indah,lbih indah lg jika dihiasi dengn lbh banyak info

  2. salam..
    eh sktpj??
    saya sekolah situ jugak dulu..
    tp x pernah perasan lak..
    teruskan usaha di usim..
    semoga berjaya dlm kos tu..
    nmpk menarik..

  3. Alhamdullillah,
    teruskan usaha dalam kerja dakwah,
    byakkan info2 terkini…
    InsyaAllah mdh2an dengan usaha yang enta buat dapat keberkatan daripada Allah S.W.T…🙂

  4. semoga diberkati ALLAH,,
    doakan saye mempunyai kekuatan seperti abang dan akhi2 yang laen dalam meneruskan perjuangan ini,,

  5. ha’a mmg bgus blog ang….
    blh dpt byk input yg blh share…
    truskan usaha anda….
    n moga2 doa trmakbul utk kawen awal…
    insyaAllah….

  6. salam… cuti panjang ne xde post baru ker???
    xkan xabes lg exam kot. ana duk tgk semester 3 u ja. bwat la baru nyer…

    1. Alhamdulillah, ini semua petunjuk daripada Allah agar teruskan usaha untuk menulis demi Ummah. Berjaya atau tidak adalah perkara yg tidak penting. Apa yg penting ialah isi kandungnya dapat ditembusi ke hati-hati belia yg suci di Malaysia ini..

  7. beruntung saudara dapat didikan agama yang lengkap dari kecil.saya teringin nk blaja di sekolah2 agama.tp apa daya.dah terlambat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s